Sakit gigi yang dialaminya sudah tidak dapat ditanggung lagi. Kesakitannya dirasakan begitu melampau. Telingnya juga berdenyut-denyut bagaikan ada makhluk atau serangga yang telah menggigit gegendang telinganya. Kesakitan yang dialami turut dirasai di bahagian kepala. Dari dahi membawa ke belakang kepala sehingga tengkuk. Kesakitan yang melampau itu dirasai disebelah kanan sahaja. Manakala bahagian kirinya tidak mengalami sebarang kesakitan, giginya, telinganya, serta kepalanya tidak mengalami sebarang kesakitan di sebelah kiri.
Penderitaan ini bukan baru sahaja dialaminya, ianya bermula sejak 2011, kesakitan yang melampau sehingga dia mengambil tindakan egresif dengan menghantukkan kepalanya di dinding sekuat hatinya. Banyak kali juga dia menghantukkan kepalanya ke dinding. Sehingga mengakibatkan dahinya lebam-lebam dan luka.
Dari 2011 sehingga kini 2018. Dia sering menderita sakit kepala, gigi, dan telinga. Penderitaan yang dialaminya itu menyebabkan dia sering melakukan tindakan yang kurang wajar demi menghilangkan sakit kepalanya. Dia pernah menelan dua papan panadol sekali gus sehingga mengakibatkan kesukaran bernafas dan dimasukkan ke hospital. Bukan apa, mula-mula dia makan satu biji, tapi tiada kesan, dua... tiga... empat.. tetapi masih sama.
Malam itu, disaat semua orang enak dibuai mimpi, dia masih tidak tidur. dia mengalami penderitaan yang sama, tetapi lebih dahsyat lagi. Kepalanya bagaikan mahu meletop. Terlampau berat, bagaikan ada makhluk yang mahu keluar dari otaknya dan memecahkan tempurung kepala. Keseluruhan giginya yang terasa sakit itu, dia rasakan bagai mahu mencabut kesemua giginya menggunakan playar.
" Hei.. kau mahu menghapuskan penderitaan kau?" Satu suara yang muncul dalam kepalanya.
"Kau siapa?" soalnya inginkan kepastian.
"Itu tidak penting, kau mesti dah penat menanggung derita yang sekian lama ini kan? Aku boleh tolong kau untuk hilangkan semua kesakitan kau itu." Suara itu terus menghasut.
"Yelah! Apa dia? Cepatlah tolong!" Dia merasakan dia sudah tidak sabar lagi untuk mengakhiri penderitaan yang sudah ditanggungnya sekian lama.
"Mudah sahaja, semudah ABC 123. Mula-mula, kau pergi dapur, dapatkan playar dalam kotak." Dia segera ke dapur dan mendapatkan playar.
"Kau nak hilangkan sakit gigi kan?"
"Yelah! Cepatlah bagi tahu!" Sakit pulak hatinya dengan suara yang suka melengah-lengahkan masa itu.
"Kau cabutlah gigi kau guna playar itu."
Tanpa membuang masa, dia mengepitkan playar itu pada gigi graham yang selalu mencari pasal dan membuat onar itu. Setelah dikepit dengan kemas, dia menariknya dengan sekuat hati. Darah membuak-buak keluar dari gusinya. Dia ada tertelan darah yang keluar itu, sedap pula rasanya, patutlah pontianak suka hisap darah.
"Puas hati aku! Sekarang giliran gigi-gigi yang lain pula!" Dia meneruskan aktiviti yang menyeronokkan itu. Satu persatu gigi dikepit dan direntap kasar, kelihatan darah hitam turut keluar, sungguh pekat. Darah terus membuak-buak keluar dari gusi yang telah hancur terkoyak akibat rentapan yang kasar itu. Selesai! Semua gigi sudah tiada!
"Betul lah cakap kau! Sakit gigi tiada lagi! Hahahahahahahahahahahaha" Dia ketwa bagaikan kerasukan. Ketawa psiko. Dengan darah pekat yang tidak henti-henti mengalir dari mulutnya. "Wahahahahahahhahahaha!"
"Tapi telinga aku ni sakit lagi ni macam mana?" Masih ada lagi masalah yang perlu diselesaikan malam ini juga.
"Owh itu mudah sahaja kawan. Rumah kau ada cerek kan? Kau jerang air dulu" Suara itu terus memberikan cadangan. Dia bagaikan orang lurus bendul, mengikut sahaja cadangan yang diberikan suara yang berada dalam kepalanya itu. Air sudah dijerang. Tinggal menunggu masa untuk mendidih.
"Sekarang air dah mendidih, tuangkan air tersebut ke telinga kau." Dia mengambil cerek air tersebut dan menuangkan air yang mendidih itu ke dalam lubang telinganya. Jarinya yang terkena besi cerek yang panas, dibiarkan sahaja, langsung tiada tindakan reflek bagaikan sudah hilang naluri kesakitan terhadap kulit di jarinya itu. Dia mengulangi perkara yang sama terhadap telinga kirinya pula. Air yang mendidih itu mengalir sehingga kegegendang telinga.
"Betul lah cakap kau! Telinga aku dah tak sakit lagi. Aku rasa beban yang aku tanggung selama ini semakin ringan. Tapi... ada lagi satu masalah terakhir yang menjadi semua punca kesakitan ini. Ya! Kepala aku masih lagi sakit mencucuk-cucuk! Kau mesti tolong aku!" Dia betul-betul berharap ini adalah penderitaannya yang terakhir. Selepas ini tiada lagi masalah sakit kepala.
"Itulah gunanya aku di sini, aku dah lama tengok kau menderita, itulah gunanya aku bersuara dalam kepala kau. Aku pun dah tak sanggup tengok kau macam ni. Hanya ini sahaja jalannya untuk menghilangkan kesemua kesakitan kau." Sambung suara yang berada di dalam kepala itu.
"Kau dah sedia untuk hilangkan sakit kepala?" soal suara itu.
"Ya! Kau fikir aku ada masa kah untuk sakit kepala! Cepatlah!" Dia sudah tidak sabar lagi.
"Mula-mula kau pergi ke arah pintu, keluar rumah, dan pergi ke arah jalan raya."
Dia mengikuti sahaja arahan suara itu bagai kerbau dicucuk hidung. Kini dia berada di jalan raya yang lengang dan sunyi memandangkan sekarang pukul tiga pagi.
"Sagat!" Sambung suara itu.
"Sagat? Apa yang nak kena sagat ni?" dia tidak faham.
"Sagat kepala kau di jalan raya!" Suara itu memberi arahan.
Dia terus meniarap dan mengiring di atas jalan raya itu. Dia mengangkat sedikit kepalanya dan menghantukkan kepalanya ke jalan raya.
"Aku suruh sagat! Bukan hantuk!"
"Yelah! Nak sagat lah ni!"
"Kruuuuukkkkkk!! Kruuuuukkkkkk!!! Krrukkkkkk!" bunyi kepala yang diseret-seret di atas jalan raya. Dia menyagat juga akhirnya kepalanya di atas jalan raya. Kelihatan kulit bercampur darah melekat di atas jalan raya itu. Sakit kepala tiada lagi.
-TAMAT-