impian

1.7K 15 1
                                    

Khairi POV:-

Tok!tok!tok!tok...
"Khairi,Khairi bangun Khairi!"
Suara mama kedengaran di balik daun pintu bilik ku, ni dah kali ke dua mama cuba mengejutkan aku dari terus tidur, akibat tak tahan dengan bunyi bising ketukan dan suara mama, aku menjerit kecil menyahut panggilan mama.
"yah!.. Nak apa ma?"

"nak apa! Anak bertuah..Cepat bangun! Papa panggil tu"

"alah ma..kejap lagi la, Khairi masih nak tido ni..mengantuklah ma.."

"cepat bangun dah jam9 ni.. Papa ada benda nak bincang tu.."

"bincang apa lagi ni..jap la ma, Khai mengantuk ni.."

"bangun cepat, kalau tak mama panggil papa biar papa yg kejutkan Khai.."

"yalah2.. Khai bangun ni..kejap!.."
Dalam keadaan yg masih lemah dan mamai aku perlahan bangun dari katil, aku mencapai tuala yg tersidai di ampaian dan menuju ke bilik air.
Semasa aku menuju ke bilik air, suara mama sayup2 kedengaran berkata..
"tau takut...cepat siap, turun bawah kita sarapan sama2"
Perlahan ku berkata agar tidak kedengaran oleh mama..
"eleh...manada takut, aku bukan takut tapi aku cuma hormat je.."
Dalam hati ku berkata 'betul lah, aku bukannya takut dengan papa/mama aku,.. Tapi aku cuma hormat dan sayangkan mereka je..'
Selesai mandi aku bersiap, aku mengenakan pakaian, kali ni aku memakai baju T putih dan seluar jeans biru kemudian aku melapisi jaket bewarna coklat dari luar baju ku.
Sebelum turun ke bawah aku mencapai wallet, kunci motor dan spec mata hitam ku, aku bawa bersama sebagai persediaan aku nak keluar kejap lagi.
Semasa aku menuruni anak tangga, aku melihat adik2 ku Yani dan Yana sedang menolong ibu menyiapkan meja makan, tidak pula terlihat kelibat ayah.
Sesampai ku di meja makan, aku duduk di kerusi yg tersedia kemudian aku mencapai pinggan dan menyenduk mee goreng yg terhidang di hadapan ku, ibu menuang segelas air panas lalu di hulurkan padaku sambil berkata..
"apa nak jadi dengan kamu ni Khairi, dah lah taknak sambung belajar, asyik kluar je dengan kawan2..main muzik sana main muzik sini.. Papa kamu tu asyik tanya mama je, bila kamu nak kerja dengan papa?"

"alah mama...Khai tak ready lagi lah nak berkerja dengan papa..biarlah Khai enjoy dengan live Khai dulu.. Biar Khai capai cita² dan impian Khai
dulu.."

"cita² apa Khai?.. Nak jadi seorang penyanyi?"

"bukan sekadar penyanyi ma.., Khai nak jadi seorang penyanyi rock yg terkenal..."

"sampai bila Khai nak..."
Kata ibu dengan nada hampa dan belum sempat ibu menghabiskan kata2nya Yani pula mencelah..
"alah ma.. Biarlah abang Khai jadi penyanyi, nanti bila abang dah jadi famous... mesti best kan.. Bole lah kita tumpang sekaki.."

"iya,.. Betul tu..abang..abang.., kalau abang dah famous nanti jangan lupa kitaorang ya.. Kitaorang pun nak juga tumpang glamour..."
kata Yana pula.

"mestilah abang ingat adik2 abang ni..
Mana boleh lupa... Tengok ni ma, adik pun setujuh kalau Khai nak jadi penyanyi.."

"mestilah setujuh.. Nanti bila abang dah glamour, boleh lah abang rekemen Yani jadi pelakon ke.. Model majalah ke...mesti best kan..."
Sambung Yani sambil bertepuk tangan di hujung kata2nya.

"kamu ni Yana,Yani sibuk je... Utamakan dulu pelajaran kamu tu sebelum nak fikir benda2 tu semua.."

"iya mama..."
Serentak Yani dan Yana menjawab.

"Yani, bukan ke hari ni kamu nak menduduki peperiksaan PMR? Kenapa tak siap lagi ni..?"

"iya ma, tapi kami start pukul 11.30am juga ma.."

Aku Kah Yang Bersalah?Where stories live. Discover now