Panjang sangat, so kita bahagi dua bab ni. Esok separuh lagi akan menyusul (^_^)
"Zatul..." Sayup-sayup aku dengar namaku dipanggil. Siapa menyibuk ni? Orang tengah sedap tidur, dikacaunya pula. Pantang tok nenek sungguh!
"Hei.." Sekali lagi suara lembut tadi menerjah. Kali ini siap dengan tepukan perlahan di pipi lagi.
"Bangun Zatul."
Perlahan aku buka mata sedikit. Tidak mahu dibuka besar. Takut ada cahaya terang akan menerjah menyucuk mata.
Terpampang wajah Abang Nasir di hadapan wajah. Aku kelip mata berkali-kali cuba menjelaskan imej sekeliling. Juling sekejap mata bila aku melihat hidung Abang Nasir berada betul-betul di hadapan hidung aku.
Dia ni dah kenapa? Rabun dekat ke?
"Sampai dah?" Aku genyeh mata beberapa kali.
Abang Nasir menjarakkan sedikit wajahnya dari wajahku. Memberi ruang untuk aku membetulkan segala urat yang berselirat selepas tidur di atas kerusi yang tak berapa nak rupa katil tersebut.
Sempat aku mencuri pandang kawasan luar kereta.
Oh, dah sampai. Rumah teres setingkat di lot paling tepi. Bermakna, ada ruang tanah kosong di sebelahnya. Mungkin boleh dimanfaatkan untuk menanam bunga. Skrin telefon aku ketika itu menunjukkan waktu 8.45 PM.
Rasa nak menangis pun ada waktu tu. Bersyukur yang teramat dapat juga tiba dalam hari yang sama. Takut juga kalau-kalau aku sampai esok pagi dengan kadar kelajuan Abang Nasir memandu. Mana tidaknya. Bertolak tadi jam 11.00 pagi selepas Umi siap menyediakan bekal makan tengahari. Sampainya pukul 9 malam? Memang penat!
Bila aku kembali duduk menegak, Abang Nasir tunduk membantu betulkan semula kerusi penumpang. Sebelah tangannya memegang bahagian kerusi di tepi bahu kanan aku sementara tangan kirinya menarik tuil untuk menegakkan kedudukan kerusi.
"Rumah abang ke ni?" soal aku dengan fikiran yang masih kabur ditenggelami kantuk.
Abang Nasir yang sedikit menunduk membetulkan kerusi aku mengangkat wajah. Menemukan pucuk hidung kami berdua. Jantung aku tak semena-mena berlari laju.
"Rumah kita." Dia betulkan ayat aku.
"Home sweet home, Zatul."
Cupp!
Bicaranya diikuti satu kucupan ke bibirku. Terpana aku seketika dengan mata yang terkebil-kebil memandang wajahnya. Bila dilihatnya aku seperti hilang arah, dia tunduk merapatkan wajah ke sisi leher aku. Bibirnya singgah di kawasan yang ditutupi tudung itu. Bukan kucupan, hanya sekadar menyapa.
"Nak lagi?"
"Ha?" Seperti kena sengat, suara aku serentak terkeluar. Cepat-cepat aku geleng kepala laju.
"Tak, tak. Cukup dah."
"Rasanya tak cukup." Satu lagi kucupannya singgah di pipi. Hampir di hujung bibir.
Tangan aku naik menampan dadanya. Ini kalau dilayan, ada yang tak masuk rumah dibuatnya. Boleh tahan juga suami aku ni ya? Dengan mudah saja berjaya membuatkan jantung aku menggigil. Ha, bercakap pun dah tak betul. Ada pula jantung yang menggigil? Merepek!
"Okay, cukup. Saya dah tak mengantuk. Pandai betul abang cari cara nak hilangkan mengantuk saya."Aku memuji gugup. Sedikit ketawa. Dah rupa monyet cuba ketawa pun ada. Kekok bangat sih!
Gabra punya fasal, habis semua susun atur memori otakku tergendala. Abang Nasir ni pun, tak ada benda lain ke nak buat? Barang dalam bonet tinggi tersusun tu tak mahu pula dia bawa keluar. Sibuk nak menajamkan skill mengorat. Aku sudah lah baru bangun tidur. Dengan muka separuh waras ni pun dia selera nak cium-cium.
YOU ARE READING
Suami Berat Mulut (Sudah Diterbitkan)
Чиклит-Ni cincin merisik. Sekali dengan nombor telefon laki tu. Hang kenai-kenai tengok. Kalau tak berkenan, hang habaq elok-elok- Itu dialog emak semasa memberitahu yang aku dirisik orang. -Maksud saya....err...awak betul-betul serius ke nak kahwin...