BIAR HATI BERBICARA
RENTETAN kejadian itu, Danish dan Naura lebih banyak berdiam diri dan mengelak dari bertentang mata. Pilu benar hati Naura apabila tutur kata Fiona terngiang-ngiang dalam kotak fikirannya.
Harapan Hancur ranap serta merta apabila semua yang ingin dia bina bakal musnah oleh kekasih suaminya.
"Naura! Kau sudah kemad barang-barang kau ke? Esok kita nak pulang,lambat! Tinggal" Suara milik Danish kini datang menghampir. Sepantasnya tangan digerakkan menyeka airmata dan berpura-pura sedang menghayati suasana.
"Ergh! Sudah. Semua saya sudah kemaskan" Nada diatur agar tidak terasa sebak didada. Mengawal emosi daripada terlihat oleh suaminya.
"Erm! Cepat bersiap" Alis dikerutkan sebaik sahaja figura Danish mengarahkannya untuk segera menyiapkan diri. Walhal mereka tidak punya rancangan sebelum ini.
"Bersiap? Nak ke mana?" Pertanyaan diluncurkan dari bibir merah milik Naura. Anak mata ditumpuankan pada sosok figura tampan.
"Sebab kau buat salah. Kau kena denda temankan aku shopping ! Esok kita nak pulang. Kena beli ole-ole untuk oramg dekat rumah" Naura mengangguk lemah dan segera melangkah untuk bersedia sepantas yang bisa."Takpayah nak dandan lama-lama, Buat macamana pun muka kau tetap sama" Anak mata digerlingkan kepada Naura. Sedikit geram pada gadis didepan mata. Oleh kerana Naura, tak fasal-fasal Danish yang kena semburan kata-kata kesal dari Fiona. Serabut kepala!
"Okey! Dah siap!" Naura berdiri tercegat depan figura suaminya. Danish membungkam menilik dari atas hingga ke bawah. Kampungan belaka!"Macam ni kau kata siap? Siapa yang belikan kau baju macam ni? Semua low class!" Sadis benar sindiran Danish kepada Naura hingga senyuman Naura sirna serta merta.
"Tak elok awak kata macam tu, ini semua nenda yang pilihkan untuk saya" Mulut mencebik bila penampilannya dikritik sedas dua dari figura Danish didepan mata.
"Haih! Patutlah. Tak fasal-fasal aku kena keluarkan bajet belanja lepas ni nak tukar penampilan kau. Haiiiiy" keluh Danish bangkit dari duduknya.
"Ni nenda yang pilihkan untuk saya, baik untuk nenda maka baiklah untuk saya"
"Okey! Kalau macam tu, aku sekarang suami kau kan? Apa aku nak kau kena ikut. Mudah! Dah jom!" Ajak Danish kini mula mengorak langkah diikuti Naura dari sudut belakangnya.
*****
ANAK mata dibuka seluas-luasnya menikmati keindahan kota negara korea sungguh menarik suasana malam disekitar Dongdaemun tidak jauh dari hotel penginapan mereka.
Dongdaemun Design Plaza tertangkap dipancaindera. Sebuah pusat beli belah pelbagai Accration dan direka bentuk berkonsepkan Modern Furturistik yang teramat menarik besar megah didepan mata.
Sinar cahaya lampu yang terang berderang samgat memukau dipandang mata. Naura terkesima seketika. Pengalaman yang sudah direkodkan ke dalam minda.
"Cepatlah!" Lamunan tersentak serta merta apabila suara Danish mengusir fantasi dalam fikiran Naura. Kini sudah kembali ke dunia nyata dan mengalihkan pandangan ke arah suaminya.
YOU ARE READING
BIAR HATI BERBICARA [ ✔ ]
Storie d'amoreRanking 14 in romance (5/6/18) thnk you so much 💟 Bila bibir terbungkam sukar untuk melafazkan kata. Ditambahkan hati bersangkarkan keegoan di dada. Kehilangan sebuah cinta membuatnya terpinga, terkaku seketika mengejar bayangan yang kian sirna. D...