BIAR HATI BERBICARA
KESUNYIAN bermaharajalela diruangan makan yang luas berdekorasikan ala-ala barat indah berwarna putih dan teratur bersih tanpa kotoran atau habuk dimana-mana.Kelihatan 5 figura sedang berduduk diruangan meja makan terdiam tanpa suara.
Aroma haruman sajian menyengat kedalam rongga membangkitkan selera, dijamah perlahan dan hanya kedengaran sudu juga garfu sedang menyebit cebisan-cebisan daging pada pinggan kaca. Sekilas jelingan bebola mata Datuk Seri Farid meleparkan pandang kepada dua pasangan sejoli dihadapan matanya.
Tertangkap benar di pancaindera akan Kelembutan figura Naura membungkam dan menundukkan wajah, manakala Danish pula asyik menjamu selera tanpa kedengaran gemersiknya.
Ehem! Berdehem figura berusia menghapuskan kesepian yang sedang membelenggu ruangan itu. Serentak kedua mereka mendongakkan wajah apabila tumpuan mereka terganggu seketika.
"Danish, Naura.. Ayah bukan nak paksa ke apa.. tapi lebih 3bulan kamu berdua menikah.. saja nak tanya.. perut kamu tu dah berisi ke belum?"
Ahak!!! Tersedak si gadis disebelah suaminya, kini tangan menggebok dada mengunakan tangannya lalu pandang sang suami menghulurkan segelas air putih meredahkan kesesakan yang menyangkut di anak tekak Naura.
"Apa abang ni.. tengok tu kan sudah tersedak dibuatnya." sampuk Datin Seri Darlila mencuit lengan tangan suaminya, sempat lagi diberikan gerlingan pada dua figura disertakan senyuman nipis pada mereka. Pertanyaan tidak tepat waktunya.
"Okey tak?" Soalan diberikan pada Figura imut kecil disebelah Danish. Perlahan tangan mengusap belakang Naura , cuba membantu menghilangkan sedak isterinya.
Kemudian menoleh kembali kepada ayah Datuk Seri Farid, saling berpandang mata tidak tahu jawapan apa yang harus diberikannya. Sesak memenuhi ruangan dada, perlukan mengucapkan perkara sebenar atau mereka yasa agar diri tidak terjerat dengan persoalan berulang kali bermain dalam telinganya.
'Nak cakap apa erk? Buat pun tak..macamana nak ada baby?' Danish bermonolog didalam hati, berfikir alasan apa yang harus diberi. Menoleh semula ke arah isterinya. Terlihat jelas warna wajahnya sudah berubah, seakan gecar darah bertompok dikedua belah pipi. Bapak merah! Malu latteww
"Erghh... belum ada rezeki lagi Ayah.." tutur kata berbicara, menelan air liur sendiri bagai kelat sahaja anak tekaknya.
"Kalau boleh...cepat-cepatkanlah. Tak sabar tangan ni nak menimang cucu, ayah berjanji.. kalau Naura mengandung dan melahirkan cucu.. perusahaan itu ayah akan serahkan sebulat-bulatnya pada kamu berdua" zup! Laju Danish menoleh ke arah isterinya. Menggeletar gadis itu dibuatnya
"Apa?!" Desis Naura pelahan namun seakan nada naik sarkastik disertakan renungan tajam. Bab harta laju kau!
"Tak usahlah gegabah sangat ayahnya.. sampai masa bercucu juga kita..." terjah Datin Seri Darlila cuba menukar landasan kotak fikiran suaminya. Dia akui selepas Danish dan Naura menikah, mulut dia tak henti-henti meluncurkan kalimat 'cucu' sahaja.
"InshaAllah dalam waktu terdekat" balas Danish diserta senyuman sinis. Namun raut wajah Naura sudah luntur jatuh menghempas bumi. Hatinya mula berkocak kekalutan memenuhi jiwa. Bagaimana dengan janji mereka.
Tinggal beberapa minggu lagi masa Naura akan pergi. Perkara itu Tidak akan terjadi, tidak akan pernah terjadi! Terpaksa sahaja seraut wajah memberikan senyuman tapi dihatinya, berat dengan beribu-ribu beban menghimpit dada.
YOU ARE READING
BIAR HATI BERBICARA [ ✔ ]
RomansRanking 14 in romance (5/6/18) thnk you so much 💟 Bila bibir terbungkam sukar untuk melafazkan kata. Ditambahkan hati bersangkarkan keegoan di dada. Kehilangan sebuah cinta membuatnya terpinga, terkaku seketika mengejar bayangan yang kian sirna. D...