" I promise, I'll save you again and again "
++++
Sedetik, dua detik.... Kedengaran derapan kaki menuju ke bilik Hana. Hana memejamkan matanya rapat.
"Taehyung, t-tolong aku" nama Taehyung terukir di bibir pucat Hana. Entah mengapa Taehyung berada dalam pemikirannya. Tidak lama kemudian, tubuh Hana seperti didakap dalam dakapan seseorang.
"Hana! Kau okey? " setelah Hana mengenali suara tersebut, dia terus memeluk nya dengan erat.
"Tae- a-aku takut" Taehyung mengusap belakang Hana untuk menenangkannya. Tapi, Hana tidak behenti dari menangis. Dia bersyukur Taehyung ada bersamanya. Taehyung faham akan situasi Hana. Memang sukar untuk membuang phobia yang telah menemani hidup. Tambahan pula, Hana mempunyai kisah silam. Pahit, sedih, dan benci. Taehyung mengangkat Hana lalu menurunnya di atas katil.
"Kau tidur la.. Aku kat sofa" belum sempat Taehyung berjalan menuju ke sofa, Hana menahan lengannya daripada pergi.
"Teman aku.. Sekali ni saja" Hana menepuk disebelahnya. Taehyung masih lagi terpinga. Bukan apa. Tapi disebabkan Hana tidak suka seseorang tidur sekatil bersamanya melainkan darah dagingnya sendiri. Dengan perlahan lahan Taehyung baring disebelah Hana.
"Kau okey ke? Yalah kau--"
"Tak apa. Memang waktu macam ni, aku ingin seseorang temankan aku" Hana mula memejamkan mata. Taehyung memerhati setiap inci muka Hana. Dia sangat sayangkan Hana. Mujurlah ada kelebihan dia tidak tidur sebelum elektrik terputus. Kadang kala, Taehyung kasihankan Hana.
Flashback
"Lepaskan aku!" Lelaki dalam lingkungan umur 50 melibas tali pinggang ke badan Hana yang dipenuhi dengan calar dan lebam."Kurang ajar! Aku bapa kau! Kau mesti hormat aku! " lelaki yang mengaku bapa kepada Hana terus mencengkam bahu Hana
"Ya, memang kau bapa aku. Tapi maaf kehormatan aku hilang"
PANG!
Muka Hana terteleng.
"Ikut aku!" Lelaki itu menarik Hana ke suatu bilik stor yang gelap dan berhabuk
"Aku tak mengaku kau anak aku dan kau! Akan jadi penebus hutang2 aku" dia menolak Hana ke dalam bilik tersebut lalu menutup bilik dengan kuat.
'Disebabkan judi, ibu di bunuh. Disebabkan hutang, aku dipertaruhkan. Keluarga aku jadi porak peranda' Hana sebak. Tak guna lagi dia menangis. Tangisan tidak dapat mengubah nasibnya. Pintu dikuak,. Lelaki asing mencangkung dihadapan Hana. Mukanya disentuh. Hana menepis kasar. Jijik.
"Hmm.. My type. Aku beli" duit dibaling. Lemah semangatnya. Dia hendak melawan, tapi dia seorang perempuan. Tiada kudrat. Hana dibawa menggunakan kereta mewah berwarna hitam.
'Hana, ibu berpesan. Pertahankan hak kamu sebagai perempuan. Jangan lemah' kata2 arwah ibunya menyedarkannya. Dia terjun keluar dari kereta. Walaupun sakit, dia tetap berlari sehingga di suatu lorong sunyi. Tiba2 matanya berpinar lalu rebah ke tanah. Dia mendapati satu lembaga mendekatinya sebelum penglihatannya gelap.
End flashback
"Aku lah budak pada 15 tahun lalu yang menolong kau bawa ke pusat kebajikan anak yatim. Tapi kau takkan percaya aku sekiranya aku memberitahu" Taehyung menyelit rambut Hana kebelakang telinga. Setelah itu dia merangkul pinggang Hana."Walau apapun yang terjadi, aku sentiasa tolong kau, temani kau, sayangkan kau sehingga nafas terakhir aku. Itu janji aku, Kim Hana"
YOU ARE READING
Dreams +kth
Fanfiction" You are my pot of gold. So don't worry. If you promise to stay, I promise to never leave. I'll give you all of my faith, youth and oath " +++++ " Sorry Taehyung " - Hana " You just broked mine. I'm okay, its all passed, never changed. " - Taehyun...