20 장

912 55 60
                                    

---

Sambil dirinya leka dengan alam maya yang terpapar jelas pada skrin iPhone X di tangan , Junhoe yang untungnya masih mempunyai sedikit perasaan risau itu sempat mencuri pandang ke arah Jinhwan.

'Tengok dia lama-lama macam ni buat aku rasa bersalah pula. Baik jangan pandang.'

Junhoe akhirnya berpaling ㅡ kembali pada laman Instagram miliknya lalu mengeluh berat.

---

"Feeling better?"

Jiwon menghenyakkan punggungnya di sisi Jinhwan. Sepasang mata sepet kepunyaan lelaki bergigi arnab itu turut tertarik untuk melihat drama ulangan yang sedang ditonton oleh rakan serumahnya.

"Ya.."

Setelah hampir 10 saat soalan itu diutarakan , Jinhwan akhirnya menjawab. Pendek dan ringkas.

Sedangkan , apa yang telah terbit dari bibir munggilnya itu palsu belaka. Jinhwan berbohong.

Kenyataannya , punggung lelaki berbadan kecil tersebut masih berbisa rasa sakitnya sehingga menimbulkan kesan berbirat yang kemerah-merahan akibat dilibas dengan kuat.

Sejujurnya , Jinhwan agak trauma dengan kejadian pada malam itu. Sungguhpun hal yang menimpanya tidak seteruk apa yang pernah dia lihat di laman web dewasa , Jinhwan tidak pernah bersetuju atau sesekali pun menyukai idea masochism.

"Ishh.. Hanbin ni tak bangun lagi ke?"

Jiwon bergumam sendirian. Mata Jinhwan kini mengekori pergerakan punggung Jiwon yang sedang berjalan malas ke bilik Hanbin.

Jinhwan cemburu. Cemburu tatkala melihat hubungan Jiwon dan Hanbin yang intim kerana cinta utuh mereka. Jinhwan? Dia masih tidak punyai sesiapa untuk memenuhi hati kosongnya itu. Sungguh , Jinhwan belum menemui sesiapa untuk dirinya sendiri.

Jinhwan hanya takut hati kecilnya akan terluka sekiranya dia bercinta. Apa lagi jika minat Jinhwan adalah terhadap kaum yang sejenis dengannya.

Susuk tubuh berotot Jiwon itu akhirnya hilang dari pandangan Jinhwan.

Datang pula susuk tubuh lain di hadapan matanya. Jinhwan dan Junhoe kemudiannya saling berpandangan tanpa sebarang ekspresi yang tergambar di wajah mereka.

Ketika Junhoe yang sedang mamai itu masih terpisat-pisat , Jinhwan segera menarik wajah dinginnya.

"Jinhwan.."

Berpura-pura tidak mendengar panggilan Junhoe , Jinhwan melangkahkan kakinya meninggalkan ruang tamu.

"Tunggu.."

Junhoe membuntuti Jinhwan ke bilik mereka. Dan ketika Jinhwan cuba untuk menguncikan dirinya di dalam bilik air , Junhoe sempat menahan pintu tersebut daripada tertutup rapat.

Jinhwan ditahannya pada dinding bilik air tersebut. Lelaki yang lebih kecil itu tidak dapat berbuat apa-apa. Kedua-dua belah tangannya sudah dikunci pada permukaan dingin itu.

Pintu bilik air itu juga telah tertutup rapat dan dikunci oleh Junhoe sendiri.

"Kau nak apa? Lepaskan aku.."

Junhoe sama sekali tidak tergugat dengan suara keras Jinhwan. Baginya , lelaki itu hanya akan kelihatan lebih seksi dalam situasi ini.

"Kau masih marah pada aku ke?"

Jinhwan tergelak sinis.

"Soalan jenis apa tu Koo Junhoe?"

Figura lampai itu kemudiannya mengeluh halus. Junhoe tidak mahu melakukan ini. Namun , dia terpaksa.

"Aku minta maaf.. aku tahu semua tu menyakitkan. Dan aku tak patut lakukannya tanpa persetujuan kau. Maafkan aku?"

Jinhwan menoleh ke arah lain seolah-olah tidak menerima permohonan maaf Junhoe. Tetapi , lain pula respons Jinhwan selepas itu.

"Fuck me.."

---

Lover's Lies [ JunHwan18+ ] ✔Where stories live. Discover now