Bab 5

19 1 0
                                    

UBAT di hadapan aku pandang sepi. Sakit di perut aku tiba-tiba sahaja berubah ke telinga. Tahi dalam telinga aku ini seakan-akan ingin cair dalam masa beberapa saat sahaja lagi. Aku mendengus keras. Enam pasang mata di hadapan aku pandang satu demi satu.

"Sabar la abang," pujuk mak. Aku tayang muka bosan. Tolonglah sesiapa hentikan drama ni.

"Aku tak tahu lagi macam mana nak bersabar dengan budak ni. Qashrina Aisyah, ayah hantar kamu masuk universiti bukan untuk bergaduh bertumbuk dengan orang. Apa masalah kamu ni?!" tengking ayah. Terangkat bahu aku mendengarnya. Kus semangat!

"Qash cuma.." Belum sempat aku memberi penjelasan, Sarah menahanku. Aku angkat kening tanda 'apa?'. Sarah menggelengkan kepalanya tanda jangan menjawab. Aku mengeluh. Dah ayah tanya, mestilah aku bertanggungjawab untuk menjawabnya. Bukan aku buat salah pun. Okey, memang aku bertumbuk tapi bukan saja-saja la. Hish kenapa la susah sangat ayah nak faham. Aku menahan geram.

"Apa tak cukup lagi ke pengorbanan ayah selama ni dekat kamu? Siang malam ayah bekerja besarkan kamu, ini ke balasan kamu untuk ayah? Kalau ibu kamu masih hidup, mesti dia malu ada anak macam kamu ni,"

Muka, aku angkat. Sebaris kata akhir daripada ayah membuat aku tersentak. Aku bangun menghadap ayah. Entah kenapa kolam mata aku bertakung. Aku cukup sensitif apabila berkaitan dengan ibu. "Kenapa? Ayah malu ada anak macam Qash ni? Kalau ayah bencikan Qash sangat, kenapa dulu ayah tak suruh saja ibu gugurkan kandungan dia? Biar Qash mati. Baru ayah puas hati, kan?" tanya aku berani.

Ayah terkejut lalu mengangkat tangan ingin menampar aku, namun ditahan oleh mak tiriku. Aku tersenyum sinis, "Ayah nak tampar Qash? Tamparlah! Mungkin dengan itu mampu buatkan ayah lupa bahawa ayah ada anak yang memalukan macam Qash ni," bicara aku syahdu sebelum mengurungkan diri di dalam bilik. Aku terduduk lemah di atas katil. Air mata yang bertakung menitis jua. Aku usap air mataku kasar. Tak guna, apahal aku nak menangis ni?! Marahku pada diri sendiri.

Bingkai gambar di sebelah katil aku ambil dan usap. Gambar ibu yang memeluk aku sewaktu kecil. Ibu....Qash rindu ibu. Air mata menitis tepat mengena gambar wajah ibuku. Kenapa ayah tak pernah faham Qash? Salah ke apa yang Qash buat? Qash nak ibu...Qash nak ibu. Gambar itu aku peluk. Andai sahaja Tuhan memberikan aku sedikit waktu untuk bersama ibu...andai sahaja aku dapat memeluk ibu dan katakan bahawa aku sangat merinduinya. Ibu...

Maskulin Where stories live. Discover now