Bab 14

11 1 0
                                    

SEBULAN berlalu dan kini hubungan aku bersama Ziyad telah pulih. Aku melihat pantulan diri aku pada cermin. Topi dan kemeja yang menjadi lambang imejku. Kini, aku sedar bahawa aku tidak perlu lagi mengubah diriku. Aku tahu, Ziyad dapat menerima aku seadanya. Asalkan, aku menyayanginya seikhlas hatiku.

Aku berjalan beriringan bersama Ziyad ke pintu masuk pusat membeli-belah itu, Namun langkahku terhenti pada sebuah kedai bunga. Tersenyum aku melihat kecantikan bunga-bunga yang tersusun di situ. Baru aku tersedar, sudah lama rasanya aku tidak menerima bunga daripada Ziyad. Adakah itu cuma taktik dia sewaktu cuba menawan hatiku? Bila sudah dapat, semua usaha itu pudar. Aku menoleh memandang Ziyad, cuba memancingnya.

"Cantik kan bunga-bunga....." Belum habis aku berbicara, dia memotong.

"Awak nak suruh saya belikan bunga ke? Tak payahlah. Saya tak suka beli bunga. Rasa membazir. Lebih baik saya belikan benda-benda yang berguna dan boleh bertahan lama. Beli bunga ni sekejap saja layu," ujarnya.

Aku tersentak, terkesima seribu bahasa.

Ziyad menoleh membuang senyum ke arahku sebelum dia melempar bola bowling ke lorongnya. Aku menatap dirinya kosong. Kenapa Ziyad melontarkan kata-kata sebegitu? Bukankah dia yang memberikan aku bunga-bunga itu selama ni? Bukankah dia jejaka 'Z' yang pemalas nak tulis nama penuh itu? Atau aku yang tersilap dalam membuat tekaan?

"Awak termenung apa tu?" Wajah Ziyad di hadapan, aku pandang.

"Awak, jom balik," ajakku.

"Sekejap la satu game sahaja lagi lepas tu kita balik, okey?"

Jam di tangan aku kerling. Sudah jam sepuluh malam. Aku bimbang. Aku tahu ayah akan memarahi aku jika aku pulang lewat. Harap ayah sudah tidur, mohonku dalam hati.

Maskulin Where stories live. Discover now