[ BIAR HATI BERBICARA ]
ACAPKALI minuman mengandungi alkohol itu diteguk rakus. Beberapakali jari jemari mengikut rentak irama, menuang cairan berwarna kekuningan dengan aroma yang kurang menyenangkan ke dalam gelas yang sama.Di corong telinga hanya kedengaran akan kerancakan melodi rentak disko yang memecahkan suasana. Dendangan memecah dan bingit itu berusaha menolak dan menghapuskan kegusaran terperangkap di dalam sanubarinya.
Bebola mata berkelilingi,asyik menjilat ruangan kelab malam yang sedikit gelap dan berbekalkan lampu samar-samar. Pancaindera terpegun memerhatikan telatah manusia yang sudah hanyut dengan asyikan duniawi mereka.
Mereka,Tubuh bergerak mengikuti irama,bahu turut aktif mengiringi alunan nada,kepala keasyikkan dengan melodi yang menghanyutkan segala masalah yang menimpa. Masing-masing Lengar dan khayal sebaik sahaja berjaya merakusi minuman keras mereka. Budaya manusia yang hanyut dalam pemujaan hal dunia.
."Hi Bie" Sapaan lembut bernada lunak menyentap lamunannya, konsentrasi Danish terambil alih dengan hadiran sosok wanita yang berjaya mengetuk pintu hatinya. Siapa lagi kalau bukan Fiona. Wanita tinggi selampai, anggun menawan,berbusana berwarna gelap singkat paras paha, lip lap labuci yang menempal dibajunya menjadi inti keindahannya. Seksi!
Danish mengelus rambut Fiona, helaian lebur berwarna kemerahan paras bahu itu ditolak lembut dengan jari telunjuknya. Lalu rambut yang menghalangi wajah indah Fiona di sangkutkan didaun telinga. kini jari jemari nakalnya mengusik bahu halus berkulit sawo matang, milik Fiona
Gadis itu tersengih dengan nada menggoda. Danish tersenyum nipis apabila menangkap jelas suara manja milik Fiona. Perlahan-lahan tubuh indah dan langsing itu dirangkul penuh ghairah. Menyentak tubuh itu untuk duduk diatas ribanya. Fiona akur tanda suka.
"Kenapa nakal sangat malam ni?. I'm so, so sorry.. i tak boleh lama dekat sini, lepas ni i ada photoshoot ,esok pagi i ada fly ke London"
Itulah sosok Fiona,jadual hariannya terlalu padat dengan kerja. Fiona meraba lembut batang leher milik Danish,kemudian mengelus tengkuk lelaki itu agar kekal ghairah terhadapnya. Jelas ia mampu menebak Danish mulai kecewa dengan kesibukan Fiona.
"Ala you,jangan macam ini. I tak akan lama pun. I janji" tambah Fiona lagi cuba meraih hati lelaki itu kembali.
"Hari-hari busy, bila you ada masa untuk habiskan hari you bersama i?" Tanya Danish dengan nada kecewa. Dia dipermainkan dengan rasa hatinya,kini ditambahkan lagi dengan rasa kesedihan akan masalah yang sedang menimpa.
Bagaimana cara untuk dia mengungkapkan kebenaran ini kepada Fiona. Dia tidak mahu melukakan hati wanita itu. Sungguh,dia tidak mahu berpisah. Namun apakan daya. Jika itu yang bakal menjadi titik noktah.
"Itulah, i dah kata dekat manager i untuk bagi i sedikit ruang untuk bersama dengan you. Tapi, job makin hari makin banyak....sayang nak tolak Bie,I busy sangat nak cari duit sebab i sekarang tengah kekurangan...."
"Kan i dah banyak kali beritahu you, kalau you perlukan apa-apa. Beritahu saja i. Nanti i bagi. you nak berapa.. sebut sahaja angka. Tapi Honey, i ada sedikit problem nak discuss dengan you"
Senyuman ria Fiona terbit bagai bunga, penuh lembut dia mengucup kening Danish sebagai tanda penghargaannya.Sudah berapakali Danish memberikan wang kepadanya, bahkan kereta dan pelbagai barangan mewah telah dia dapatkan. Namun keinginan Fiona masih sahaja belum terpenuhi.
"Thank you so much Bie. You lah satu-satunya lelaki yang paling memahami i... I love you so much... And, you nak discuss soal apa? Kalau sebab permintaan you untuk married. I minta maaf sesangat. I tak bersedia lagi... You know That,I masih nak kejar cita-cita i'
YOU ARE READING
BIAR HATI BERBICARA [ ✔ ]
RomanceRanking 14 in romance (5/6/18) thnk you so much 💟 Bila bibir terbungkam sukar untuk melafazkan kata. Ditambahkan hati bersangkarkan keegoan di dada. Kehilangan sebuah cinta membuatnya terpinga, terkaku seketika mengejar bayangan yang kian sirna. D...