Bab 10

18 1 0
                                    

TERSENYUM-SENYUM aku berjalan ke arah motosikal. Bahagia kerana petang ini aku akan keluar bersama Ziyad. Katanya dia ingin membawa aku ke satu tempat yang istimewa. Terbayang candle light dinner di bawah chandelier.. ditambah dengan alunan bunyi muzik violin yang gemersik..uish tak sabarnya!

Mata aku tertacap pada sesuatu, terus aku mendekatinya. Sejambak bunga ros di dalam raga motorku, aku angkat. Kad di dalamnya aku buka.

There's always a special place for you in my heart -Z-

Wajah aku angkat memandang matahari yang menyinar. Panas sangat ke hari ni? Terasa cairnya diri aku sekarang, aduh aduh! Senyum simpul aku membaca kad itu. Alahai Ziyad, kenapalah kau ni sweet sangat? Kalau cakap depan-depan mesti lagi manis. Tapi kalau cakap depan-depan, pasti tulang lutut aku tiba-tiba sahaja bertambah usia. Lemah lutut oi!

Tanganku disisi dicapainya lalu digenggam erat bersama jari-jemarinya. Terbeliak mataku melihatnya. Entah kenapa otak aku menyuruh aku untuk menariknya kembali, namun hati bersuara jangan, jangan! Inilah peluang kau, Qash. Kemudian terdengar satu ngilai tawa yang kuat. Jahat betul hati aku ni. Tunggu nanti aku tarbiah sikit dia.

"Jom Qash, kita pergi sana," ajak Ziyad. Aku tersengih sambil cuba menarik tanganku kembali tapi ketat ya ampun. Apahal ni? Macam dia letak kunci manga sekali dekat tangan dia ni.

"Qash, tengok tu! Dia tengah mandi la," suara Ziyad riang. Aku senyum sumbing. Badak yang aku hanya nampak separuh mukanya itu aku tatap dalam kesyahduhan jiwa. Ternyata tempat yang istimewa sangat si Ziyad ni nak bawa rupanya...zoo! Ya, zoo. Dia ingat zaman kanak-kanak aku tak cukup indah ke sampai nak bawa aku ke zoo tengok binatang-binatang ni semua. Aku mengeluh.

Aku duduk sambil menanti Ziyad yang pergi membeli air untukku walaupun pada hakikatnya aku sedikit pun tidak dahaga. Dia memanglah dahaga sebab dari tadi dia yang banyak cakap. Entah kenapa bahagia semacam dia bila nampak binatang-binatang itu tadi. Sempat lagi dia cakap aku ni macam ibu gorilla yang tengah membuta itu tadi. Silap besar betul dia ni. Hidung aku cukup mancung kot untuk dibandingkan dengan binatang tu. Nasib baiklah aku sayang kau, Ziyad. Kalau tidak, memang melayang penumbuk emas aku dekat batang hidung kau tu.

Topi aku betulkan tatkala melihat Ziyad yang menghampiri. "Nah, untuk awak." Aku sambut huluran air itu dengan senyuman. Wah kemain, masa dia tak ada tadi seronok aku mengata dia. Bila dah ada depan mata ni, senyum kepit betul aku. Plastik pula aku rasa haih.

"Ziyad, nak tanya?"

"Tanya apa sayang?"

Aku terkedu. Sa..sayang? Dia..panggil aku sayang? Tidak berkerdip aku menatapnya. Indahnya alunan suara itu oh sayangku.

"Nak tanya apa?" soalnya lagi. Aku tersentak.Terbang melayang habis lamunanku.

"Er..kenapa awak bawa saya datang..zoo?" soalku berat. Giliran dia pula yang senyum. Lebur terus hati aku melihatnya senyuman itu. Apabila dia tersenyum, matanya juga seakan-akan tersenyum. Manisnya tampak sekali aduhai.

"Kenapa awak tak suka ke?" Melihat aku yang seperti terkedu, Ziyad senyum lagi. Tak penat ke dia ni asyik duk senyum saja? Hati aku pula yang penat asyik cair saja dari tadi.

"Saja sebab saya rasa typical sangat, asal pergi dating saja..dekat shopping mall. Rasa macam tak special langsung. Saya nak jugalah bawa awak ke tempat yang jauh dari semua tu. Yang lebih nyaman dan..sunyi."

Terasa meremang pula aku mendengar perkataan sunyinya itu. Tapi betul juga apa yang Ziyad cakap tu. Tak sangka dia berfikir sejauh itu untukku. Adakah ini seolah-olah satu luahan perasaan darinya mengatakan bahawa dia menyukai aku? Jantung aku tiba-tiba sahaja berdetak laju. Macam ini ke perasaan bila diminati seseorang? Bahagianya rasa.

Maskulin Where stories live. Discover now