"Awak okay?," Hawa memandang wajah Naufal yang terkejut memandangnya. Apehal mamat ni, macam nampak hantu je.
Naufal memandang wajah polos gadis yang berkaca mata bulat dihadapannya ini.
"Kau siapa? Macam mana kau boleh ada dekat sini?" Naufal bertanya. Dia langsung tidak mengenali gadis dihadapannya ini. Adakah dia yang...
"Kau ke yang bawak aku kat sini?," soal Naufal. Hawa hanya mengangguk. 'Dah agak dah dia tak kenal aku. Sedarlah diri tu sikit Hawa.'
"Awak dah sedar kan? Dah okay kan? So saya nak baliklah," Hawa ingin berlalu dari situ. Sakit hati dia dengan Naufal. Bukannya nak terima kasih, ke toce toce ke. Siap bagi jelingan tajam lagi. Sedihnya rasa.
"So kau yang selamatkan aku?," soal Naufal lagi. Dia memandang wajah Hawa. 'Takkan budak kecik ni yang selamatkan aku kot.' Hawa mengangguk lagi.
Naufal terangguk angguk. "Ooh". Hanya itu yang keluar dari mulutnya.
Hawa mencebik. Dia ingin pergi namun lagi sekali ditahan Naufal,
"Macam mana kau boleh tahu aku ada kat situ? Kau ikut aku eh," matanya dikecilkan. Naufal sudah mula menyerkap jarang. Bulat mata Hawa apabila dituduh sebegitu.
"Eh! Mana ada. Takde kuasalah saya nak ikut awak. Kebetulan saya lalu kat situ. Lepastu dengar suara orang menjerit macam perempuan mintak tolong. Saya pun datanglah tolong. Saya kan Wonderwoman," Hawa membela diri.
"Eh bila masa aku jerit macam perempuan hah! Kau jangan nak..," belum sempat Naufal menghabiskan kata katanya tiba tiba..
****************************************
"Ya Allah anak mama. Macam mana boleh kena pukul ni? Hah Naufal?," hampir luruh jantungnya apabila seseorang menelefon dan mengkhabarkan kepadanya bahawa Naufal dipukul. Segera dia ke hospital untuk melihat keadaan anaknya. Bersyukur dia apabila keadaan Naufal tidak begitu teruk. Cuma lebam lebam di sekitar wajah dan badannya. Hanya kepala Naufal saja yang berbalut.
"Siapa yang pukul abang? Kita pergi buat report polis eh!," Puan Khaleeda menyentuh perlahan kepala anaknya yang berbalut itu.
Naufal menolak perlahan tangan mamanya dari menyentuh kepalanya.
"Tak payahlah ma. Sikit je ni, lagipun abang malas nak kaitkan dengan polis. Nanti lagi besar jadinya kes ni," perlahan Naufal bersuara. Wajahnya tidak dipalingkan ke arah Puan Khaleeda.
Puan Khaleeda menghembus nafas berat.
"Nanti kalau kena pukul lagi macam mana?," lembut Puan Khaleeda menyoal.
"Tak, tak. Tadi dorang kata dorang takkan cari pasal dengan Naufal dah," Hawa yang sedari tadi melihat perlakuan anak beranak itu mencelah.
Empat pasang mata tepat memandang wajahnya. Mereka berdua seakan baru tersedar ada insan lain disitu.
Erk, aku salah cakap ke. Bodohnya lah kau ni Hawa. Yang pergi mencelah tu kenapa. Aduh, bengong punya mulut. Hawa rasa macam nak tepuk saja mulut dia.
"Awak ke yang call auntie?," Puan Khaleeda menyoal.
"Ye, saya," Kemudian Hawa mendekati Puan Khaleeda untuk bersalaman dengan wanita itu. Ibu mertua hehehehe
"Nama auntie, Khaleeda. Awak boleh panggil auntie, auntie Eda," katanya selepas bersalaman dengan Hawa.
Hawa tersenyum, "nama saya Nur Hawa. Auntie Eda boleh panggil saya Hawa," Hawa memperkenalkan dirinya. Buat apa nak sombong kan, bakal mak mertua jugak. Eh, salah cakap lagi ke ni. Bukan salah cakap, tapi doa.
YOU ARE READING
Te Amo
RomanceNur Hawa. Seorang gadis yang amat meminati seniornya iaitu Naufal Syakiran, kapten pasukan bola sepak di sekolahnya. Naufal Syakiran. Setelah diduakan oleh kekasihnya, dia sudah mula tidak mempercayai perempuan. Setelah kewujudannya diketahui oleh...