"Hah?! Serius lah!," suara Izzani dan Nashwa bergabung. Cepat cepat Hawa menekup mulut mereka berdua. "Kome ni nak bagitau satu asrama ke? Biar satu asrama dengar?," katanya. Mulut mereka masih ditekup. Izzani menolak tangan Hawa. Dia macam tak percaya dengan cerita Hawa ni. Tapi apa nak hairan sangat, Hawa memang terel dalam bab bab pukul orang.
"Lepastu? Nopal syok kat kau tak?," soal Izzani. Hawa menarik nafas dalam sebelum menghembus. Kepalanya digelengkan.
"Bertuahlah kalau si Naufal tu suka aku. Aku buat kenduri kesyukuran siap jemput marhaban," Hawa berseloroh bagi menutup rasa hatinya yang tiba tiba sedih mengenangkan si Naufal. Nashwa dan Izzani ketawa.
"Bodohlah kau ni Hawa," Nashwa ketawa lagi. Perkataan yang keluar dari mulut Hawa sering menggelikan hatinya. Macam kena geletek pulak.
"Oi, kome taknak turun surau ke solat maghrib? Karang kalau ustazah tahu padan muka." Fatimah yang tiba tiba muncul di pintu dorm menegur.
Kemudian mereka bertiga mengangkat punggung untuk pergi ke surau. Takut jugak kalau ustazah aka warden asrama tu marah. Ustazah jarang marah, kalau marah satu asrama ni pun boleh terbalik.
******************************************
Naufal melekapkan tangannya di dahi. Dia teringat Dhia yang datang melawatnya di hospital beberapa hari lepas.
"Dhia nak mintak maaf bagi pihak Syafiq. Dhia harap Naufal sudi maafkan Syafiq," Wajah bujur sirih itu lembut memandangnya. Wajah penuh mengharap membuatkan hati Naufal semakin sakit. 'Tempat kena pukul dah tak sakit, hati aku pulak yang sakit' gumam hatinya. Namun dia tetap tidak mempedulikan Dhia. Biar Dhia bercakap sorang sorang.
"Dhia harap Naufal tak buat report polis dan panjang panjangkan kes ni. Apa yang dah jadi tu biarkan berlalu. Dhia sanggup..,"
"Dah habis cakap?," Naufal memotong percakap Dhia. Dia sakit hati dengan Dhia. Semakin benci dengan perempuan tu.
"Dhia., Dhia.."
"Kau balik. Aku taknak tengok muka kau kat sini. Rasa nak muntah," katanya tanpa menghiraukan perasaan gadis yang sedang terkebil kebil itu. Perlahan lahan Dhia bangun dari kerusi dan berlalu keluar dari wad dengan perasaan yang berkecamuk.
*******************************************
Naufal bangun dari pembaringan. Rambutnya diraup kasar sebelum turun ke bawah. Dia ingin mencari air di dapur. Dahaga.
Air diteguk rakus. Gelas yang digunakan dibawa ke singki untuk dibasuh. Tiba tiba matanya terlihat bekas Tupperware yang berwarna pink di rak pinggan sebelah singki.
Ingatannya terus kepada Hawa. Gadis pendek yang berspek mata bulat namun handal dalam seni mempertahankan diri. Bibirnya menggaris sebuah senyuman. Bersusah payah Hawa masakkan sup untuk dirinya.
'Eh, dah gila ke aku ni ingat kat minah tu? Takleh jadi. Aku ngantuk ni, mungkin sekarang ni aku tengah ngigau,' Naufal menggelengkan kepalanya sebelum keluar dari dapur. Dia ingin masuk tidur.
YOU ARE READING
Te Amo
RomanceNur Hawa. Seorang gadis yang amat meminati seniornya iaitu Naufal Syakiran, kapten pasukan bola sepak di sekolahnya. Naufal Syakiran. Setelah diduakan oleh kekasihnya, dia sudah mula tidak mempercayai perempuan. Setelah kewujudannya diketahui oleh...