22 장

811 60 17
                                    

---

"Kau tak ada apa-apa perasaan istimewa pada aku , kan Jinhwan?"

Pertanyaan Junhoe itu membuatkan Jinhwan mula berfikir panjang.

Tipulah jika Jinhwan tidak berdebar setiap kali matanya melihat Junhoe. Namun , kenyataan itu tidak cukup untuk menggambarkan sebuah perasaan cinta.

Jinhwan sendiri bingung. Perasaan ini benar-benar mengelirukannya. Tidakkah jika dia mengaku tentang perasaan sebenarnya , dia hanya akan melukakan dirinya sendiri?

Dua ulas bibir merah jambu Jinhwan dilihat terbuka. Tetapi , tiada satu pun perkataan yang dapat dia sebut. Sedangkan soalan seperti itu hanya memerlukan jawapan yang cukup ringkas.

"Aku harap tak. Kita kan dah janji untuk tak pendam perasaan suka atau cinta antara satu sama lain. Tambahan , itu cuma akan buat kita jadi awkward."

Bicara Jinhwan yang hampir sahaja terluah dipintas Junhoe. Tiga perkataan pertamanya sudah cukup untuk meninggalkan luka yang dalam pada hati kecil Jinhwan.

"Lagipun , aku dah mesej Yeeun. Dia setuju untuk keluar dengan aku."

Junhoe menoleh dengan senyuman lebar di bibirnya. Dia terlihat begitu gembira dan berbangga dengan apa yang disebut olehnya.

"Tahniah , June."

---

Hari itu , Jinhwan memilih untuk berjalan pulang dari pejabatnya.

Angin malam yang bertiup lembut melepasi tubuh kecilnya terasa sangat mendamaikan. Buat seketika , bayangan Junhoe hilang dari kotak permikiran lelaki itu.

"I'm home.."

Senyap. Tiada satu suara pun yang kedengaran. Barangkali , mereka yang lain masih belum pulang dari tempat kerja masing-masing.

Jinhwan mengeluh halus. Langkah kecil diatur menuju ke biliknya. Pintu yang bertutup rapat itu kemudiannya dikuak perlahan.

Alangkah terkejutnya Jinhwan tatkala melihat Junhoe sedang baring bersama seorang gadis di atas katil tanpa pakaian.

Mereka pada waktu itu dalam keadaan berpelukan intim di bawah lapisan selimut tebal kepunyaan Junhoe.

"Maaf.."

Jinhwan kembali menutup pintu itu. Beg komputer ribanya dicampak ke atas sofa. Jinhwan berlari keluar dari rumah bujang itu tanpa arah tujuan.

Dia akhirnya menangis seorang diri.

---



Lover's Lies [ JunHwan18+ ] ✔Where stories live. Discover now