Sahabat Jadi Cinta P1

550 7 0
                                    

Suasana pada pagi ini sangat cerah. Siulan burung tak didengari meskipun matahari telah terbit di siang hari. Dua orang sahabat, Arina dan Hidayat sedang mengayuh basikal di Pasir Ris Park. Kedua-duanya hobi berbasikal. Mungkin kerana hobi yang sama membuat keduanya jadi selesa untuk berkawan sehingga detik ini.


Basikal tak hanya alasan untuk mereka menjadi sahabat. Tetapi kepintaran dan kecerdasan satu sama lain membuat mereka jadi mengisi kekurangan dan kelemahan sesama sendiri.


Arina merupakan pelajar yang cemerlang di kelasnya. Berbeza dengan Hidayat, yang hanya tahu untuk bermain, beradu mulut dan bertengkar dengan rakan sekelas. Namun itu, Hidayat tetap mempunyai sifat menghormati, beragama dan yang paling penting dia taat pada kedua ibu bapanya. Mungkin kerana bapa Hidayat merupakan seorang Ustaz.


Ramai yang tak suka dengan sikap Hidayat yang panas baran, lagi ego tinggi. Hidayat kalau dah marah, memang akan bergegar satu bangunan ni. Kadang aku terfikir juga, bagaimana seorang anak Ustaz, yang telah dididik dengan benar, tidak boleh mengawal perasaan. Tapi bukan ke, manusia itu tidak sempurna? Tak semestinya kita dididik dengan baik, akan bertingkah laku baik, seakan seseorang itu tidak mempunyai perasaan. Kesabaran kita pun ada batasnya juga.


Ye, ramai yang tak suka pada Hidayat. Tak suka dengan sikap Hidayat. Tapi hakikatnya, ramai juga yang suka berkawan dengan Hidayat. Berkawan dengan Hidayat merupakan satu keemasan kerana dalam kasarnya, tersimpan kelembutannya. Dalam marahnya, Hidayat tetap mempunyai kelemahan.


"Jauh kita basikal hari ni." kata Hidayat sebaik dia dan Arina berhenti di tepi pantai. Kedua-duanya memakir basikal pada bangku dan berjalan menuju ke pantai. Mereka duduk id atas pasir sambil memandangi laut yang bergelora.


"Tapi best kan?" aku bertanya pada Hidayat. Hidayat mengangguk, setuju.


"Aku selalu cycle dengan adik aku. Dari Tampines sampailah ke sini. Masa tu kita belum ada basikal lah. Lepas tu kita pulangkan basikal tu dekat daerah White Sands sana." sambung Arina. 


Arina memang menggemari basikal. Dia dan Nurul, adiknya, selalu meluangkan masa lapang dengan berbasikal. Jauh pastinya, tapi kalau dah suka, nak buat macam mana? Kini, partner in crime Arina adalah Hidayat, memandangkan Nurul sedang sibuk dengan sekolahnya.


"Yang lain, asal tak ikut?" soal Hidayat. Aku tertawa kecil.


Hidayat, Hidayat. Dah sah-sah dia ada dalam group chat di Whatsapp, masih nak tanya aku lagi ke?


"Kau macam tak kenal Yani. Malas. Jojo pula... Dia kan tak tau kayuh basikal.  Ah, best friend kau tu? Asal dia tak nak ikut? Tiba-tiba cancel pula." 


Giliran Arina bertanya pada Hidayat tentang Khairi, sahabat mereka. Kalau kata budak-budak kelas, Hidayat dan Khairi ni ibaratkan pasangan gay. Ke mana-mana selalu berdua, selalu berkepit, kalahkan pasangan kekasih.


Hidayat mengangkat bahu.


"Entalah. Mak dia sakit kata dia. Entah betul ke tak." balas Hidayat dengan malasnya. Penat juga lah nak pujuk Khiari main basikal hari ini. Pujuk punya pujuk, Hidayat akhirnya menyerah. Dia tak balas kiriman Khairi yang terakhir di Whatsapp.


Arina tersenyum.


Betul tak? Macam mana orang tak anggap dua orang ni gay, kalau hal macam ni pun nak merajuk?


Arina menggelengkan kepalanya. Hidayat menoleh padanya.


"Makan KFC nanti." kata Hidayat tanpa tanda tanya.


"MacDonald lah. Aku nak makan MacD." balasku.


"KFC lah. MacD dah selalu dok. Hari-hari balik sekolah makan MacD. Kau tak jelak ke? KFC lah pula." 


"Alah, MacD lah... Please..." aku rayu dengan leretnya. Hidayat menggelengkan kepala, hiraukan Arina yang bicara manja itu.. Dia tetap nak KFC.


"KFC." 


"MacD."


"KFC."


"Okey kita swit." balasku yang akhirnya memutuskan untuk swit. Siapa yang menang, dia pilih tempat makan mana.


"Okey."


Hidayat setuju. Dia dan Arina pun bersedia untuk swit.


"One, two, three."


Arina dan Hidayat sama-sama mengira sampai tiga sebelum mengeluarkan 'senjata' tangan mereka. Arina menang.


"Yes aku menang! Wooo! Aku pilih tempat!" Arina bersorak dengan girang. Dia ketawa pada Hidayat yang telah membuat muka lemau. 


MacDonald lagi. Hari-hari dah MacDonald, tak jelak ke? 


"Jom kita makan KFC." kata Arina dengan spontannya. Hidayat memandang Arina. Arina tersenyum nakal pada Hidayat.


"Aku tau kau tak kan tolak permintaan aku. You're the best Arina!" balas Hidayat yang kemudian dia mencubit manja hidung Arina.


Arina terkedu. Hidayat bangun tuk dapatkan basikalnya. Arina pula masih duduk terpaku di bangku.


Satu kata yang sulit terucap

Hingga batinku tersiksa

Tuhan tolong aku jelaskanlah

Perasaan ku berubah jadi cinta


"Arina! Jom lah! Aku dah lapar ni!" Hidayat memanggil Arina yang masih duduk di bangku.


Arina segera bangun dan mendapatkan basikalnya. Hidayat dan pergi terlebih dulu meninggalkan Arina di belakang.


Tak bisa hatiku menafikan cinta

Karna cinta tersirat bukan tersurat.

Meski bibirku terus berkata tidak

Mataku terus pancarkan sinarnya

Sahabat Jadi CintaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang