Tingtong❣
Aku tekan doorbell sambil pegang bagasi dekat tangan bila pagar dah dibuka aku masuk
Terpandang akan taehyung yang ketawa sorang sorang depan tv sambil tengok cerita shinchan
Dia dengan sinchan tu elok nya sepupu peragai hampir lebih kurang sama je
" Hyo masuk lah rehat dulu, biar kak ton buat dinner "
Tegur kak ton selaku pembantu rumah, kak ton nie aunty kim dah sediakan rumah untuk dia kat belakang tak lah besar sangat tapi boleh lah untuk dia dan anak beranak
" Eh takpaa Hyo tak penat pun, aunty dah pegi kerja ke kak ton? "
" Dia dah makan dah semalam "
Aku garu kepala. Siapa yang makan semalam? Aku tanya lain dia jawab lain
Maklumlah sound telinga dia dah rosak sebelah, so kita tak leh salahkan dia takgitu?
" Siapa yang dah makan! "
Soalku dengan nada tinggi untuk pastikan dia dengar
" kambing dengan itik tae belakang rumah tuu lah "
Aku tepuk dahi. Aku tanya pasal aunty dia bagitahu pasal kambing dengan itik hewan peliharaan si taeyung dekat belakang rumah tu pulak dhaa
" KAK TONN HYO TANYA AUNTY MANA? "
" OH Puan Takda dia dah pergi airport . Hyo lambat sikit jee baru tadi dia pegi "
Huft. Sabar calm down
Baru 5mins Tak sampai sehari aku duk rumah nie boleh naik darah tinggi
" takpaa lah kak ton hyo nak kemas baju , nanti dah siap panggil taehyung ya! "
Kita cakap tinggi suara bukan sebab tak hormat ataupun kurang ajar yer tapi sebab dia takboleh nak dengar jelas
Kang kalau tak cakap kuat kuat dia jawab lain,kau tanya lain
Kau nak darah tinggi naik?
Lepas kemas baju muat dalam almari, aku keluar menuju kedapur untuk menghilangkan dahaga dan ternampak satu stick note yang tergantung dengan magnet depan peti ais
To : Hyo ❤
Aunty cuma nak cakap thanks sebab sudi jaga tae selama beberapa hari masa aunty takda , jangan lupaa paksa dia buat homework, bacakan buku untuk dia sebelum tido, selebihnya tu mesti hyo dah tahu kan👀🖖
Lamunan aku tersentak bila kak ton bersuara
" Hyo panggil tae makan , kalau tunggu dia datang sempat itik dengan kambing dia datang makan dulu "
aku menuju keruangtamu
" Dah dah laa tuh asyik nonton tv jee, makanan kat dapur tu dah nak sejuk tau tak "
" jangan lah kacau kita noonaa, kita nak tengok sinchan nie "
aku tarik nafas sebagai tanda untuk menahan sabar dari segala dugaan ini
" tae. Pergi lah dulu nanti lepas makan nak tengok sampai pagi pun noona tak kisah , nak telan sekali tv nie pun aku tak kesah tau dak! "
" So sebelum angin aku naik baik kau pegi dapur sebelum kambing dengan itik kau belakang rumah tu aku jual dekat pakcik sebelah rumah "
Dengan mucung sedepa kalah itik belakang rumah dia tu. Dia menuju ke meja makan dan aku pulak duduk depan dia sambil tengok dia makan
Im diet 😊
aku letakkan sayur sayuran atas piring dia
" tae tanak makan sayur. Tae bukan blackey "
Blackey tu nama kambing dia guys 😌 kau dah la pertumbuhan terbantut ada hati taknak makan sayur
Aku goreng kambing kau masak kicap baru tahu.
" habis tu sapa nak makan sayur nie? Blackey? Takpun itik kau? Camtu "
" noona jee lah makan "
" noonaa diet tak makan malam"
" kalau macam tu kasi blackey je lah , takpun kasih cik bedah"
Gais cik bedah tu nama itik dia yang paling dia sayang, hari tu nama itik dia dayang nur faizah tapi dia tukar lagi jadi cik bedah sebab lepas tukar nama dayang nur hari tu itik dia sembelit cirit birit guna nama tu
So dia panggil lah cik bedah semula then itik tu kembali normal the end
Aku pasrah je lah dengan peragai taeyung nie
Lepas makan taehyung kembali kehadapan tv, mentang mentang esok cuti sekolah
Aku duduk tepi dia diatas sofa sambil layan cerita Tom and jerry . Kartoon fav taeyung selain sinchan😌
Aku taktahu apa yang lucunya sampai dia ketawa terbahak bahak nak mati
Sesekali dia pandang aku, aku balas dengan jelingan then tetiba dia baring dan letak kepala dia atas pehaa aku
" Yaa! "
" kenapa noonaa? "
" kepala kau beratlah.tepilah "
" alah lima minit..tak tak.. Tujuh ehh tak sepuluh minit.."
Aku biarkan dia macamtu 10minit tapi taksangka sepuluh minit tu buat aku tertidur
•••
Bila aku bukak mata, aku tertidur diatas sofa dengan satu selimut dan bila aku pandang tepi taehyung tertidur sambil meletakkan kepalanya diatas meja
Aku tersenyum aku pandang dia yang nyenyak tidur sampai lah aku tertidur semula
•••
" Hyo..tae..Kenapa tidur kat sini? "
Aku terbangun bila dengar kak ton bersuara.
" Dah pukul berapa kak ton? "
" kak ton baru pulang dari supermarket , nanti bila breakfast dah siap bangun kan tae ya "
Sebab aku masih mamai dan baru berada dialam setengah sedar, aku hanya mampu tersenyum senget
Lain aku tanya lain di jawab nya kak ton..kak ton..
Aku melangkah untuk masuk kedalam bilik 5minit sambung tidur 😂
💞😌
Sorry pendek dan hambar guys suka diingatkan kan berkali kali jangan lupa vote
YOU ARE READING
Tae|Tistic
FanfictionSehari takjumpa,rasa rindu nak mati Sekali jumpa,rasa nak sepakk sampai mati pororo? Itik? Kambing? Aiskrim? Tuu sahaja yang ada dalam kepala hotak dia and oneday,I'LL miss my pororo kimtaehyung