Bab 21

4.4K 207 10
                                    

Setelah dua minggu bercuti, akhirnya Kamelia akan mula masuk kerja seperti biasa.

Walaupun berkali-kali Wong memujuknya untuk terus bercuti tapi Kamelia enggan kerana dia bosan duduk terlalu lama di rumah.

"Morning!!"

Hampir sahaja Kamelia tersungkur jatuh apabila disapa sebegitu.

"My God! Terkejut saya!!! Kenapa dengan awak ni?!"ucap Kamelia lalu memegang dadanya kerana terlalu terkejut.

"Sorry..."Daniel memegang belakang lehernya dengan wajah bersalah.

"It's ok..."balas Kamelia lalu mengeluh. Dia segera mengunci grill rumahnya.

"Awak sudah breakfast?"soal Daniel.

"Sudah.."jawab Kamelia lalu memandang kearah Daniel.

Jantung Kamelia mula berdegup dengan laju apabila melihat Daniel.

"Awak hitamkan rambut?"tegur Kamelia yang membuatkan Daniel tersenyum lebar.

"Ya! Saya boring dengan blonde colour. Saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berhenti mewarnakan rambut."beritahu Daniel dengan senyuman manis.

Kamelia sudah mula lemas kerana tidak mampu menahan emosinya. Dia teringatkan Rasydan yang dulu.

"Kenapa awak nangis?"soal Daniel panik.

"Kenapa awak hitamkan semula rambut awak?! Awak ingatkan saya kepada dia!"beritahu Kamelia sambil menangis.

"Sorry...Saya tidak sangka yang awak terluka macam ni. Jangan risau, saya akan ubah warna rambut saya kepada blonde semula."

"Tidak perlu. Sepatutnya saya yang minta maaf. Saya tidak boleh kawal emosi saya."

"Kamelia...Awak terseksa sebab saya ingatkan awak kepada dia. Saya salah..."

"Awak tidak salah, Daniel. Saya pergi kerja dulu..."ucap Kamelia lalu segera meninggalkan Daniel.

"Kamelia! Wait! Biar saya yang hantar awak pergi office!"jerit Daniel lalu mengejar Kamelia.

"Saya boleh pergi sendiri."

"No! Biar saya yang hantar!"

"Fine..."akhirnya Kamelia mengalah dan mengikut Daniel menuju ke kereta mewahnya.

Namun dalam perjalanan, Kamelia pelik kerana ini bukan perjalanan menuju ke office. Sebaliknya, Daniel menuju ke Starbucks drive thru.

"Order? Coffee?"soal Daniel.

"Ice Americano."beritahu Kamelia.

"Ice Americano and Caramel macchiato."pesan Daniel.

Setelah menunggu beberapa minit, akhirnya minuman yang dipesan telah tiba.

"Enjoy your drinks sir."ucap pekerja drive thru dengan senyuman manis.

Daniel mengeluarkan coffee tersebut dan menghulurkan Ice Americano kepada Kamelia.

"Than--"

Tiba-tiba Daniel meminum Ice Americano tersebut dan membuatkan Kamelia terkejut.

"You need something sweet, darling. Ice Americano too bitter for you."ucap Daniel lalu memberikan Caramel macchiato miliknya kepada Kamelia.

"But...This is too sweet."keluh Kamelia.

"Sweet good for you."

Tanpa banyak bicara, Kamelia hanya menghirup Caramel macchiato tersebut dalam terpaksa.

Memang betul, benda manis memang membantu untuk menenangkannya.

"Thanks Daniel."

"Welcome...Saya pun selalu macam tu. Everytime saya sedih or stress, saya akan makan or minum benda manis untuk tenangkan diri saya."

"Saya tidak pernah tahu benda manis sangat membantu. Thanks again..."

Sepanjang perjalanan, mereka berdua hanya mendiamkan diri kerana tidak tahu apa yang ingin di borakkan.

"Saya akan jemput awak pulang kerja nanti."beritahu Daniel sebaik sahaja tiba dihadapan pejabat Kamelia.

"Alright..."balas Kamelia lalu keluar dari kereta Daniel.

"Good morning."sapa Kamelia dengan senyuman yang lebar kepada rakan sekerjanya.

"Err...Morning.."balas mereka semua dengan kekok.

Mereka tahu yang Kamelia merupakan seorang yang sangat dingin. Apabila disapa olehnya begini mesra membuatkan mereka berasa tidak selesa.

"Hey! Kamelia! You in good mood!"sapa Wong yang kebetulan melintasi pejabatnya.

"Yeah..."

"Keep going! I masuk office dulu!"beritahu Wong lalu berjalan masuk menuju ke bilik kerjanya.

Tangan Kamelia menekan interkom diatas meja untuk memanggil pembantunya.

"Ya ada apa cik Kamelia?"

"Pavitha, boleh you booking meja untuk satu unit kita semua? Di restaurant terbaik yang you pernah makan."beritahu Kamelia.

"Restaurant terbaik untuk semua unit? Cik Kamelia mahu belanja makan?"

"Exactly! Please book jam 8 malam ya. Lepastu bagitahu semua untuk datang jika mereka free."

"Baiklah cik Kamelia. Saya akan uruskan."

"Good...Don't forget my client files. Please give me before 4 pm."

"Alright cik Kamelia."

Kamelia masih tersenyum lebar. Dia sendiri tidak pasti kenapa moodnya benar-benar baik pada hari ini.

Tangannya mencapai frame gambar Rasydan lengkap memakai uniform tentera yang berada di hujung meja.

"Rasydan...Adakah patut saya memberi peluang kepada dia? Saya tahu...Dia tidak sama seperti awak walaupun kamu berdua berkongsi wajah yang sama. Dia dan awak cukup jauh berbeza..."

~~~~~
Hai guys! Sorry sesangat sebab lama tidak update. Saya busy gila dengan class saya. Hope korang boleh vote dan komen cerita saya! Thanks!!

Takdir Cinta✔️Where stories live. Discover now