Ariq apa benda semua ni? Awak tak buat benda tu kan? Ujar feeya meminta kepastian.
Bukan aku yang buat. Kau macam tak kenal aku pulak ujarnya serabut. Rambutnya jangan ditengok kusut habis. Serabai macam kena tinggal awek. Memang kena tinggal pun.
Bagus lah kalau awak tak buat. Ariq awak lupakan jelah farah ye. Dia tak nak pun dekat awak. Saya yang nak dekat awak ni pun awak tak layan ujarnya sedih.
Feeya saya tengah pening ni. Lain kali kita cakap boleh? Saya perlu masa ujarnya.
Semua pasal farah. Bentak feeya. Ariq awak tahu tak saya cintakan awak. 6 tahun ariq saya bertepuk sebelah tangan. 6 tahun saya menagih simpati awak. Tapi apa yang saya dapat? Awak kenal saya dulu sebelum farah. Kenapa susah sangat awak nak cintakan saya? Jeritnya. Puas hatinya meluahkan perasaan. Air mata jangan dikata dah mengalir sederas derasnya.
Feeya perasaan bukan boleh dipaksa. Jawabnya. Sebenarnya kesian dengan feeya. Dia tahu 6 tahun feeya kejar dia. Cuma dia pura pura tak nampak.
Then kenapa awak paksa farah untuk terima awak? Soalnya lagi.
Sayaa... saya... saya...terpinga pinga ditanya sebegitu.
Syaa takkan berhenti kejar awak. Tu janji saya. Ujarnya lalu meninggalkan tempat tersebut.
Argghhhhh. Serabut kepala aku. Jeritnya pelahan.
****
Assalamualaikum mama. Ujar ariq ketika membuka pintu.
Waalaikumussalam. Masuklah. Mama ada dekat dapur ni.
Baik mama. Ujar ariq lalu berjalan memasuki rumah.
Mama nampak farah punya buku tak? Jeritnya dari atas. Lantas dia keluar dari bilik menuju ke dapur setelah pangilannya tak bersahut. Ma mana buku.... Wraghhhhhh jeritnya lalu berlari ke dalam bilik. Kenapa dia ada dekat situ pulak. Macam mana aku tak perasan yang dia datang ujarnya mengaru kepalanya. 1..2...3... Mama jeritnya lagi setelah sedar bahawa dia tidak memakai tudung ketika turun tadi. Malunya getusnya pelahan.
******
Farah meh turun makan. Kamu buat apa berkurung dalam bilik tu. Meh makan cepat. Ayah dengan ariq pun dah sampai. Panggil mama dari bawah.Kenapa dengan farah tu awak. Soal abah.
Entah lah bang. Saya pun tak tahu kenapa dengan dia. Dari ariq tiba sampai lah sekarang dia tak keluar bilik pun. Ujar mama kerisauan. Sebenarnya dia tahu punca farah tidak keluar bilik, mesti pasal gambar tu. Takpe pura pura risau. Niat mama hanya satu. Nak satukan farah dengan ariq getusnya.
Dah lah. Awak tu jangan risau sangat. Reha pergi panggil along turun makan. Cakap abah panggil. Ujar abahnya. Dengan segera reha berlalu ke bilik untuk memanggil alongnya.
Along, meh makan. Ujar reha menjengukkan kepalanya.
Reha makan lah. Along tak lapar lah. Suruh diorang makan. Tak payah tunggu along.
Tapi along, abah suruh turun. Ujarnya.
Hah? Hmm yelah ujarnya lalu mengemas buku buku yang diulangkajinya tadi. Bukan ulangkaji pun lebih ke arah mengelamun memikirkan pekara tadi. Dah jom reha kita turun. Ujarnya lalu turun ke meja makan.
Farah okey? Farah tak sihat ke? Ujar ayah saat farah turun.
Farah okey. Maaf susahkan ayah. Maaf sekali lagi sebab tak sambut ayah tadi. Farah leka ulangkaji tu yang tak perasan. Maaf ujarnya sekali lagi.
Ea takpe. Farah tu jangan belajar kuat sangat. Nanti jatuh sakit umi dengan abah yang susah. Nasihat ayah.
Baiklah ayah sambutnya. Lalu menarik kerusi kosong dihadapan ariq. Perasaan malu aku ni tak hilang lagi. Kena pulak duduk depan dia. Haishhhh malu getus hatinya. Hanya sedikit saja dia jamah. Kecelaruan otaknya menyebabkan dia tidak selera.
Dari tadi aku perhatikan dia. Duduk kuis kuis je nasi tu. Makan pun sikit je. Dia pikirkan apa tu? Dia pikirkan kejadian dekat sekolah ke? Ke kejadian petang tadi? Saya minta maaf farah. Saya tak sengaja. Pasal dekat sekolah tu demi Allah saya tak tahu. Kalau pasal tadi saya betul betul minta maaf. Sya tak tahu yang awak tak pakai tudung tadi. Hmmm keluh ariq perlahan. Hanya luahan dalam hati mampu dia katakan.
******
Awak marah lagi pasal tadi ke? Ujar ariq yang baru tiba.
Hah? Takde lah. Untuk apa saya marah. Bukan salah awak pun. Ujar farah terkejut. Dilemparkan pandangannya melihat ke arah langit. Saya ada terbaca dalam satu buku. Jika rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita ujar farah. Dia memandang langit yang mendung. Macam ni lah keadaan saya jika ada masalah. Ni lah port yang selalu saya duduk kalau saya sedih, marah, sakit hati. Saya akan pandang langit dan lepaskan segalanya. Bulan dan bintang lah antara sahabat saya. Tempat saya mengadu kasih, tempat saya luahkan perasaan. Tempat saya menghabiskan air mata sejak kejadian tu. Ujar farah tersenyum lesu. Setitis demi setitis air mata mengalir.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita ni kadang-kadang sebagai hambaNya tidak pernah bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya jawab ariq. Hanya kata-kata yang mampu aku ungkapkan. Tenang lah farah. Saya tahu awak kuat ujar ariq melihat farah mengalirkan air mata. Kejadian apa yang menimpa awak farah? Hanya kata hati yang mampu dikeluarkan.
YOU ARE READING
Ia Bermula Dengan Cinta
RomanceTolong terima surat ni.- Ariq *Ariq seorang lelaki yang ceria. Tak mudah berputus asa walaupun berkali ditolak. Dia pasti cintanya akan membuatkan hasil* Awak simpan je surat tu. Sya tak nak. - Farah *Farah seorang gadis yang unik. Hati sekeras bat...