---
"Jinan hyung~"
Begitu manja laungan suara aegyo milik Donghyuk yang kini tercari-cari susuk tubuh kecil itu di sekitar kawasan kediaman mereka.
"Hyung?"
Mulut Donghyuk berterusan memanggil nama Jinhwan. Dicarinya figura itu di serata tempat termasuklah di dalam kabinet dapur dan di bawah sofa.
Bukannya apa. Donghyuk hanya risau jika Jinhwan sekali lagi tersekat di sana. Al-maklumlah , Jinhwan itu kecil sahaja orangnya. Badan? Kaki? Tangan? Kepala?
Mana-mana anggota badannya sahaja mampu tersekat. Sama ada sengaja atau tidak disengajakan.
Namun bukan hanya batang hidung Jinhwan , malah tiada sahutan pun yang mereka dengarkan.
"Kenapa senyap sangat ni? Mana perginya dua ekor beruk tu?"
Hanbin menendang perlahan bagasinya ke tepi. Malas pula hendak mengheret objek itu ke sana dan ke mari. Chanwoo memberikan pandangan setahu-aku-kau-seorang-saja-beruk-dalam-rumah-ni pada Hanbin.
"Ada benda yang tak kena ni.. Donggu , kau dah cari mereka di atas?"
Donghyuk menggelengkan kepalanya sebagai jawapan kepada persoalan Yunhyeong. Jiwon terlebih dahulu memanjat tangga ke tingkat atas , diikuti pula mereka yang lain.
"Jinhwan tengah tidur.."
Kenyataan Jiwon setelah mengintai Jinhwan melalui pintu bilik lelaki itu membuatkan dahi keempat-empat mereka berkerut.
"Tidur?"
"Waktu tengah hari buta macam ni?"
Serentak Yunhyeong , Chanwoo , Hanbin dan Donghyuk merempuh Jiwon untuk menerjah bilik tersebut.
"Jinhwan? Kau jatuh sakit lagi ke ni?"
Tiada jawapan. Tubuh Jinhwan yang digoncang itu juga lemah sahaja rasanya.
"Yunhyeong.. call doktor."
---
"Kau percaya tak apa yang doktor tu cakapkan tadi?" Hanbin memandang setiap seorang dari mereka.
"Entahlah. Doktor tu kata , Jinhwan hyung lemah sebab kurang minum air dan tak makan langsung. Tak ke pelik?" Chanwoo bersuara.
"Ni mesti ada apa-apa yang jadi between June dan Jinhwan hyung. Lagipun , kita semua kenal June tu macam mana. Jinhwan hyung tu pula hati tisu." Donghyuk turut menyatakan pandangannya.
Perhatian kelima-lima orang lelaki itu kini tertumpu pada pintu utama yang dikuak dari luar ㅡ mempamerkan figura lampai yang menjadi topik perbualan mereka sejak tadi.
"Kau pergi mana , Junhoe? Kenapa tinggalkan Jinhwan dalam keadaan dia sakit seorang diri?" Soal Yunhyeong ㅡ tidak puas hati.
"Aku pergi beli sarapan je. Lapar. Salah ke?" Jawab Junhoe selamba.
"Apa? Sarapan? Kau sedar tak sekarang dah tengah hari? Jinhwan pula tak makan apa-apa sejak semalam. Apa jadi?" Jiwon cuba mengorek sedikit sebanyak cerita dari Junhoe.
"Manalah aku tahu. Kalau Jinhwan nak makan , biarlah dia ambil sendiri. Takkan aku nak kena suap juga?" Junhoe masih tetap dengan pendiriannya.
"Tapi kau pun tahu kan.. Jinhwan tu senang sangat jatuh sakit. Kau tak risau ke kalau apa-apa jadi pada hyung kita , June?" Donghyuk mengeluh.
"Alaa.. bukannya mati pun."
Junhoe berjalan menuju ke dapur tanpa mempedulikan mereka. Masing-masing hanya mampu menggeleng melihat sahabat mereka begitu.
---

YOU ARE READING
Lover's Lies [ JunHwan18+ ] ✔
RomanceRindu? Tidak pernah sesekali pun mereka ungkapkan. Sayang? Semakin tebal dinding ego kedua-dua mereka untuk mengakuinya. Cinta? Hanya nafsu yang akan mengikat mereka selamanya. || 구준회 ft. 김진환 ||