Do you remember the night we wrote our story with stars?
+++++++
Cahaya matahari menyinari bilik Hana. Hana mula mencelikkan matanya. Kelihatan sebelahnya kosong. Mana Taehyung? Dia mengeluh. Mungkin Taehyung awal balik kerana tidak selesa dengan dia lagi? Pasti Taehyung akan menyangka Hana hanya gedik dengan Taehyung sahaja. Dia menyusuri tangga lalu mengorak langkah ke dapur. Tapi, langkahnya terhenti apabila melihat banyak makanan tersusun di atas meja.
"Good morning!" Sapaan ceria daripada Taehyung membuatkan Hana tersenyum lebar di dalam hati. Tambah lagi dengan apron yang tersarung kemas pada badan Taehyung.
"Kau yang masak semua ni?" Tanpa ragu, Hana duduk di kerusi.
"Siapa lagi kalau bukan aku?" Menu yang terakhir di letakkan. Taehyung membuka apronnya lalu duduk berhadapan dengan Hana. Hana masih belum menyentuh makanan. Lagi meneliti gerak geri Taehyung. Taehyung yang perasan terus menegur.
"Tahulah aku hensem tapi jangan lama sangat tengok. Takut terjatuh" Hana tersedar, pura2 mencapai buah epal di hadapannya.
"Taklah. Cuma tak percaya yang kau masak semua ni" kata Hana lalu menggigit epal tersebut.
"Kenapa? Ada ciri2 bakal suami kau ke? " Taehyung tersenyum senget. Kenalah Hana. Termakan dengan umpan dia sendiri.
"Eh--tak.. Kau tak penuhi ciri2 tu?" Tipulah Hana mengaku Taehyung tidak ada dalam ciri2 'ideal husband' nya itu.
Taehyung menaikkan keningnya. Masih menafikan ayat Hana.
"Aku... Nak mandi" belum sempat Hana berlalu pergi, Taehyung menghalangnya dengan memerangkap Hana di dinding manakala tangannya disandar antaranya. Hana terkeruan.
"Betul? Bukankah kau suka orang yang baik, caring dan" Taehyung mendekatkan bibirnya di telinga Hana sehinggakan dia dapat mendengar deruan nafas Taehyung.
"Penyayang" bisikan Taehyung membuatkan bulu roma Hana menegak dan pipinya membahang. Taehyung menjarakkan dirinya untuk melihat reaksi Hana.
Makin bertambah malunya apabila diperhati oleh Taehyung. Dia terus berlari menuju ke biliknya. Taehyung tergelak kecil melihat tingkah laku Hana yang comel. Dulu kasar. Sekarang bukan main ayu dan lembut.
"Makin hari kau buat aku gila, Taehyung" Hana menyandar dirinya di belakang pintu. Disebabkan situasi itu, jantungnya tidak berhenti dari berdegup laju.
Taehyung mendapat mendapat pesanan dari Jungkook bahawa dia akan ke Busan melawat keluarganya. Taehyung tersenyum dengan penuh makna. 'Inilah peluang aku'
++++
Pada malam itu, Hana di koridor. Merenung bintang2 di langit. Dia masih berfikir tentang perasaannya. Hati kata suka tapi otak kata tak. Dia takut Taehyung berpunya dan akan merosakkan hubungan mereka.
"Hana" Mata Hana beralih pada satu figura yang sedang melambainya di bawah. Tanpa berfikir panjang, Hana berlari anak keluar dari rumah.
"Kenapa kau ajak aku ke sini" Taehyung tersengih sehingga menampakkan senyuman petaknya.
"Ambil angin." Taehyung baring di atas rumput yang terbentang luas diikuti Hana.
"Kau ada perumahan yang besar dan luas. Kenapa tak nak letak apa2 dekat belakang ni?" Hana menaikkan bahunya
"Ibu aku cakap dia nak bagi tanah ini kat aku kalau aku dah berumah tangga" mulalah Taehyung berimaginasi. Tersengih seorang diri dia disebelah.
"Aku setuju. Nanti tanah ni akan jadi milik kita" percuma bahu Taehyung kena pukul.
"Relax la. Aku nak tanya, siapa first love kau? Kau tak ada crush?" Hana juga terkejut akan soalan yang dilemparkan.
"Memang tak logik kalau aku tak ada first love. Apa lagi crush. First love aku,, aku dah tak tahu mana dia sekarang. Sekiranya aku jumpa dia, aku ingin sangat berterima kasih dengan dia sebab tolong aku pada 15 tahun yang lalu." Jawab Hana sambil anak matanya memandang ke langit.
"Crush?" Soalan cepumas membuatkan Hana panik. Dia hanya diam tak terkutik.
"Kau nak tahu? First love aku adalah crush aku sendiri. Dia tak jauh dan masih rapat. Dia buat aku senyum bila melihat dia gembira. Siapa lagi kalau bukan orang yang sedang merenung langit dan matanya bersinar mengikut gerak bintang." Taehyung mengatur posisi. Dia merenung anak mata hazel milik Hana.
"Hana, if you don't mind if I say this,, Would you be mine?" Dunia Hana seperti terhenti.
Apa perlu di jawab? Adakah Hana akan menolak?
YOU ARE READING
Dreams +kth
Fanfiction" You are my pot of gold. So don't worry. If you promise to stay, I promise to never leave. I'll give you all of my faith, youth and oath " +++++ " Sorry Taehyung " - Hana " You just broked mine. I'm okay, its all passed, never changed. " - Taehyun...