Bab 11

19 1 0
                                    

SAKIT perut aku mendengar cerita Ayim. Sumpah dia ni kalau bab bercerita boleh menang anugerah lawak antarabangsa. Semput aku ketawa.

"Lepastu lagi lima inci sebelum punggung aku nak cium lantai, sempat jugaklah aku berpaut dekat kayu pintu tu," cerita Ayim semangat.

"Haa lepastu tak jadi jatuhlah?" tanyaku.

"Siapa kata tak jadi dek non oi. Kau tahu, tiba-tiba ada lipas buat catwalk pula dekat celah-celah kaki aku. Adoi, kedebuk cium lantai la aku jawabnya. Derhaka betul lipas tu, hish!" marah Ayim. Terbahak-bahak aku ketawa tak cukup nafas. Tolonglah, aku perlukan bantuan oksigen dengan kadar segera.

"Terasa macam retak tulang punggung aku ni, cepat-cepat aku pergi klinik hah! Kau tahu apa doktor tu cakap?"

Kening aku jongketkan tanda ingin tahu. "Dia cakap tak ada apa pun. Aku ni eksyen ja lebih. Coi! Tak guna betul mulut dia eee.." Ketawa aku bersambung lagi sampai tertampar-tampar hah bahu si Ayim ni. Adoi, kawan aku sorang ni!

Sedang aku galak ketawa, mataku sempat menangkap kelibat seseorang. Terbangun terus aku. "Eh kau kenapa, beb?" soal Ayim terkejut. Iya la, kawan tengah gedik bergelak ketawa, aku tetiba sahaja bangun mengejut macam kena renjatan elektrik.

Memang pun. Bukan setakat renjatan elektrik, terasa macam terkena panahan petir pun ada ni. Mata aku tepat memerhatikan seseorang.

"Tu bukan Ziyad ke? Dengan siapa pula dia berjalan tu?"

Nafas aku naik turun menahan suatu perasaan yang aku sendiri tidak pasti. Marahkah aku? Atau lebih kepada cemburu? Melihat Ziyad yang senang bergelak tawa bersama seorang perempuan yang dari pandangan mataku lembut sahaja bersama baju kurungnya. Entah kenapa hati aku terasa luluh melihat pemandangan itu. Terasa kolam mataku bertakung. Aku pantas mengambil beg lalu beredar dari situ, mengendahkan panggilan Ayim.

Pintu aku hempas kuat mengejutkan Sarah yang sedang berbual di telefon membelakangiku. Tubuh aku buang ke atas katil.

"Haa dah balik pun ni, okey aku telefon kau balik nanti," suara Sarah bercakap dengan pemanggil di sana.

"Ayim ke?" tanyaku.

"Ya, dia risaulah kau main blah macam tu saja. Ni kenapa pula dah? Tak ada angin ribut, kau pula yang nak naik hangin ni kenapa?"

Aku membenamkan wajahku pada bantal. Stress. Penat. Benda kecil saja pun. Kenapalah aku nak terasa sampai macam ni? Mungkin perempuan tu kawan sekelas dia ke atau assignment teammate dia ke. Tapi perlu ke mesra sangat sampai ke gusi dia ketawa aku lihat. Adakah sebab perempuan tu lebih cantik daripada aku? Adakah sebab perempuan tu nampak lebih ayu dan sopan daripada aku? Adakah aku ni tak menepati ciri-ciri wanita idamannya? Yang aku bodoh sangat pergi tanya soalan macam tu dah kenapa pula. Memang sah-sah la tak menepati langsung!

"Eh Qash, kau hidup ke tak lagi ni? Lama sangat kau benamkan kepala ni. Bernafas ke tak lagi oi?" panggil Sarah risau.

Aku pantas bangkit menghadap cermin. Menilik diri aku dari atas ke bawah, naik semula bawah ke atas. Pintu almari Sarah, aku buka lalu menyelongkar baju-bajunya.

"Woi, apa kes ni sampai buka almari orang? Kau okey ke?" sergah Sarah

"Kau kena kena kena tolong aku, Sarah,"

"Tolong apa?"

"Tolong perempuankan aku,"

Sarah, aku lihat tersentak. Satu saat..dua saat...terus terletus tawanya. Macam mak lampir cara dia ketawa. "Apa yang kau suka sangat dekat si Ziyad sampai diri kau sendiri, kau nak ubah? Dulu bila sesiapa saja yang tegur kau pasal ni termasuklah aku sendiri, mesti kena sembur dengan kau. Macam yang kau selalu cakap...MYOBB. Dalam erti kata lain, mind your own business bitch."

Aku lihat seronok Sarah mentertawakan aku. Okey sabar, Qash. Kali ini kau kena mengalah sikit. "Memandangkan kau dah bertanya, aku akan jawab. Aku suka dia sebab dia kacak, dia baik, dia gentleman, dia manis dan yang paling penting....dia maskulin! Ciri-ciri tu yang paling aku suka."

Terletus lagi kuat tawa si Sarah ni. Letih betul bercakap dengan dia ni. "Aku tak sangka pula diri kau yang keras kasar macam ni pun mendambakan seorang jejaka idaman yang maskulin,"

Aku merenung Sarah tajam. Tahulah nak perli aku pun. "Jadi kau nak tolong aku ke tak?"

Sarah tersenyum sambil menjongket-jongketkan keningnya.

Maskulin Where stories live. Discover now