Bab 9

14 1 0
                                    

"ARGHHH!"

Terlepas telefon yang dipegang oleh Sarah ke mukanya. "Adoi! Terasa bergoyang tulang hidung aku oi!" Menyinga wajah Sarah memandangku.

Aku melompat ke atas katil menerpa Sarah. "Weh cuba kau tengok ni. Tolonglah..tolonglah tampar aku sekali supaya aku sedar yang aku ni....." Belum sempat bicara aku habiskan, melayang satu tamparan hinggap pada mukaku. Sakit. Maknanya ini memang realiti?

"Kau penampar aku macam nak tercabut gigi aku dari gusi tau tak?!" Tergelak besar Sarah. Salah aku sendiri juga, bagi si Sarah ni peluang.

Sarah menayang muka jengkelnya. "Kau betul ke nak keluar dengan dia?" Aku pantas mengangguk yakin.

"Kau gila tak pergi? Pertama kali kot lelaki ajak aku keluar," jawabku sambil jari-jemari leka membalas mesej dari Ziyad.

"Ek eleh, habis tu yang selama ni si Ayim ajak kau keluar tu apa? Dia bukan lelaki ke?"

Aku mengendahkannya. Lantak kau la Sarah. Sikit-sikit Ayim. Entah kenapa dia selalu sangat nak bezakan Ayim dengan Ziyad. Dia memang tak faham perasaan aku langsung.

"Kau suka dia ke?" soal Sarah memandangku. Aku bangun dari posisi berbaring ke meniarap menghadap Sarah. Bibir aku mengukir senyuman tatkala nama Ziyad bermain di fikiranku.

"Sarah, kau tahu tak...aku tak pernah rasa perasaan macam ni. Perasaan disayangi dan dilindungi. Kau tahu tak bertapa selamatnya aku rasa masa dia datang jadi hero aku haritu? Gaya dia...suara dia...mata dia..hmm..." Terpejam mataku saat cuba mengingatinya kembali. Oh indahnya perasaan itu!

Sarah menggeleng. "Suka hati kau la Qash. Aku harap kau tak tersalah pilih. Jangan kerana yang jauh dikejar, yang depan mata berciciran," tutur Sarah mengatur langkah keluar dari bilik. Eh dia ni apasal bunyi macam berjauh hati saja? Takkan la dia......cemburu? Aku buntu sendiri.

Maskulin Where stories live. Discover now