Pov Aurel
"Amboi. Ada senyum hari ini. Ada apa-apa nak dikongsi?" Tegur Nabila lalu menarik kerusi dan duduk dihadapan aku.
"Kau dah kenapa? Ada berita daripada Zara tak?" Sahut aku yang sedang leka bermain telefon.
"Ouh ada. Semalam, kami buat video call. Aryan semakin okay dah. Mungkin majlis resepsi kau nanti diorang datang."
"Serius? Ni yang tak sabar ni. Aku rindu gila dengan dia."
"Persiapan kau macam mana? Okay?"
"Okay. Hari ini kami nak pergi tengok baju."
"Baguslah. Aku risau kau dengan sir asyik bermasam muka."
"Jangan risaulah."
"Kau bahagia kan dengan dia?"
"Bahagia."
"Jawapan yang sangat tak memuaskan."
"Actually Nab...aku nak sangat jumpa mama sir Ethan tapi tulaa..."
"Kenapa? Masa akad nikah dulu kau tak jumpa ke?"
"Kau ada nampak?"
"Asal tanya aku. Bukannya mak mentua aku. Kau ni..."
"Tak adalah. Kot laa kau nampak tapi aku je yang tak nampak."
"Aku mana kenal kalau ada pun. Sembanglah kau ni."
"Betul jugak. Aku nak sangat tahu apa masalah dia dengan family dia tu. Aku kenal dia seorang sahaja tau family dia tu."
"Slow-slow kau tanya. Mesti dia bagitahu nanti. Kau jangan desak dia. Kau tahukan dia angin tu macam mana."
"Masalahnya aku penatlah asyik tertanya-tanya..."
"Masalahnya sekarang dia hampir dibelakang kau. Aku cabut dulu." Nabila cepat-cepat mengalas beg sandangnya.
"Kau nak pergi mana?"
"Baliklah gila. Takkan nak tidur sini. Bye."
Nabila terus menghilang. Dan datang pula prince charming aka dracula tak cukup kasih sayang tapi aku rasa sekarang dia dah cukup kasih sayang.
"Jom." Sepatah sahaja. Aku mendongak."Nak pergi mana?" Soalan acah-acah tak tahu.
"Pergi dating lepas tu baru pergi butik."
"Dating kat mana?"
"Kau ni banyak tanya kan. Aku ajak orang lain nanti mula merajuk seminggu tak nak cakap dengan aku. Lepastu mulalah cakap perang dingin. Perang panas hangat sejuk ais semua ada."
"Eiii mak cik ni banyak cakaplah. Jom."
Aku mengalas beg lalu berjalan dulu daripadanya. Sekarang dia makin pandai membebel. Acah-acah mak cik gitu.
*****
Selesai dating 'sangat' tu, kami menuju ke butik. Muka aku mula masam. Rasa nak merajuk pun ada."Senyumlah sikit." Tegur Ethan sambil memandu.
"Tak nak!" Aku memalingkan muka sebelah tingkap.
"Nak cendol eh? Muka masam-masam tu..."
"Bila kali terakhir awak makan kaki orang?"
"Tak pernah makan lagi...kenapa?"
"Eiiii... Jahatkan awak ni. Cakap nak dating tapi pergi rumah orang tua-tua tu kenapa? Tahu nak menderma tapi...kenapa sekejap je masuk."
"Mama takde kat situ. Ada orang bawa dia jalan-jalan. Ingatkan boleh dating sekali dengan dia tadi."
"Mama awak duduk situ ke?"
YOU ARE READING
Just You, Budak Lembab! [COMPLETED]
Romance"Betullah apa yang saya selalu fikir selama ni yang awak memang tak cintakan saya. Awak tak sayangkan saya pun. - Aurel Fatiya. "Yes! Kenapa? Kau rasa menyesal sekarang? Budak lembab!" - Ethan Danial. Peringatan : Under 18 kebawah tidak digalakkan...