Part 1

269 5 0
                                    

Keadaan jalan raya di ibu kota Kuala Lumpur itu tersangatlah sesak.Biasalah time balik bekerja keadaan akan jadi sesak sebegini, ini pon nasib baik bergerak jugak walaupun slow kalau tak mahu berasap punggung Adryan duduk dalam kereta walaupun suhu pendingin hawa telah diturunkan tetapi terasa juga bahangnya  sudahlah tadi ada pekerja yang buat hal baru sahaja  mula bekerja sudah pandai songlap duit syarikat, terus dipecat pekerja itu.Sedang adryan leka dengan fantasinya terdengar telefonnya berbunyi.

"lah mummy rupanya ingatkan sapa tadi" kata adryan sendirian berhad.

"Assalamualikum,Mummy"sapa adryan memulakan bicara.

"Waalaikumussalam Ad, Ad dekat mana tu sayang " tanya Puan Sri Riana mummy Ad.

"Ad otw nak balik ni kenapa mummy call ad mummy nak kirim apa apa ke?"tanya Ad kembali kepada mummynya.

"Ouh, ha mummy memang nak kirim sesuatu ni tolong belikan mummy santan kotak dalam 3 kotak "

"Okok  tapi kenapa banyak sangat mummy sampai 3 kotak ?"

"Kawan mummy dengan daddy nak datang malam ni ad tolong cepat ye okaylah mummy nak sambung masak ni .Assalamualikum?" terus mummy nya tutup telefon sebelum ad sempat jawab salam.

"Haish mummy ni tak sempat aku nak jawab salam dah tutup nasib sayang."monolog ad seorang diri dalam kereta.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setibanya Ad di perkarangan villa Tan Sri Tengku Iskandar dan Puan Sri Riana,Adryan terus mematikan enjin kereta nissan skyline GTR nya dan berlari anak masuk ke dalam villa tersebut.

"Assalamualikum ad dah balik "laung ad dimuka pintu setelah dia menapak masuk ke dalam  villa tersebut.

"Waalaikumussalam ad apa ni main laung laung dah macam tarzan dah mak Imah tengok."jawab Mak Imah pembantu rumah tersebut yang telah berkhidmat selama 15 tahun dalam keluarga tersebut tetapi mereka sekeluarga tidak pernah menggangap Mak Imah seperti pembantu malah lebih kepada keluarga .Mak Imah tidak mempunyai seorang pun anak dan ayah Mad suaminya pula menjadi driver daddy.

"Hehehehe,Mak Imah mana semua orang, sunyi je ad tengok"tanya ad sambil tersengih menampakan baris giginya yang tersusun elok.Susah nak tengok ad bertukar perangai jadi budak-budak ni hanya bersama keluarganya sahaja dia akan tunjukkan perangai dia yang sebenar kalau diluar orang akan kenali ad sebagai encik singa kerana mukanya yang selalu ketat bila di office.

"Mummy kamu ada kat dapur dengan Rya, Daddy kamu kat atas ian pula belum balik lagi sejak keluar main bola tadi kejap kejap lagi balik lah si budak ian tu" jawab Mak Imah.

"Haish budak Ian ni suka sangat merayap .Ok lah mak Imah Ad nk kedapur"

Sesudah kata kata nya habis ad terus berlari ke dapur mendapatkan mummy dan adiknya yang kedua.Adryan berjengket- jengket menuju ke arah mummynya tergelak kecil dia melihat Rya yang sudah dibanjiri air mata akibat potong bawang. Tergeleng - geleng kepala dia melihat Rya inilah akibatnya apabila jarang masuk dapur potong bawang pon nangis.

"Bah " sergah ad kepada mummynya yang sedang mengacau kari itu.

"Eh tebalik" latah mummynya sambil mengurut dada.

"HAHAHAHA tak habis habis eh tebalik eh tebalik HAHAHAHA "sakan dia ketawakan mummynya pantas Puan Sri Riana mengetuk kepalanya menggunakan senduk.

"Aduh sakitlah mummy " Ad membuat muka kesian meminta belas supaya mummy memujuknya tetapi semakin kuat mummy dan Rya mentertawakannya.

"Padan muka abang sape suruh buat mummy terkejut kan dah kena " sakan Rya ketawakannya.Tercebik-cebik mulut ad bila mummy dan Rya mentertawakannya.

"Dah dh Ad pergi naik mandi kejap lagi kawan mummy nak sampai Rya cepat sikit potong bawang dari tadi lagi potong baru 4 biji yg dipotongnya"terhenti ketawa rya bila dengar mummy nya membebel.Haish Pilot pencen dah start membebel.

Ad pula pantas berlari menuju ke tangga padahal ada saja lif di dalam rumah itu tetapi dia lebih memilih tangga dapat membakar lemak katanya padahal boleh dikatakan setiap hari dia pergi gym tetapi sebelum mendaki tangga dia merosakkan rambut Rya dahulu akibatnya.

"ABANG!!!!!" laung Rya terkekek ad ketawa di tangga.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

P/S: sorry kalau ada typo or kekurangan komen dan vote anda akan membantu saya.

TENGKU ADRYANWhere stories live. Discover now