Bab 1

99 9 3
                                    

Aku menyeka peluh di dahi. Kulitku yang putih kuning itu menjadi kemerah-merahan dek panahan cahaya matahari pagi. Tiba-tiba rasa marahku kembali menerjah bila teringatkan Azman. Semalam dia juga yang beria-ia sangat berjanji mahu menghantar aku menghadiri temu duga pagi ini. Sudahnya janji hanya tinggal janji. Aku terpaksa menelefon teksi. Dan kerana kesesakan jalan raya, aku terpaksa turun dari teksi dan menapak ke Bahtera Holding dengan kasut tumit tinggi ini. Kebetulan pula abah, mama dan adik-adik pulang ke kampung di Terengganu. Kalau tidak, pasti abah tak akan membiarkan anak kesayangannya yang manja ini berpanas dan menapak begini.

Sakit di kaki tidak sesakit rasa di hatiku kini. Sesekali aku mengerling jam di tangan, hampir pukul lapan pagi. Aku melepaskan keluhan berat. Hampeh punya boyfriend. Harapkan pagar, pagar makan padi. Harapkan kekasih hati, kekasih hati mungkir janji.

Lima minit berlalu, aku sudah terpacak di hadapan Bahtera Holdings yang tersergam mewah itu. Nasib baik sempat. Habis cair mekap aku, desisku dalam hati. Sia-sia sahaja usaha aku. Dari jam enam pagi lagi aku duduk depan cermin semata-mata nak touch-up muka ni. Kalau bukan kerana temu duga ni, aku takkan bermekap macam ni, siap maskara bagai.

Aku memaniskan muka menuju ke kaunter pertanyaan. "Assalamualaikum cik, saya Nurul Iman, saya ada interviu pagi ni. Boleh saya tahu di mana tempatnya?

Gadis bertudung biru itu memandangku sambil tersenyum.

"Tingkat 7 Cik Nurul. Lif di sebelah kanan sana," tutur gadis itu sambil tangannya mengarah ke kanan.

"Terima kasih," ucapku cepat-cepat beredar dari situ. Aku sudah terlewat sepuluh minit, reputasi kena jaga. Hari temu duga sudah memberikan gambaran diri yang tidak bagus.

Lambat pulak pintu lif ni nak buka, gerutuku dalam hati. Apabila lif itu terbuka, cepat-cepat aku meloloskan diri. Nasibku agak baik, tak ramai orang yang menaiki lif pada waktu itu. Lega.

Sampai saja di tingkat 7,aku keluar dari lif. Segera aku memulas tombol pejabat di tingkat 7. Sempat aku membaca bismillah dalam hati, moga-moga aku dapat kerja ni. Sudah tiga temu duga aku hadiri, tapi malang semuanya ditolak kerana aku tiada pengalaman bekerja.

Setelah mengarahkan dokumen berkaitan kepada pegawai yang diarahkan untuk mengendalikan temu duga itu, aku duduk di tempat menunggu. Melepaskan lelah setelah penat berkejar ke Bahtera Holdings tadi. Dah lima orang calon yang sedia menanti. Masing-masing duduk dengan wajah yang kelihatan cuak, sama seperti aku. Ada tiga lelaki dan dua perempuan. Masing-masing hanya tersenyum tanpa suara.

Tiba-tiba telefon bimbitku yang bernada lagu 'Only You' nyanyian Enrique Iglesias itu berbunyi, menandakan ada mesej masuk. Lagu nostalgia yang sangat aku minati dulu, kini dan selamanya. Cewah. Cepat-cepat aku membacanya, takut menganggu suasana sepi di situ.

Sayang dah sampai?

Huh Azman! Tiba-tiba hati aku rasa sakit membaca mesej yang dihantar lelaki itu. Bukan sekali dia mungkir janji dengan aku.

Pantas juga aku membalas mesej tersebut. Hanya satu perkataan yang terlintas di benakku sekarang, dan itu jugalah yang aku taip sebelum aku tekan butang reply.

Aku Simpan Cinta DiaWhere stories live. Discover now