[BHB] BAB 6

13.2K 397 20
                                    

BIAR HATI BERBICARA

RUANGAN rumah mewa dihiasi ala-ala Inggeris, lengkap perabot bermutu tinggi dan dinding berwarna cream garis emas cukup luas kini diselubungi kesunyian.

Figura Danish bersandar pada sofa sesekali menjeling ke arah pintu stor nun disana membuat hatinya terasa resah.
Televisyen memampangkan bicarawara membaca berita.

Alat kawalan jauh diatas meja dicapai dan mengurangkan kekuatan nadanya.Hati tertanya-tanya apa yang sedang dilakukan oleh gadis bernama Naura. 'Ih! Tak boleh jadi ni!' Bentak Danish didalam hati.

Bangkit dari duduknya kini mengayun langkah menghampiri ruangan bilik tidur figura Naura.

Tok! Tok! Tok!
Hampir seminit ketukannya langsung tidak diendahkan. Kini tangan menyambar perlahan tombol pintu dan memulas perlahan agar tidak terdengar akan tindakannya dari menganggu Naura..

Pintu dikuak sedikit, mengintai apa yang sedang dilakukan Naura.Terpampang jelas dikarca mata. Naura sedang berbalik dan mengaru-garu tubuhnya, cuba melelapkan mata.

"Kenapa dengan badan kau? Tak boleh tidur bilik berhabuk.. bagitahulah awal-awal. Kemas barang kau. Pindah sebelah bilik aku" Langkah memasuki ruangan stor yang sudah bersih dan menghampir Naura yang masih mengaru-garu tubuhnya.

Kesan bintik merah dan ruam kelihatan jelas diatas kulitnya yang putih melepak. Tumpuan Naura kini beralih kepada suara Danish. Sedikit terkejut bila Danish melihat wajah isterinya sudah merah.

"Tak..saya tak masalah dengan habuk..saya alergi seafood" Naura membalas tutur suara Danish dengan penuh kesopanan walaupun sedang dibelenggu rasa gatal dan perih.

"Larh! Kenapa tak bagitahu aku kalau kau tak boleh makan-makanan ala seafood ni.
Kalau aku tahu, taklah aku belikan untuk kau. Membazir duit aku je" Bicara Danish dengan nada tidak kisah.

Kini raut sedih dimuka Naura membangkitkan rasa kepehatinan dan simpati. Kalau bukan kerana dia, mesti semua ini tidak akan terjadi.

"Sudah! Cepatlah bersiap, aku hantar kau pergi Klinik" Langkah diayunkan keluar dari kamar Naura. Memberikan ruangan untuk gadis itu bersedia.

*****

USAI Mendapat rawatan diKlinik Swasta Ternama, Pantas Figura Danish dan Naura beredar untuk segera pulang ke rumah. Kereta putih jutaan ribu diluncurkan laju melepasi lebuh Raya.

Sesekali konsentrasinya beralih kepada figura Naura yang sudah terlena. Sunyi sepi tanpa terdengar dengkurannya. Mujur sahaja ada ubat untuk isterinya kalau tidak pasti ayah dan bonda mengamuk terhadap dirinya.

Sedikit tercalit dilubuk sanubari akan kekhilafannya tidak mendengar penjelasan gadis itu tadi. Pantasan sahaja Naura menolak ajakannya. Tapi sikap terlalu mendesak. Maka inilah jadinya.

Huh! Keluh kesal membelenggu didada.Tak Fasal-fasal kena habiskan masa untuk merawat Naura. Ditambah lagi dengan demam datang menerpah. Masalah-masalah.

Hampir setengah jam perjalanan akhirnya tiba juga dihadapan rumah yang indah milik Danish. Dihiasi tanaman bunga pelbagai jenis dan warna, semuanya indah-indah belaka. Danish memakirkan kereta pada tempat asalnya.

Enjin dimatikan dan menoleh ke arah figura disebelahnya, wajah putih mulus pipi merona merah masih senget baringnya. Letih benar agaknya.

"Oi!! Bangunlah Oi!! Sampai dah!" Bahu digoncang memggelegar mengejutkan Naura dari lenanya. Kini posisi ditegakkan dan menggosok kedua kelopak mata lalu merengangkan badan.

Tangan digagapkan pada riba mencari bungkusan ubat berwarna putih yang sudah hilang jejaknya. "Ubat saya mana?"
Soal Naura memandang wajah Danish.

Kini sudah tertumpu pada sebelah tangam kanan suaminya, rupanya bungkusan sudah beralih tangan dan dibawa oleh Danish.
Sekuntum senyuman lega diwajah sudah terlukis.

"Lain kali bagitahu aku..apa kau boleh makan dan tak boleh makan" tutur Danish masih dengan nada sebelumnya. Tiada perasaan. Naura mengangguk lemah perlahan segera menuju ke arah bilik disudut sana.

"Eh?! Kau nak ke mana? Kau guna bilik sebelah bilik aku ni. Tapi saka-saka kau tu suruh jangan muncul waktu aku ada ye. Aku ni pemalu sikit, segan" terlakar dibibir Naura sebuah senyuman manis dengan kata-kata yang diberikan oleh Danish. Segan?! Takut kot..

"Apa senyum-senyum. Nah ubat kau.. makan.. tidur cepat esok aku cuti, kalau kau sihat tolong aku urus bunga dekat luar tu. Jangan terlerap je dekat rumah" Jelingan tajam Danish masih kelihatan dingin terhadap Naura.

Pintu bilik dihempas kuat. Terkerdip mata Hazel Milik Naura melihat tingkah Danish yang sentiasa dilanda emosi amuk amarah. Nafas teratur lemah dan mula mengorak langkah. 'Bila awak nak terima saya Danish?'

Anak mata Naura dilemparkan ke arah syiling rumah yang terukir indah, terpulas ke kiri ke kanan mata tetap tidak mahu melabuhkan tirainya. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 2subuh. Ruam kemerahan sudah mulai sirna. Dingin penghawa dingin menyengat di dalam tubuhnya.

Wajah milik papa dan mama seakan terawang-awang di udara. Kelihatan sedang tersenyum melihatnya. Terimbas dimana detik tragedi kemalangan tepat berlaku didepan mata. Pantas ia berduduk menepuk kepalanya untuk melupakan segala-galanya. Darah! Cebisan daging! Argh!!! Terasa ingin meraung melepaskan tangisannya namun laju tangan mencekup mulutnya sendiri.

Airmata gugur berderai menyembah bumi. Naura trauma dengan peristiwa hitam yang pernah terjadi, lebih suka mendiamkan diri, tapi tidak suka bersendirian dalam ruangan luas dan sunyi bimbang kejadian kembali menyelinap dalam ingatan. Bahu teresak-esak menahan rindu tidak kesampaian.

Tubuh dibaringkan semula dan ia terlena dalam tangisan momento menyakitkan setiap malam.

*****

BIAR HATI BERBICARA  [ ✔ ]Where stories live. Discover now