Third person P.O.V
Bella sibuk dengan telefon bimbitnya sementara dia membeli jagung kukus di luar sekolah. Dan di sinilah dia berjumpa dengan Farzana..
Farzana datang ke gerai Cik Kepoh dengan perut yang lapar. Hari ni sepatutnya dia ada latihan kawad kaki tapi entah macam mana, tidak jadi pula.
"Cik, jagung kukus satu." Farzana duduk di atas kerusi yang disediakan. Memang Cik Kepoh ada sediakan kerusi untuk pelanggan-pelanggan dia yang menunggu. Selalunya, belum panas pun punggungnya duduk, jagung dah siap. Hari ni lambat pula. Malang, malang.
Farzana jeling Bella. Asyik tersenyum dari tadi. Chat dengan pakwe lah tu. Menyampah.
"Nah." Cik Kepoh memegang secawan jagung kukus.
Melihat Bella buat tidak tahu sahaja dengan Cik Kepoh, Farzana terus ambik cawan tersebut dan membayarnya. Cik Kepoh pun ambik. Yalah, dia mana perasan siapa yang order dulu sebab ada penghadang yang menghalangnya dari melihat pelanggan kecuali kalau dia jengah ke luar.
Baru beberapa tapak Farzana melangkah, tangannya ditarik seseorang.
"Bagi balik." Bella menunjukkan jagung kukus di tangan Farzana.
"Huh?"
Bella buat muka menyampah. "Aku yang sampai dulu. Itu aku punya!"
'Amboi, mulut dia ni.' getus hati Farzana.
"Sorry, kak. Tapi saya yang ambik dulu. Akak tu leka sangat dengan handphone. Lain kali, kena peka terhadap situasi sekeliling." Farzana balas dengan lembut tetapi tegas.
Muka Bella memerah kerana menahan geram. Ditambah lagi dengan cuaca yang panas, fuh. Elak kena pelempang je , Farzana ni.
"Biadap." Bella jawab sepatah.
Farzana senyum paksa. Lantak kau lah. Memang dia mengaku yang dia salah, tapi kalau Bella cakap dengan dia baik-baik, dah lama dia bagi balik kat Bella. Ini tidak, main serang orang je.
"Okeylah, kak. Mak saya dah sampai tu. Pergi dulu." Farzana menghulurkan tangannya untuk bersalam dan seperti yang disangka, Bella terus berlalu pergi.
Sambil melihat Bella ke gerai Cik Kepoh semula Farzana menggelengkan kepalanya seraya berkata,
"Macam budak-budak."
YOU ARE READING
Benci
Юмор[3 April 2018] Tsk. Aku tak suka dia. Langsung. Never. "Aku benci kau." "Ada sebab untuk kau suka aku?"