"Kalau saya cakap, abang jangan marah tau." Ini ayat yang biasa aku gunakan bila aku takut. Macam budak-budak yang dimarahi bila membuat salah. Sebelum mengaku, kena lah minta maaf dulu. Bila ibu bapa dah terikat dengan janji tidak akan marah, baru lah senang hati si anak untuk mengaku kesalahan diri.
Abang Nasir diam memandang aku dengan muka kosong.
Aku ikut sama diam melagakan pandangan dengannya.
"Abang jangan marah tau?" Aku ulang sekali lagi. Kali ini aku pegang kedua belah pipinya. Aku tegakkan wajahnya di hadapan wajah aku.
Abang Nasir tetap diam tidak menjawab.
"Jangan lah marah." Kerdip mata dua tiga kali.
"Jangan. Marah." Untuk kesekian kalinya aku ulang. Dalam hati dah penuh dengan rasa cuak bercampur geram. Banyak kali mengulang macam ni boleh mengundang marah. Asyik meminta supaya dia jangan marah, alih-alih nanti aku pula yang naik marah!
p/s : Order dengan saya masih lagi dibuka sampai 26hb April. Boleh juga kalau nak order buku2 saya yang sebelum ni ( Mrs.Kamil 1 & 2 / Satu Cinta)
Terima kasih (^_^)
YOU ARE READING
Suami Berat Mulut (Sudah Diterbitkan)
ChickLit-Ni cincin merisik. Sekali dengan nombor telefon laki tu. Hang kenai-kenai tengok. Kalau tak berkenan, hang habaq elok-elok- Itu dialog emak semasa memberitahu yang aku dirisik orang. -Maksud saya....err...awak betul-betul serius ke nak kahwin...