Hawa melangkah masuk ke dalam hospital. Dia ingin berjumpa dengan Naufal untuk memulangkan telefon bimbit milik lelaki itu. Tangannya kemas mengenggam beg kertas yang didalamnya adalah bekas Tupperware berisi sup ayam dan nasi. Orang kata, kalau makan sup dapat mengurangkan kesakitan. Entah ye entah tak. Gigih dia masak harini sebab nak bagi dekat Naufal.
Bukk! Bahunya dilanggar. 'Oi sape yang langgar aku tak reti mintak maaf ni. Brengsek betul.'
Hawa melihat siapa yang melanggarnya itu. Dhia? Apa dia buat dekat sini?
"Eh, buta ke tak nampak orang? Dah pakai spek pun tak nampak lagi ke? Stupid !," jerkah Dhia sebelum berlalu dari situ. Panas hati Hawa dengan perangai kurang sopan Dhia tu. Rasa macam nak je rembat macam dia rembat budak budak lelaki semalam biar minah tu jalan guna gigi!
Tapi apa dia buat dekat sini? Takkan jumpa Naufal kot. Bukan mereka dah putus ke?
Di kepala Hawa penuh dengan tanda tanya. Sesampai saja dia wad Naufal ditempatkan, dia melihat Naufal sudah berkemas untuk pulang.
"Eh, awak nak keluar hospital dah ke?," cepat cepat Hawa menghampiri Naufal. Beg yang berisi Tupperware diletakkan di atas meja.
"Kau lagi. Kau nak apa?," Naufal agak terkejut melihat kedatangan gadis itu. Dia menjeling perlahan Hawa yang sudah berdiri disebelahnya. 'Minah ni tak reti nak duk rumah diam diam ke?'
"Saya tanya tu, jawablah. Awak nak balik dah ke? Tapi awak belum sihat kan?," Hawa tidak mempedulikan soalan Naufal tadi. Ei orang risau pasal dia, dia boleh pulak tanya macam tu. Kalau aku smackdown mamat ni agak agak masuk hospital balik tak?
"Habistu, takkan aku nak berkampung pulak dalam hospital ni. Aku dah sihat, dah okay. Aku nak baliklah. Dah tepi," Naufal menolak Hawa. Dia ingin keluar dari wad.
Naufal terus melangkah keluar dari hospital.
"Eh kejap kejap!," Hawa menarik baju Naufal. Naufal segera berpaling menghadap Hawa. Minah ni tak habis habis ikut aku. Hawa yang menyedari akan ketelanjurannya segera melepaskan baju Naufal. Dia terus menjadi kaku apabila Naufal merenungnya tajam.
"Err, sa.. saya,". Hawa sudah tergagap gagap. 'Adeh Hawa. Dan dan nilah kau nak tergagap gagap'
"Ha sebelum tu. Henfon aku, bak sini," Naufal memotong percakapan Hawa. Dia rimas tengok Hawa yang tergagap gagap tu. Pukul orang takde pulak nak tergagap. Dia tersedar telefonnya tiada semalam sewaktu dia ingin menelefon Hadi untuk memberitahu keadaannya. Namun dia teringat yang mamanya memberitahu bahawa Hawa menelefon mamanya menggunakan telefonnya.
"Oh ye ye," Hawa mengeluarkan telefon pintar Naufal dari sling bagnya sebelum diberikan kepada tuannya.
"I wonder, macam mana kau tahu password aku?," Naufal mengangkat kening kirinya. Telefon dimasukkan ke dalam poket. Hawa terkebil kebil. Mencari cari jawapan bagi pertanyaan Naufal tadi. Apa aku nak kelentong ni. Takkan nak cakap yang aku pegang tangan dia semalam. Gila nak mati ke!
"Oh, itu, hehe.," mampus aku. Ujar Hawa dalam hati. Dia hanya tersengih sengih sambil melarikan pandangan supaya tidak bertembung dengan anak mata coklat milik Naufal.
Naufal membongkokkan badannya, kemudian wajahnya didekatkan dengan wajah Hawa. Hawa terkejut. Dia mengetap bibirnya. Jantungnya sudah mula berdegup laju. Bekerja 12 kali ganda daripada biasa.
"Kau pegang tangan aku kan? Sebab kau nak fingerprint aku? Am i right?," bisiknya. Hawa sudah tidak keruan. Eh mamat ni, aku CPR kang! Dia mengangkat wajah dan bertentang mata dengan Naufal. Tidak sampai beberapa saat, matanya kembali memandang lantai bumi. Tak sanggup nak bertentang mata lama lama. Nak pengsan cek oi!
Naufal tersenyum sinis.
"Betul lah tu. Its okay, aku maafkan. Sebab time tu darurat," Naufal mengembalikan jarak diantara mereka. Namun tidak mampu untuk mengembalikan degupan jantung Hawa menjadi normal.
"Nah," Hawa menghulurkan beg kertas yang berisi Tupperware itu kepada Naufal.
"Apa benda ni?," Naufal mengerutkan dahinya. Budak ni bagi aku hadiah ke?
"Ni sup ayam. Orang kata kalau makan sup ayam boleh melegakan kesakitan. Awak ambil lah," Hawa melihat Naufal teragak agak ingin mengambilnya.
"Taknaklah, mana tau kau dah guna guna kan sup ni. Taknak aku," Naufal sudah mula menuduh yang bukan bukan. Yelah, perempuan sekarang ni mana boleh percaya. Sanggup buat apa je untuk memuaskan keinginan sendiri.
Hawa yang mendengar sudah mula bengang. "Eh eh awak ni. Takde kerjalah saya nak guna gunakan awak. Awak ingat awak hensem sangat ke sampai saya nak guna gunakan awak. Orang dah tolong masakkan ni pun dah kira baik lah," Hawa agak terasa dengan Naufal tadi. Dia ingat aku masak tak sedap ke. Ceh!
Naufal ketawa kecik melihat wajah Hawa yang cemberut tu. Lawak!
"Baik awak ambik, kalau tak saya bagitahu satu sekolah yang saya selamatkan awak dari kena pukul. Nak?" Hawa sudah mula mengugut. Dia yakin yang Naufal akan ambil punya beg kertas tu sebab lelaki jenis Naufal ni konfemlah nak jaga imej diri. Tak macho lah kalau perempuan yang selamatkan dia!
"Yelah, yelah. Kau ni, main ugut ugut pulak," malas malas Naufal mengambil beg kertas itu. Kalau satu sekolah tahu yang minah ni selamatkan dia, konfem kena bahan.Pin pin! Kereta Audi berwarna putih berhenti di hadapan mereka. Tingkap kereta diturunkan. Puan Khaleeda tersenyum kepada Hawa. Hawa menghampiri Puan Khaleeda untuk bersalaman dengan wanita itu.
Naufal segera masuk ke dalam kereta di bahagian sebelah pemandu dan kereta mewah itu terus meluncur ke arah jalan besar.
YOU ARE READING
Te Amo
RomanceNur Hawa. Seorang gadis yang amat meminati seniornya iaitu Naufal Syakiran, kapten pasukan bola sepak di sekolahnya. Naufal Syakiran. Setelah diduakan oleh kekasihnya, dia sudah mula tidak mempercayai perempuan. Setelah kewujudannya diketahui oleh...