[BHB] BAB 3

16K 581 18
                                    

[ BIAR HATI BERBICARA ]

HARI silih berganti, dan kini hari yang telah dinanti-nanti akhirnya telah Menjelma,dimana hari yang bakal menyatukan dua jiwa iaitu hari pernikahan Danish dan Naura.

Teratak megah nan indah milik keluarga Datuk Seri Farid Daniel sudah jelas terhias indah. Bertemakan putih suci bak mutiara, setiap penjuru di hiasi dengan gubahan bunga. Pelaminan indah nan mewah sudah diandam di luar dan ada juga pelamin didalam ruangan rumah gah mereka. Demi sang anak tercinta, Datuk Seri telah menyewa andaman termahal dan lengkap untuk hari bahagia mereka. Hari menyambut ahli baru didalam keluarga.

Bunyi paluan kompang bertalu-talu, irama muzik saling bersatu. Pasangan mempelai juga sudah bersedia dan duduk teratur di ruangan utama. Kehadiran jurunikah pun sudah melengkapkan syarat-syarat mereka. Oleh kerana Naura sudah tidak memiliki kedua ibu bapa, terpaksalah pakciknya Harith Mikael menggantikan posisi ayahnya untuk menjadi wali.

"Mohd Danish Daniel Bin Datuk Seri Mohd Farid Daniel, saya Nikahkan dikau dengan Naura Syafiqah Aulia Binti Harris Mikael dengan mas kahwinnya Lima Ratus Ringgit dibayar tunai"

Jabat Tangan ditekankan ke bawah sebaik sahaja jurunikah meluncurkan kata memberi tanda Danish harus mengulangi dan menerima akad nikah.

"Saya terima nikahnya Naura Syafiqah Aulia Binti Harris Mikael dengan maskahwinnya Lima Ratus Ringgit dibayar tunai"

Helah nafas berat terhembus pantas sebaik sahaja saksi dan jurunikah mengesahkan akad yang dilafaz. Figura Danish tersenyum tawar menjeling ke arah Naura yang duduk sopan di atas pelaminan kecil.

Raut wajah Naura masih muram dan gelisah, dia menundukkan pandangannya sebaik sahaja berlawanan mata dengan Danish yang sudah memanah ke arahnya. Jujur dia ketakutan, dia tidak tahu harus berbuat apa. Ditelan mati ibu, di luah mati ayah. Naura tergamam tanpa kata,mencuba mengikat duka di sudut mata. Menahan cairan jernih degil itu untuk tidak lolos dari kolam mata.

Danish bangkit dari duduknya, kini langkah mengarah ke arah Naura, sosok gadis itu di amati seketika. Tubuh indahnya dibudayakan dengan gaun pengantin kebaya moden berwarna putih Perak yang di pilih oleh ibu mertuanya. Datin seri Dalila. Ton kulit Naura yang cerah, memilih hidung yang mancung,bibir merah merekah serta pipi merah merona. Indah dipandang mata.

Sesiapa sahaja memandang Naura,pasti akan terkesima dan terpegun dengan keindahannya. Tidak dipungkiri, Naura bukan seperti gadis kebanyakan. Darah kacukan Perancis yang mengalir dari Almarhumah ibunya saling tak tumpah iras-iras gadis belanda. Namun gadis secantik ini, masih tidak mampu meluluhkan hati sebongkah batu milik Danish Daniel


Lelaki itu masih dengan perasaan dendam, benci, marah amarah dan pelbagai aura negatif setiap kali bersama Naura. Semakin dekat Danish menghampiri,semakin kuat detakkan jantung Naura berfungsi. Naura mengenggam kedua belah tangannya. Seperti mengenggam ais yang dingin . Tatapan mata Danish sungguh mengetarkan hatinya.


Danish berdiri tepat di hadapan Naura. Kemudian  mencapai tangan kanan Naura, sebentuk cincin disarungkan dengan wajah yang malas. Kemudian Naura ingin mengucup lembut tangan milik suaminya namun Danish menyentak dan perlahan-lahan ketawa apabila orang ramai mula menyedari tindak tanduknya.

"Tak biasa" gurau Danish bagi mengembalikan suasana yang terganggu dengan sikapnya. Ibunda berbisik lembut pada Danish. Mengajari langkah seterusnya. Iaitu sesi pembatalan air wudhu. Senyuman ceria Danish kembali mati. Perlahan-lahan Danish mendekati Naura lalu mengucup dahi gadis itu dengan pantas dan menyeka bibirnya.

BIAR HATI BERBICARA  [ ✔ ]Where stories live. Discover now