"Jom tidur."
Tangan aku terhenti. Tidur? Jom tidur?
"Abang tidur dulu. Saya nak siapkan kemas ni dulu." Lembut aku menolak. Sikit pun aku tak pandang wajahnya. Aku cuak!
"Zatul." Abang Nasir sudah berdiri di belakang aku yang sedang melutut di lantai. Tangan aku dah mula berpeluh. Dalam diam aku buat senarai pro and con di dalam otak.
Kalau aku tolak, agak-agak apa reaksi suami aku? Terus pergi tidur atau tetap memaksa? Okay, tak adalah sampai memaksa kan, sebab aku pun tak adalah rasa dipaksa. Aku tahu tanggungjawab aku sebagai isteri. Ini dia bercakap secara elok ni pun, aku dah kira melawan dalam diam bila aku sengaja buat-buat tak faham apa yang dia mahu.
"Saya mandi dulu!" Sedikit terjerit aku terus bangun berlari keluar. Langsung tak boleh pandang muka dia. Malu!
Masuk ke bilik air di luar bilik, aku berdiri lama merenung air di dalam kolah. Go go Zatul! Aku bagi semangat pada diri sendiri. Dia kan suami aku. Bukannya luak pun kalau dia tengok semuanya.
Lambat-lambat aku bersiram di dalam bilik air. Sengaja melengahkan masa. Manalah tahu kalau-kalau dia dah tertidur masa aku keluar nanti. Aku gelak jahat dalam hati. Makin lambat gayung air aku bergerak.
Keluar dari bilik air, terjengket-jengket aku berjalan ke bilik tidur. Aku jengukkan kepala sedikit. Ada toto sudah dihampar di atas lantai. Siap dengan dua bantal kemas terletak di satu bahagian. Hampeh! Aku ingat, bolehlah aku tidur di atas katil,dia tidur di bawah.
Tiba-tiba ada angin kuat bertiup di telinga aku. Tangan aku automatik naik menyapu telinga. Toleh-toleh saja, terpampang wajah Abang Nasir dekat di tepi muka aku. Terus kepala aku kebelakang. Apa main tiup-tiup ni? Dari mana dia datang?
Sebelum sempat kepala aku terhantuk dengan bingkai pintu, tangan Abang Nasir terlebih dahulu menyelit menjadi pelapik.
"Careful," pesannya sepatah.
Aku angguk seperti burung belatuk. Tangannya turun memegang tangan aku.
"Sejuk tangan," komennya. Tak perlu dia beritahu pun, aku tahu tangan aku dah macam ais sejuknya.
"Nervous," balas aku, juga sepatah.
"Don't be scared." Sebelah lagi tangannya naik mengusap pipi aku.
"Kahwin tu sunnah nabi. Jangan takut untuk buat perkara yang berikan kita pahala. Kita dah sah jadi suami isteri. Kena biasakan diri dengan semua ni. Tak perlu malu atau takut."
Wah ... kagum aku seketika. Bukan sebab dia bagi tazkirah ringkas. Tapi sebab ayat dia tu lebih panjang dari ayat-ayat yang biasa diucapkan kepadaku.
Dia cakap macam lah dia pernah kahwin sebelum ni. Jangan takut? Mana ada aku takut! Aku nervous. Gementar. Dua perkataan tu membawa makna berbeza.
"Then, shall we?" Abang Nasir mendepakan tangannya ke arah toto yang sudah terhampar luas di tepi katil single nya. Baru kemudian aku perasan ada selapis kain pelikat dibentangkan di atas toto tersebut. Terus naik panas muka aku yang melihat semua persediaan dia. Tindakan spontan, kaki aku terhenti dari mengorak langkah. Sudah berura mahu berpusing bila wajah aku bertemu dengan dada Abang Nasir yang dari tadi mengikut rapat dari belakang.
"Abang cakap apa tadi?"
"Jangan takut." Aku ulang seperti kanak-kanak patuh. Tangan dah mula menarik-narik hujung baju. Semuanya jadi serba tak kena!
"Percaya abang tak?"
Alahai ... jangan lah tanya dengan nada dan suara begitu. Terus aku cair macam ais batu yang terkena matahari.
YOU ARE READING
Suami Berat Mulut (Sudah Diterbitkan)
أدب نسائي-Ni cincin merisik. Sekali dengan nombor telefon laki tu. Hang kenai-kenai tengok. Kalau tak berkenan, hang habaq elok-elok- Itu dialog emak semasa memberitahu yang aku dirisik orang. -Maksud saya....err...awak betul-betul serius ke nak kahwin...