BAB 6

254 13 0
                                    

"KAU biar betul?" Lija sedikit terkejut.

"Betullah! Kenapa?" soal Qaira, berkerut dahi.

"Takkan semudah tu saja kau terima cadangan dia? Kau dah habis fikir ke?"

"Dah! Aku dah habis fikir. Aku dah timbang dengan neraca. Seimbang!"

Lija yang mendengar segera mencubit lengan Qaira. Sengaja Qaira mempermain-mainkannya.

"Aduh! Macam ketam la kau ni," rengek Qaira sambil mengusap lengan.

"Tapi betul ke dia setuju nak jadi calon suami kau?" soal Lija bernada curiga.

"Menurut kata dia... Yalah. Dia setuju," balas Qaira lalu mengangguk.

"Dan kau setuju nak jadi calon isteri dia?"

"Kalau dengan cara ni dapat mengelak daripada kesemua lelaki, aku setuju."

Lija mengangguk faham. Otaknya dikerah berfikir.

"Aku rasa kan, dia dah lama syok kat kau tak? Kalau tidak, takkan dia buat tawaran macam tu pada kau?"

"Entah! Mana la aku tahu."

"Kau dah kenal dengan dia la?"

"Belum lagi. Nanti kami akan adakan sesi perkenalan."

"Nama dia apa?"

"Hadif Asyraf Haji Saiful."

"Hurm... Sedap nama dia. Mesti handsome!"

"Kau ingat tak masa aku larikan diri dari Fadzli? Masa tu aku menyempit kat meja dia dengan kawan dia."

Lija cuba mengingati peristiwa itu. Seminit kemudian, dia mengangguk tatkala mengingatinya.

"Dia anak Haji Saiful. Business partner Uncle Borhan."

"Oh! Kau dah pernah jumpa dengan dia la."

"Dah! Masa meeting kat ofis dulu."

Lija mengangguk perlahan.

"Yang kau banyak tanya macam polis pencen ni kenapa?"

"Tak ada. Aku tengah fikirkan masalah kau orang berdua."

"Masalah apa lagi? Dah settle. Cukup masa nanti, aku kenalkan dia dengan ibu dan ayah," beritahu Qaira akan perancangannya itu.

"Dia pun sama?" soal Lija, ingin tahu.

"Haah. Dia pun sama," balas Qaira lalu mengangguk.

"Kau pasti yang kau orang berdua takkan jatuh cinta sesama sendiri?" tanya Lija sekadar menduga. Wajah Qaira ditatap kasih.

Qaira terkedu. Apa jawapan yang harus diberikan kepada Lija?

"Macam mana?" soal Lija lagi.

"Tak mungkin. Aku dan dia akan buat perjanjian nanti. Salah seorang antara kita orang berdua tak boleh jatuh cinta," jelas Qaira, tenang.

"Yalah tu. Ingat boleh ditahan-tahan perasaan tu."

"Tak mungkin! Aku akan pastikan yang kami berdua takkan jatuh cinta antara satu sama lain," tegas Qaira pula.

"Well! Wait and see. Cinta tak boleh nak dipaksa. Cinta hadir dengan tiba-tiba tanpa kita sedari. Once kau dah jatuh cinta, kau tak boleh nak undur balik."

Lija sekadar memberi pendapat. Bukannya apa. Khuatir, Qaira akan mengalami perkara yang sama seperti yang lepas. Dia tidak mahu perkara yang sama berulang kembali.

"Aku tak nak pisang berbuah dua kali. Aku tak nak kau bertepuk sebelah tangan sama seperti yang terjadi dahulu. Asfan dan Ady." Lija mengingatkan Qaira.

CALON SUAMI BUAT NOVELIS - ELIZA A.BWhere stories live. Discover now