lapan

290 7 16
                                    

"aih bengang betul aku dengan mamat tu! dahlah tiba-tiba muncul lepastu cakap entah apa-apa aje. tak sayang mulut betul! nak aje aku keluarkan jurus musang berekor sembilan aku semalam. buat rosak mood aku aje haih. bagus-bagus mood aku seceria matahari tiba-tiba semendung kimolonimbus." bebelku.

"sya, sya kau tengok si atin tu. normal tak tu?" bisik zal yang baru berlalu dari pintu bilik aku yang terbuka.

sya yang berada di depannya ditarik dan sya pe lagi, terdoronglah ke belakang. sya yang mulanya menyampah memandang ke arahku.

"ya Allah! memang patut kawan kita ni kena hantar kat bukit padang. sedih pula tengok kawan aku cenggini." kata sya lalu menekup mulutnya.

zal sedang mengusap air matanya yang wujudnya tiada. tumbuk kang minah berdua ni. diorang berdua jalan ke arahku dengan perlahan-lahan dan berat langkahnya.

"kau okay tak tin?"

"kitorang sedih ni kau macam ni."

rambutku yang kusut, diusap oleh diorang berdua dan bertambah kusut lagi. kuang ajaq betullah. penat aku 'seterika' rambut aku tau tak? ish.

"korang pehal hah?!" jeritku bengang sambil pandang diorang dengan pandangan helang yang ingin menyambar mangsanya.

"hah tengok tu. macam aku rasa aku pernah baca dalam satu article ni, mood tak menentu tu merupakan simptom bagi gangguan mental." kata sya pula.

"eh sya betul ke? takutlah aku. nanti terjangkit pula kat aku." kata zal lalu memeluk tubuhnya.

"sebelum aku hempuk korang guna boyfren jibana aku ni, baik korang keluar dari bilik aku se. ka. rang." kataku lalu membukakan pintu bilikku seluas pintu hatiku kui kui.

"ish kau ni tin. mana boleh serius je memanjang. hidup kena chill. santai di posisi." kata sya lalu menarik aku duduk di birai katil.

"ha'ah tin. kau kena relaxsa. mana boleh marah-marah. nanti muka berkedut." kata far pula. ayat yang last tu dia cakap dalam nada suara sally, iaitu salah satu watak dalam kartun dua kembar botak macam nak pergi naik haji tu.

"hey korang ni." kataku lalu menggeleng kepalaku dan menutup pintu.

"aku dengar tadi kau bukan main memanas depan jibana kau. pehal?" kata zal sambil menepuk-nepuk tempat kosong di hatinya eh di sebelahnya di atas katil.

"ya tin. ceritalah." kata sya pula, menyokong. aku pun mulalah bercerita selepas diorang mendesak. eh mendesak ke?

"okay macam ni. si jembalang minta penampar, kaki dan penumbuk tu muncul balik."

saty ayat tu boleh buat zal dan sya melopong kemudian lalat pun berkampung di dalam mulut diorang euw.

JIRANWhere stories live. Discover now