Air Milo Kotak - Abang Ezzat

14 1 0
                                    

"Kring, kring, kring" loceng berbunyi menandakan waktu rehat bagi pelajar tingkatan 4,5 dan 6 sudah bermula.

Maka, Zalikha, Hany dan Sherry  mengaturkan langkah keluar dari 4 ALPHA selepas 1 jam memerah otak mempelajari addmath.. "Wei guys, aku ada cerita ni nak bagitahu korang" Hany membuka bicara setelah melintasi kelas tingkatan 5 BETA..

"Kau ni cerita apa lagi yang kau bawa dari asrama kalini, haa cepatla cerita biasanya time kau bawa crita ni mesti yang hot punya" Zalikha mengomel sendiri. Entah dirasakan begitu teruja mahu mendengar cerita dari Hany. Biasanya Hany akan bercerita tanpa memberitahu tapi harini nak minta izin pula.

"Kau perasan tak abang form 5 yang duduk kelas 5 BETA tu yang budak biasa tu , duduk kat tepi pintu masuk "  Hany memulakan ceritanya..

"Ooh abang Ezzat tu ke ? Yang jadi ketua plantun Kadet Polis sekolah kita eh ? " Sherry menyampuk secara tiba tiba.

"Ha'a dia tu la korang dah dengar cerita pasal dia belum ? " Hany menjawab

" Wei Hany kau kan tahu aku ni mana minat nak ambik peduli pasal abang abang senior ni. Entahla tahun ni senior macam tak ngam dengan kita kita.. macam annoying je semua sekali, lagipun kisah bebudak asrama lagi la secret " jawab Zalikha sambil cuba teringatkan sesuatu pasal senior Ezzat.

"Ha ni la aku bagitahu abang Ezzat ni dah jadi kegilaan junior2 kita tau, bebudak Pandu Puteri, JPAM , PBSM semua duk bercakap pasal dia je " omel Hany sambil membeli mee goreng dari mak cik Katty di kantin.

"Laa pasal apa pulak Ezzat tu jadi kegilaan semua ni, bukan ke junior kita tergilakan Hazim ke ? " omel Zalikha sambil menarik kerusi untuk duduk.

Sherry menyampuk " Zalikha kau ni duduk dalam gua ker ? Kau tak tahu ke Hazim tu dah couple dengan budak kelas sebelah kita, Farah Allysa  ? Ya Allah kau ni tak ambik tahu langsung eh ? "

"Wei serious la Hazim tu couple dah ? Alamak dengan Farah pulak. Untungla dedua pandai pulak tu.. Dahla sama cantik sama padan !! Pehal la aku tak tahu ni " bebel si Zalikha

"Dah aa aku bukan nak cakap pasal Hazim ni korang ni kacau la dengar la aku nak story ni pasal Ezzat " Hany menyambung ceritanya.

"Kau kalau pasal bebudak asrama laju je kan, takyah suruh memang jadi volunteer !! Haa cepatla story " kata si Zalikha sambil menyuapkan mee goreng ke dalam mulut

" Macam ni kan Ezzat tu jadi konduk untuk kawad bebudak polis jadi sekarang ni diorang dah start training la, so Ezzat ni memang nampak macho giler la beb, dah la masa training tu pakai baju tshirt takde lengan putih wei dengan seluar polis diorang tu " cerita Hany sambil gelak

" Wei kau jangan macam2 aku ni dah la suka laki laki yang macam tu tegas, macho !! Jadi ketua platun pulak ni. Ya Allah selamatkan aku dari jatuh cinta " kata Sherry sambil menghabiskan suapan terakhir mee goreng itu.

"Dah dah sambung story lepas ni pulak aku nak pegi beli teh o ais ni, nak makan ice " ucap si Zalikha

"Ha okey, cepat sikit kerja makan ice je, aku berkenan sangat gigi kau patah masa makan ice tu " omel Hany sambil bangun untuk meletakkan pinggan di bakul yang disediakan

Lalu Zalikha berlalu pergi ke stall air kantin untuk membeli teh o ais ditemani si Sherry.. Sherry ni memang suka ikut orang ke mana mana je.. budak baik katakan.. lalu setelah diminum air teh o sehingga habis tinggalah separuh gelas dengan ais batu untuk dimakan. Memang si Zalikha ada tabiat suka makan ais ni dari lower form lagi katanya menguatkan daya ingatan , emm mengarut je lebih...

Hany pula telah pergi ke kelas terlebih dahulu katanya nak jumpa Izzah untuk mengambil novel yang mahu dipinjam. Manakala aku mengajak si Sherry ke bilik guru untuk memberi duit buku matematik almaklumlah aku ni dilantik sebagai bendahari kelas 4 Alpha. Setelah selesai berjumpa untuk menyelesaikan hutang hutang yang ada maka diajaknya pula ke koperasi untuk membeli kudapan almaklumlah selepas rehat subjek biologi akan menguasai kelas kami selama 2 jam jadi untuk mengelakkan daripada tertidur lebih baik kami maka- logic accepted.

Di kejauhan bayang bangunan aku melihat cikgu Fatimah menyusun langkah untuk ke masuk mengajar di kelas. Maka langkah Sherry dan aku dicepatkan supaya kami sampai dahulu sebelum cikgu.. Keputusan diambil juga untuk lalu di tangga kelas tingkatan 5 kerana lebih cepat sampai di kelas...

Sambil berjalan sedar tidak sedar kami berada di tangga kelas tingkatan 5, aku yang sedang khusyuk minum air kotak Milo tidak terperasankan kelibat 3 manusia dihadapanku dan membuatkan aku terkejut dan mengeluarkan bunyi bunyi seperti ; hurghhhh sepanjang 4 harakat. Dihadapanku kini adalah abang Ezzat 'femes' , bersama abang Jess dan Rizal. Aku dapat rasakan mereka juga terkejut dengan kelakuanku dan tersenyum kecil melihat aku.. dalam kepala aku bermonolog "ya tuhan kenapalah masa masa macam ni jugak ditakdirkan untuk jumpa dengan senior senior femes ni jugak"
Maka si Sherry dibelakang menolakku supaya cepat cepat berjalan meninggalkan kawasan itu.

(Bermula dari situlah titik tolaknya aku mulai 'caring' terhadap sekolah ni terutamanya senior seniorku)

Mujurlah cikgu belum sampai di kelas kami maka ku cepat cepat dapatkan Hany, " wei Hany pehal do kau tak cakap kat aku abang Ezzat ni handsome sangat , aku rasa nak gugur air mata aku tadi malu do aku terkejut dengan diorang "

"Tu la kau lain kali duduk la dalam gua tu lagi jangan keluar, lambat betul kau ni abang Ezzat kita tu semua orang dah claim diorang punya boyfriend" omel Hany

" Ala zalikha kalau kau berkenan kau adjust la jangan duk simpan ja perasaan tu aku tengok kau pun tak pernah nak ada boyfriend "ujar Sherry menyatakan hujahnya.

"Gila kau laki macam dia mana la pandang aku ni gemuk, tak cantik , hitam " ujar si Zalikha merendah diri

"Haaa start aa ayat sedih dia tu, dah dah cikgu dah datang tu cepat cepat pergi salam " ujar si Hany

Maka subjek Biologi berjalan selancarnya selama 2 jam tanpa henti dan kami mulai fokus mendengar cikgu mengajar  sambil  makan seperti biasa. Mujurlah cikgu biologos ni sporting dan memahami.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 20, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cin, CintakuWhere stories live. Discover now