Bab 7

115 9 4
                                    

Laptop dipasang. Begitu juga drama yang ditontonnya semalam. Sambil itu, dia pindahkan foto-foto yang dirakamkannya sewaktu di pulau tadi.

Dari menonton drama, dia beralih membelek foto-foto tersebut. Ralit meneliti satu per satu gambar yang ada.

Mana gambar-gambar yang sesuai dan boleh digunakan untuk menulis rencana akan datang, dia asingkan di dalam fail yang berasingan.

Tiba pada deretan gambar-gambar di Pulau Payar, dia berhenti skrol. Gambar seorang lelaki sedang temenung jauh memandang ke tengah lautan.

Eja teringat kejadian sewaktu aktiviti snorkeling tadi.

Sejak tiba di Pulau Payar, matanya tak lepas daripada memandang gelagat mamat yang tercicir boarding pass semalam. Masin juga mulutnya. Betul-betul dia terjumpa lagi mamat ni.

Melihat keadaan lelaki itu yang terkial-kial, tanpa berfikir banyak dia terus pergi mendekati.

Niatnya ketika itu memang ikhlas nak membantu. Nak harapkan instructor, terlalu ramai orang yang mengikuti aktiviti ini. Memang tercicirlah lelaki ini daripada nak dapat tunjuk ajar. Hendak pula ramai amoi. Haruslah encik-encik instructor tu tak pandang lelaki ini.

Jadi, secara sukarela dia jadi 'cikgu' ajar menyelam.

Mujur lelaki tu tak banyak songeh, ikut saja apa yang disuruh.

Diarah periksa alat bantuan pernafasn, lelaki itu menurut saja. Disuruh ketatkan life jacket, lelaki itu akur juga.

Sumpah! Ketika itu dia ada rasa nak tergelak. Tetapi, ditahan saja gelaknya supaya tak terlepas. Biadap kut kalau dia terlepas gelak.

Sudahlah mamat tu sanggup nak belajar daripada seorang perempuan. Itu pun dah kira lelaki itu rendahkan ego sendiri.

Lelaki kan selalunya ego tinggi, kan?

Selesai masukkan kesemua foto yang diambil, matanya memandang jam digital pada taskbar.

Dah hampir pukul 5.30 petang.

Tadi dia dah janji dengan Reza, nak keluar makan. Mulanya dia menolak, tetapi apabila Reza bersungguh-sungguh mengajak dia setuju juga.

Reza, nama mamat yang tercicir boarding pass kat airport semalam tu. Mamat yang bahunya macam hanger baju.

Sebenarnya, dia dah tahu nama Reza sewaktu boarding pass milik lelaki itu dikutipnya.

Tadi pun Reza tak kenalkan diri. Dia sendiri yang panggil lelaki itu dengan nama Reza.

Kalau matanya tak silap memandang, nama Reza ada dua perkataan.

Dia tak ingat nama depan Reza. Disebabkan otaknya awal-awal lagi dah daftar empat patah perkataan itu.

Bagi dirinya, Reza itu lebih senang untuk dia ingati. Lagipun, nama Reza ada makna pada dirinya. Juga buat dia rasa lebih dekat.

Eja senyum sendiri.

Selepas bersihkan diri mandi dan solat dia bersiap-siap terus turun ke lobi hotel. Menunggu Eja di situ.

Tapi, tadi sewaktu melalui bilik Eja, dia sempat ketuk pintu bilik gadis tu. Dia tak tunggu pun pintu dibuka. Ketuk sekadar memberitahu yang dia menunggu di bawah sana.

Setelah hampir beberapa minit dia menunggu di lobi, Eja pun tiba.

"Kita nak makan kat mana ni?" soal Eja sebaik berdiri di hadapannya.

"Ada cadangan?" Dia balas soalan Eja dengan soalan. Dia tak tahu tempat-tempat mana yang menarik. Sejak sampai di sini, Kidlah yang banyak cadangkan tempat-tempat kepadanya. Tapi, disebabkan hari ini berteman, dia tak mesej tanyakan pada Kidd pun.

TRIP (tribute version - Jemari Seni Publishing)Where stories live. Discover now