Prolog

962 48 0
                                    

Nafasnya berderu. Kakinya gagah berlari. Ke dalam hutan yang tebal, hanya bertemankan bunyi angin dibelahi, derapan kaki yang kadang memijak ranting kayu dan esakan. Rayna berhenti. Sebelah tangannya bertongkat pada batang kayu. Dadanya turun naik dan sangat keletihan. 

"Nenek . . ." Air mata jatuh ke pipi. Rayna meneruskan perjalanannya. Seorang diri bersuluhkan cahaya bulan terang yang setia mengekori. Rayna tidak tahu hendak ke mana. Dia membiarkan kaki membawanya terus ke dalam belantara itu. Sekali sekala ada kedengaran bunyi burung hantu yang menambahkan lagi rasa sepi malam yang sejuk itu.

Rayna berlari sehingga dia menempuh sesuatu membuatkan dia jatuh ke tanah. Tapak tangannya terasa ngilu. Terlalu gelap untuk melihat kecederaan di tangan, Rayna hanya meniup perlahan. Kemudian dia mendongak apabila terasa sesuatu yang dilanggarnya tadi adalah seorang manusia.

Satu tangan dihulurkan kepadanya. Rayna lantas menyambut huluran itu dan berpegang kemas. 

"Tolong saya..." Rayna berkata dalam esakan.

"Nenek. . . rumah. . ." Sambungnya.

Rayna mendongak memandang ke arah mata lelaki yang membantunya itu. Lelaki tersebut mempunyai sepasang mata berwarna perak dan matanya bersinar di sebalik cahaya bulan yang kelam itu.

"Nenek saya. . ." Muka Rayna menunjukkan bahawa dia sangat terdesak. 

"Bertenang, gadis berhud merah. Saya akan tolong." Lelaki itu mengusap kepala Rayna. Mukanya agak terlindung di sebalik kegelapan. Namun, Rayna dapat menangkap senyuman lelaki itu. 

Misteri.

Tapi menawan.

*****

Cerita ini masih akan menerima proses penambahbaikan dari masa ke semasa tanpa perubahan konsep asal. Jalan cerita mungkin sedikit sedikit berbeza mengikut kesesuaian.

 Ini merupakan kali pertama saya menginjak dalam penulisan berunsur fantasi. Sebarang kesilapan dan kesulitan harap difahami. 



Rayna [HIATUS]Where stories live. Discover now