"Saya harap yang kamu semua boleh memberi kerjasama dan faham apa yang saya ajar di depan."
Semua pelajar yeoja cair dengan cikgu baru mereka. Yes, dia tinggi, senyuman dia manis. Tapi, duh, dia susangnim takkanlah nak bercinta dengan dia.
"Omo, kacaknya cikgu kita."
"Jinjja." Suara gatal pelajar yeoja sudah berbunyi. Mulut Irene menjadi senget. Dengan cikgu pun diorang boleh melting.
Pelajar namja pula, ya, diorang bosan dan buat kelas macam bilik tidur diorang. Hanya Suho yang menumpukan perhatian. Sehun? Hmm, dia dengar lagu lepastu tidur. Takde yang berubah tentang namja ni.
Ketika Irene mula bosan, mata Lee susangnim melihat ke arahnya. Dia tersenyum sekali lagi.
"Nampaknya kamu semua dah bosan, jadi mari kita mulakan pembelajaran kita."
Kenapa dengan susangnim. Buang tabiat ke asyik tengok aku ni? Ke aku je yang perasan lebih. Irene terus memandang ke arah tingkap.
Lee susangnim mula menulis di papan hitam. Yeri bermain dengan Irene sehingga ketawa. Mereka menutup mulut mereka dengan segera.
"Dalam kelas saya, tolong jangan bergurau." Lee susangnim berkata tegas tanpa melihat ke arah mereka. Irene menjelirkan lidah ke arahnya.
"Dan hormat guru kamu. Tak perlu jelir." Wtf!!! Irene terlopong. Macam mana dia tahu aku jelir kat dia. Irene hanya duduk diam.
Irene cuba melihat ke arah Sehun. Hmm, namjachingu tak guna!! Dia ni datang kat sekolah nak tidur je ke?!! Irene mengeluh.
Selepas dia siap menulis, akhirnya susangnim berpaling ke depan. Sekali lagi matanya memandang ke arah Irene.
Irene malas melayan.
"Ada sesiapa nak jawab soalan ni?"
Mata Irene bersinar. Dia mengangkat tangan dan segera ke depan. Dengan sepantas kilat dia menjawab soalan. Dan jawapan Irene betul. Mereka semua menepuk tangan.
"Ala, tak heranlah kau boleh jawab kalau kau asyik dapat 100 dalam kelas." Bambam menjawab sambil korek hidungnya. Irene mencebik.
"Boleh saya tahu nama kamu apa? Lepastu, panggil seorang nama untuk jawab soalan seterusnya."
"Irene imnida. Saya nak Oh Sehun." Irene menekankan suaranya di nama Sehun.
Suho terus mengejutkan Sehun yang tidur. Sehun terkejut dan segera bangun.
"Apa pasal kau kejut aku ni?"
"Yeojachingu kau naik angin dah tu kat depan." Bisik Suho. Sehun melihat ke arah Irene yang membuat muka bengis. Sehun hanya tersengih dan berdiri. Dia berjalan ke hadapan dan membuat muka selambanya.
Sehun menghampiri Irene.
"Mian. Aku mengantuk tadi." Sehun berbisik di telinga Irene. Irene berdiam dan pergi ke tempat duduknya. Irene menghempaskan badannya dengan marah.
Sehun sambung melihat ke arah papan hitam. Aish, jinjja. Tengok nombor pun aku dah allergic apatah lagi kalau aku jawab soalan. Sehun menjawab dengan bodoh dan menulis sahaja.
YOU ARE READING
PHOTO OF YOU | BI +OSH | MALAY FANFIC
FanficCast: Irene Red Velvet Sehun Exo Irene melangkah masuk ke dalam sekolah barunya dan perbualan hangat oleh kerana kecantikannya yang mengalahkan semua orang. Bukan begitu sahaja , dia diminati oleh semua lelaki. Tapi dia menola...