.
.
Deringan telephone rumah menganggu kesibukan Maybella menyemak borang-borang permohonan Loan pelanggan.Mulanya dia membiarkan saja tu telephone itu terus berdering tapi tumpuannya sudah tergamggu,terpaksa juga dia bangun dan capai ganggang telephone yang jaraknya hanya dua langkah dari meja kerjanya.
" Hello ....?'' sambil membaca borang yang ada di tangan.
" Marbella kau sudah apply cuti minggu depan? Jangan lupa wedding saya next week tau..." bilang itu suara di hujung talian sana.
Saya jadi binggung sekejap,dalam masa yang sama cuba mengingati pemilik suara di hujung talian.Saya terdiam sekejap.
" Huiii Bella... kau dengar kah ni saya cakap? Hello...hello.."
" Siapa ni arr.."
" Astaga Bella... saya bah ni,Adeline..."
" Astaga kau pula Adeline, kenapa juga kau call saya guna telephone rumah ni?Kenapa nda call handphone saja ?'' Tanya saya,pelik juga dia tiba-tiba telephone di rumah saya.
" Kau tinggu bah handphone kau berapa miscall sudah dari saya!!! "
" Yakah? Alaaaa sorry saya nda dengar...sorry arr.." Memang benar pun saya tidak dengar handphone saya berdering.Di mana saya letak handphone saya pun saya tidak ingat.
" Hurmm nda apalah,orang sibuk macamana juga kan..''
" Alaa saya sibuk semak kerja opis bah,tulah itu sampai saya nda perasan kau call.Jangan marah arr ....nanti nda comel lagi.." Gurau saya sambil ketawa kecil.
" Hurmm yalah. Kerja office pun kau bawa balik rumah.Teda apa-apa bah sebenarnya saya call ni mahu kasi ingat kau lagi pasal wedding saya minggu depan.."
" Apa buli buat kerja banyak lagipun teda juga saya mahu buat di rumah. Pasal wedding kau okey bah Del Saya nda lupa bah itu.."
Suara Adeline kedengaran gembira bercerita tentang majlisnya minggu depan.Adeline satu-satunya sepupu yang rapat dengan saya sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Usia saya lima tahun dari Andeline tapi itu tidak membezakan pergaulan kami.Minggu depan dia mahu khawin sudah sama tunang dia Andy.
Adeline adalah anak tunggal uncle Sam dan mendiang anty Lily. Uncle Sam dan mama adik beradik. Adeline kini berkerja sebagai Pegawai Bank di Sarawak. Bakal suaminya juga orang Sarawak tidak sangka dia bertemu jodoh di tempat jauh dari kampung asalnya.
"Siapa yang call tu? Happy ja sy nampak?" Tegur Daniel tiba-tiba,entah bila dia balik pun saya nda perasan.
" Hermm...Adeline, dia kasi ingat kita pasal majlis kawin dia lagi.." jawab saya.
"Owh! Bila tu majlis dia lupa sudah saya..?"
" Sabtu depan, dear ndada apa-apa hal kan time tu..kita balik kampung sama-samalah.."
"Tengoklah dulu..saya tanya bos dulu kalau teda stok masuk saya boleh ambil cuti.Tapi kalau ada stok masuk nah teda lah saya dapat cuti.."
Itulah perangai suami saya,Daniel.Setiap kali ada majlis atau apa-apa saja urusan keluarga di kampung sebelah keluarga saya memang ada saja alasan dia.Tidak pernah saya rasa dia teruja atau gembira kalau mahu balik kampung saya.
Tapi saya bukan isteri yang banyak karenah jauh sekali buat perangai merajuk.Apa juga yang dia cakap saya kasi masuk saja telinga kiri dan keluar telinga tangan.
Malas saya mahu bersoal jawab sama dia. Memang saya kalah juga tu.Daripada sakit hati sendiri bagus saya diam-diam saja.
"Hermm..bah yalah.." Jawab saya.
YOU ARE READING
BENARKAH KERANA CINTA
RomanceMEREKA pernah bercinta dan hampir berkhawin Tapi kerana keluarga Cinta itu terpaksa di korbankan. Mereka akur pada Jodoh yang sudah di takdirkan untuk mereka. KINI,Setelah hampir sepuluh tahun berlalu mereka bertemu kembali buat pertama kali di satu...