BIAR HATI BERBICARA
"WHERE is my Naura, ayah?" Kedatangan figura Danish memeranjatkan figura berusia yang sedang duduk diruang tengah sambil memegang surat khabar sudah menjadi rutin hariannya. Kini tumpuannya dicuri dengan kehadiran kelibat Danish yang tergopoh-gapah berlari ke sini dan ke sana.
"Baru sampai ke Danish?" Bibir mula membuka bicara namun tiada sebarang respon dari figura anak tunggalnya.
"Naura mana yah?" Sekali lagi persoalan yang sama dilayangkan buat ayahnya. Tersentap lelaki itu apabila pertanyaannya tidak dibalas sesuai dengan apa yang dia inginkan.
"Kalau iya pun Danish, jawablah pertanyaan ayah kamu itu dulu" celah ibundanya sedang melangkah masuk ke ruang tengah, menantang dulang berisi cawan minuman untuk diserahkan buat suami tercinta.
"Baru je yah, Naura Mana?"kepala ditoleh ke atas dan ke bawah, mencari kelibat yang tidak juga terlihat batang hidungnya. Kaki dilayarkan menuju ke anak tangga.
"Isteri kesayangan kamu yang satu lagi tu mana?" Langkah kaki figura Danish terhenti serta merta. Drastik kepalanya ditolehkan pada figura yang sedang duduk bersandar memandang ke arahnya. Di akui akan kesilapannya hingga wajah Datuk Seri Farid selalu tegang muka bila memandang dia dan Fiona.
"Dia ada shooting yah..."
"Eloklah tu, jangan nak tayang muka dia depan bonda, mahu bonda ganyang muka dia , kamu pun satu! I love you forever, i love you forever ! Habis Naura apa?! I hate you forever?!" Pedas sindirian Datin Seri bertegang muka dengan sikap Danish yang tidak tahu menjaga perasaan isterinya
"Ye Danish Tahu Danish Silap bonda.. ni Danish nak minta maaflah ni"
"Sudah basi dengan alasan kau tu, Naura kat dalam bilik, tengah sakit. Awas kalau kamu sakitkan Naura. Bini kamu yang satu tu bonda belasah" garang wajah bonda disertakan jelingan meluat kepada anaknya
Rasa sayang kepada anak masih ada, tapi sesal lagi membuak-buak didada. Tidak tahu mana silapnya mendidik anak hingga tidak tahu menghargai satu isteri yang terlalu mencintainya.
Danish menarik nafas dalam dan meneruskan langkah yang terasa berat dengan bebanan yang diikat dibahunya. Tertunduk mengira anak tangga, satu persatu membuat lututnya lemah. Bagaimana jikalau Naura tidak mahu memaafkannya.
Langkah mati bila pintu bilik Naura yang ditutup itu diperhati. Detakan jantungnya naik memuncak dan darahnya sudah seakan tersekat. Fikiran cuba menerawang mencari askara-askara untuk memujuk Naura pulang kepangkuannya.
KRIKKK....
BUNYI pintu tergeser pada Lantai mozek, kini mendongakkan wajah diatas tilam sana, sosok figura Naura sedang terbaring lemah. Perlahan kaki ditatih menuju ke arah tubuh yang sedang tidak bergerak dan memejamkan mata.Diperhatikan setiap perincian, wajah cengkung kekusaman, matanya sembam kehitaman. Bibir memucat bagai tiada darah mengalir dari tubuhnya. Kerusi dipinggir katil ditarik rapat.
Punggung dilabuhkan lemah agar tidak kedengaran suara dari mengejutkan gadis yang sedang terlena.Bertaruh dalam sakit kelihatan sarat dengan duka. Kini tangannya digerakkan perlahan, membelai lembut umbunan gadis yang selama ini dirindukan .Tertunduk kepala pada permukaan tilam. Airmatanya sudah mula bercucuran.
YOU ARE READING
BIAR HATI BERBICARA [ ✔ ]
RomanceRanking 14 in romance (5/6/18) thnk you so much 💟 Bila bibir terbungkam sukar untuk melafazkan kata. Ditambahkan hati bersangkarkan keegoan di dada. Kehilangan sebuah cinta membuatnya terpinga, terkaku seketika mengejar bayangan yang kian sirna. D...