[BHB] BAB 18

11K 320 4
                                    

BIAR HATI BERBICARA

"MACAMANA dia boleh terlepas!!!" Jeritan kedengaran jelas memecahkan kesunyian setiap penjuru ruangan.

Pandangan tajam bagaikan diasah sebilah pedang menucuk tajam dan menjunam. Semua tertunduk laju, lutut mengeletar dan dada mengalirkan arus detakan terlalu kencang.

"Kami minta maaf Madam, Kami-"

"Kami apa?! Takut?!tembak je lepas tu berambus! Tu pun susah nak buat ke hah?!!" Berang hati mendadak naik mengembuskan nafas kencang menatap geram.

"Bukan macam tu Madam, takut jikalau orang awam turut terkena kita juga yang susah"

"Sebab tu saya upah korang buat kerja ni! Korang kata cekap dalam bidang bunuh orang. Apa?! Cakap je gempak bagai nak rak. Tapi bila rusa depan mata mula gelabah?!!" Sinis sahaja sindirannya masih dengan nada berang gila.

"Saya tak peduli! Korang cari dia! Bawa dia jumpa saya! Kalau dia tak nak. Mampuskan je dekat situ jua! Eh! Benda mudah pun korang tak boleh buat ke?!"

"Baik Madam...."

"Apa lagi tercegat dekat situ!! Pergi cari dia sekarang!!!!!"jeritan memecah lagi seperti sambaran kilat sana sini. Gelora marah sudah menlonjak naik memenuhi hati.

"What a stupid lamb! Argh! ? They just make me crazy!!"

*****

TUBUH terbaring sendirian didalam kamar yang luas, mata menjalar ke sana sini tidak betah untuk berdiamkan diri. Kesunyian membelenggu diri, duduk termenung sendirian melawan kebosanan. Tiap dinding sudah diamati tapi fikiran jauh ke mana sudah dibawa pergi.

Tersentak dari lamunan bila bantal disebelahnya tiba-tiba merasa bergerak. Pantas tangan mengangkat dan mata mula menangkap telefon bimbit Danish yang tertinggal. Dahi ditepuk kesal, pasti Danish tercari-cari disaat ini

Tangan terasa gatal ingin mencapai telefon itu tanpa tersengaja dia tertekan menyambungkan talian. Terpaksa juga tangan yang terasa berat digigihkan untuk meletakkan pada cuping telinga mencari tahu siapa didalam talian sana.

"He...llo.." gugup suara menyoroti bicara . Rasa buncah mengelinap masuk dan dada berdegup laju tidak terkawal detaknya

"Hello?! who are you?!! Danish mana!!!"sergah suara garang wanita mengejutkan memecah dicorong talian. Makin melonjak kemelut di muara hatinya dan membenamkan rasa takut. Bibir mengeletar cuba dikawal.

"Dia.. ada meeting, telefon dia tinggal dekat hotel..." suara nada tersangkut, entah kenapa pita suara bagaikan susah mengungkapkan kata.

"What?!! So korang satu bilik?!" bibir beku tidak mampu berbicara hanya perkataan 'ya' yang susah itu diberikan dengan lemah.

"Owh! Wow!! What?!! So korang dua buat apa je dalam bilik tu?!!!" Jerit Fiona lagi mula naik angin. Mengeletar tangan Naura menahan nafas yang kini sudah mula tidak teratur lagi. Turun naik dadanya takut dengan suara Fiona.

"Kami takde buat apa-apa -

'Tak buat apa-apa?! Lelaki dan perempuan tidur satu bilik tak buat apa-apa?! Nak tipu i pun tak pandai ke? !you dengar sini erk betina! Danish milik i!!! You just perempuan simpanan macam sampah sarap buat dia je! You jangan nak cuba-cuba rampas dia dari i. Kalau tak.. you tunggu nasib you nanti!!!" Tut.. tut....tut

BIAR HATI BERBICARA  [ ✔ ]Where stories live. Discover now