TUBUH yang kepenatan aku sandarkan pada kerusi milikku. Nafas lega aku hembuskan tatkala selesai tugas shift aku pada sebelah malam. Ya Allah, pinjamkan sedikit kekuatan untukku. Mohon aku syahdu dalam hati. Telefon bimbit di dalam poket jubah putihku tiba-tiba sahaja berdangdut rancak. Aku keluarkannya.
"Hello?" sapaku.
"Doktor Aisyah, bilateral neck dissection surgery in two hours," senafas pemanggil di sana berkata sebelum mematikan panggilan.
Aku tercengang. Skrin telefon aku tatap sepi. Keluhan berat aku lepaskan. Entah kenapa sejak kebelakangan ini aku terasa seperti diriku sengaja didera. Baru habis shift malam, sekarang kena buat operation pula?! Lagi satu, entah siapa yang sering telefon aku lepas tu suka-suka hati mak bapak dia saja bagi arahan. Bukannya nak bagi salam ke, nak beritahu nama ke apa, tahu-tahu letak saja. Geramnya aku!
Baru sahaja aku ingin bangun dari dudukku, aku tersiku sesuatu. Prang!
"Mak oi berderai pecah retak!" Hambik. Tersembur latahku. Aku ambil dan tatap bingkai kaca yang pecah itu. Aku terkesima. Hati aku seakan-akan retak sekali. Kenapa ni? Gambar aku bersama seorang. Ya, seseorang yang aku sayangi. Namun sayang, telah aku sakiti hatinya.
Ya Allah, andai masa itu mampu aku putarkan, akan aku lakukan. Ingin sekali aku perbetulkan segalanya yang telah aku toreh saat masa silamku. Andai sahaja aku mampu kembali semula pada saat itu. Tanpa sedar, mutiara jernih menitis satu demi satu pada retakan kaca yang aku pegang itu.
YOU ARE READING
Maskulin
RomanceQash, seorang gadis yang berkelakuan kasar seperti seorang lelaki dan panas baran yang mendambakan jejaka idamannya yang bersifat maskulin. Sikap Qash yang kasar membuatkan orang di sekelilingnya kurang yakin akan dirinya sehingga dia bertekad ingin...