[BHB] BAB 36

10.3K 289 21
                                    

BIAR HATI BERBICARA

DERAPAN Telapak kaki amat jelas kedengaran, menatap kosong bangunan terserdang indah tertangkap dihadapan matanya. Butang tengah Bazer dibetulkan, berjalan tidak lagi menoleh ke kiri dan ke kanan.

Para staff sudah asyik memerhatikan tingkah figura tampan milik Danish Daniel yang baru sahaja menjejakan kakinya masuk ke ruangan Syarikat ternama hak milik perusahaan keluarganya.

"Morning Bro., pesal ni?! Asal sampai pejabat je muka macam selipar je.. senyumlah sikit, kan dua hari lagi nak tambah bini" usikan Adam terdengar jelas dicorong telinga, dengan tak semena-mena langkah kaki mati dan memandang wajah Adam penuh tanda tanya.

Terkerut alisnya, hairan. Bagaimana orang luar boleh tahu tentang perkahwinannya dengan Fiona. Padahal kad undangan pun belum lagi diedarkan. Muskhil.

"Macamana kau tau bro?" Tersenyum miring Figura Adam bila mendengar pertanyaan yang diberikan. Pantas surat khabar ditangan diberikan pada lelaki dihadapannya. "Ni hah! Baca.. semua dah tahu kau kahwin dengan model ternama si Fiona."

Figura Danish terpaku seketika, memejam rapat kelopak mata dan mengembuskan helah nafas untuk cuba menenangkan dadanya. Menatap helai surat khabar bila gambarnya dan Fiona terpampang didada akhbar sangat jelas.

"Aik?! Bukan kau patut gembira ke dapat kahwin dengan dia? Tapi apa pasal reaksi kau macam ni?" Danish diam sesaat tegak memakukan dirinya sendiri. Helah nafasnya terdengar berat berasa beribu bebanan sedang mengikat.

"Ehem! Reaksi macamana" pantas dilakonkan riak wajah dari terlihat kekusutan melanda kotak fikirannya. Figura Adam tersenyum senget. Dia cuba memberikan pandangan Sarwa.

Figura Danish sudah mula menjalankan langkahnya. Sudah bosan asyik polemik tentang perkahwinan,persandingan, pernikahan dan seangkatannya. Difikirannya hanya asyik mengilustrasi gambaran wajah gadis yang sudah memencilkan diri. Entah apa yang dia sedang lakukan ketika ini.

*****

Tap!!

Terdonggak figura Naura apabila konsentrasi pada novel ditangannya kini sudah beralih dan menatap sekeping sampul surat berwarna merah hati. Anak matanya juga sudah bergerak mencari pemilik benda ini.

"Nah! Sebab kau madu aku. Aku bagi kad undangan special vvip meja hadapan lagi untuk kau. Datang, jangan tak datang" tajam pandangan gadis seksi berpakaian singkat paras atas paha. Berwarna royal blue dan rambut tersanggul rapi.

Bibirnya yang berbicara terlihat merah darah, sangat kental warnanya. Figura Naura meluaskan horizon pemikirannya agar lebih bersikap matang dan tidak mudah melenting apalagi gadis itu sedang mengandungkan zuriat suaminya sendiri.

"Kau jangan ingat kau masih wife Danish, kau dapat rebut dia. Aku akan pastikan dia milik aku secara mutlak, dan kau.. akan jadi janda lepas ini. Janda berhiaslahkan sebab Danish tak sudi nak sentuh kau ! Haha!" Gelak Fiona kedengaran jelas digegendang telinga Naura. Bencinya!

Kejam sungguh wanita dihadapannya ini, Naura sudah berusaha berkompromi tapi pasti sahaja balasan mereka yang membuat hatinya bertambah perih.

"Kau datang tau! Jangan tak datang!" Senyuman sinis sebelum beredar pergi dari ruangan bacaan. Memerhatikan tingkah figura lemah gemalai keluar dari ruangan yang sama dan sudah hilang dipisahkan ruang antara mereka.

BIAR HATI BERBICARA  [ ✔ ]Where stories live. Discover now