BIAR HATI BERBICARA
ANAK mata jengkil melihat kelakuan Figura gadis mulus disebelah yang asyik membelek-belek kalung miliknya. Darah seakan menyirap geram bila tutur Nizam
masih terimbas dalam corong telinga berdengung tiada hentinya.Entah kenapa mata ini seakan benci dan seakan menganggu konsentrasi. Lelah dihembus yang terkepung didada. Sesekali bebola mata terusik dengan seutas kalung permata ukiran nama. Ah! Menyampah!
"Boleh tak jangan buat macam tu. Aku tak suka" anak mata jernih digerling ke kalung digenggaman Naura. Dahi bertaut garisan kerut dan sepasang mata seperti petir tajam memantulkan panahnya.Pantas figura gadis itu tersentak dengan pandangan bundar terkejut dengan gerungan suara suaminya
"Kenapa? Sala-
"Aku kata tak suka! Tak sukalah! Baik kau simpan benda alah tu sebelum aku buang ! Buat Semak mata aku je!!" Bengis wajah meleparkan katanya yang seakan menjamah sukma. Tiada angin tiada ribut sikap garangnya menerpah kembali.
Naura mengetap bibir lembut dan memasukkan rantai ke dalam beg tangannya. Pandangan ditoleh ke arah luar jendela dengan seribu perasaan penuh pertanyaan yang masih tidak terjawab.
"Tak payah nak ingat sangat memori kau tu, yang kau kena ingat sekarang , aku! Satu-satu lelaki yang patut kau patuh" sekali lagi ungkapan seperti menampar dadanya. Terkelu tanpa kata, hanya tatapan wajah tertimbul mencari maknanya.
"Maksud awak???
"Aku tak nak kau habiskan masa kau.. untuk ingat kisah lalu kau-
"Macamana awak tahu saya lupa ingatan?" Pantas Naura mencelah mengambil alih hujah Danish yang terputus belum sempat menyampaikan askara. Hidung yang tidak gatal digosok-gosok dan mencari alasan apa yang ingin dikatakan.
"Nenda bagitahu..." bohongnya masih memandang ke jalan raya. Kereta dipandu meluncur laju ingin pulang segera kerumah. Naura mengangguk perlahan dan kembali melontarkan pandangan keluar jendela.
"Sini...." tangan ditadahkan kepada gadis disebelahnya. Wajah berkerut tidak mengerti keinginan suaminya.
"Sini rantai kau tu, biar aku yang pegang" tangan terasa berat ingin menyerahkannya. Keluhan berombak didada dengan rasa berbagi dua. Takkan nak biarkan diri derhaka kepada suami. Tapi.. kalung itu satu-satunya peluang untuk ingat kembali.
"Cepat!!" Sergah Danish tidak suka menunggu-nunggu. Terangkat bahu Naura bila mendengar teriakan suaminya seakan memecahkan gegedang telinga. Nyaring menghapuskan kesunyian mereka berdua. Tangan yang bergetar tidak bertenaga digagahkan juga menceluk kedalam beg tangan dan menyerahkan kepada Danish.
"Okey. Good girl" sebuah garisan senyum terukir sebaik sahaja benda yang menganggu fikirannya itu kini diambil alih. Naura bersandar lemah pasrah dengan arahan suami singa yang hanya tahu memekik melolong dan marah-marah.
"Kau jangan risau..aku akan jaga rantai kau macam aku jaga kau."
"Jaga saya? Erm..." air ditelah terasa pahit. apa maksud dia? Nampaknya rantai tidak tahan lama. Danish tersengih mengelengkan kepala. Lalu umbunan Naura digosok-gosok.
"Awak jaga elok-elok rantai tu ye... itu satu-satunya harapan saya untuk ingat kembali orang yang saya kenali dulu...." pinta Naura dengan wajah pilu merayu.
YOU ARE READING
BIAR HATI BERBICARA [ ✔ ]
RomanceRanking 14 in romance (5/6/18) thnk you so much 💟 Bila bibir terbungkam sukar untuk melafazkan kata. Ditambahkan hati bersangkarkan keegoan di dada. Kehilangan sebuah cinta membuatnya terpinga, terkaku seketika mengejar bayangan yang kian sirna. D...