"Mak ..." Sekejap saja angin aku sudah berubah hala. Sengaja aku leretkan suara manja.
Emak pandang aku tajam dari ekor mata. Macam lah aku nak minta barang kemas dia! Dibuatnya aku ni macam perompak.
"Abang Nasir ni susah lah nak faham pe'el dia. Kejap macam ni, kejap macam tu." Aku mula mengadu.
Aswad di tepi sudah tersenyum senget. Menggeleng kepala. Lucu agaknya bila kami membicarakan isu kaum sejenis dengannya.
"Baru berapa bulan ja duduk sebumbung. Tengah dok kenai hati budi lagi. Lama-lama nanti okay la." Tipikal benar ayat nasihat emak. Langsung tak membantu!
Dengusan kuat terlepas dari hidung aku. "Setakat cakap macam tu, kita pun tahu. Bagi lah nasihat power sikit." Berani betul aku memperlekehkan kata-kata emak.
Dada Mak Bibah serentak naik membidang. Tanda dia rasa tercabar. Kembang hidungnya bila dia menghela nafas panjang. Persediaan untuk menembak.
"Hang nak nasihat macam mana lagi? Ni, sebelum hang nampak salah laki hang ja, hang pi cermin diri dulu. Takkan semua nak letak atas kepala Nasir? Sama-sama usaha la. Nak paham hati budi ni makan masa bertahun hang tau dak? Mak yang dah berpuluh tahun hidup dengan ayah hang pun tak boleh nak baca sepenuhnya perangai ayah hang. Inikan pula hang yang baru berapa bulan nikah. Awat hang ingat laki hang saja ka yang kena usaha paham hang? Hang tu? Cuba lah sama paham hati dia."
Ha ... sekali kena sembur terus! Nak sangat kan nasihat power. Sekali keluar, sampai ke dalam hati hangus terbakar. Disuluhnya habis perangai aku yang tak berapa nak cantik tu. Diungkit sekali perangai aku yang suka menyalahkan orang lain sepertinya aku saja yang betul.
p/s : Order masih dibuka dan insyaAllah saya akan berada di PBAKL pada 28hb dari pagi sampai petang. Siapa yang ke sana, boleh singgah bertegur sapa dengan saya. Kalau ada perubahan, saya akan beritahu semula nanti (^_^)
YOU ARE READING
Suami Berat Mulut (Sudah Diterbitkan)
Literatura Feminina-Ni cincin merisik. Sekali dengan nombor telefon laki tu. Hang kenai-kenai tengok. Kalau tak berkenan, hang habaq elok-elok- Itu dialog emak semasa memberitahu yang aku dirisik orang. -Maksud saya....err...awak betul-betul serius ke nak kahwin...