"Rayna, kau berlari nak pergi mana?"
"Ikut Pakcik Chen ke pekan! Jumpa nanti!" Belum sempat Qira bertanya lebih lanjut, Rayna sudah berlari bagaikan tidak cukup tanah. Di berharap agar Pakcik Chen tidak bergerak lagi. Dia ingin ke pekan untuk melawat penduduk di lorong terpencil untuk melihat keadaan mereka. Rayna khuatir kalau-kalau ada lagi yang masih perlukan khidmat rawatan.
"Pakcik Chen, saya tak terlambat kan?" Termengah-mengah dibuatnya. Dia membonggokkan badan dengan tangan dilutut.
"Tepat pada masanya. Naiklah". Pakcik Chem sudah pun berada di atas kudanya. Bersedia untuk bertolak pada bila masa-masa saja lagi.
"Terima kasih sebab izinkan saya tumpang". Terus Rayna memanjat naik kereta kuda di belakang. Dia mencari posisi yang selesa dan menarik keluar bukunya.
Buku telah menjadi sebahagian besar hidupnya. Buku-buku yang tinggalkan oleh nenek mengandungi kandungan yang sarat tentang perubatan hasil kajian sendiri. Isinya sangat luas sehinggakan Rayna sendiri mengambil masa untuk menguasai semua bidang.
"Kamu tak dapat apa-apa berita dari keluarga?" Pertanyaan Pakcik Chen memecahkan kesunyian.
"Pakcik Chen, lepas nenek saya meninggal, saya dah tiada siapa-siapa lagi. Pakcik pun tahukan saya sangat terhutang budi dengan Tok Ketua". Terang Rayna. Matanya dialihkan pada langit biru yang cantik.
"Ibu bapa kamu?"
"Mereka tinggalkan saya sejak saya kecil lagi. Lagipun, saya membesar tanpa mengenali mereka. Jadi, saya tak ada rasa apa-apa pun. Apatah lagi saya dah cukup besar untuk buat keputusan sendiri".
"Walaupun kamu cakap macam tu, ada bahayanya juga. Kamu tu duduk seorang di rumah sana. Apa-apa jadi, kita tak tahu kan?"
"Kalau pakcik tak takutkan saya, rasanya tak ada apa-apa".
Pakcik Chen ketawa. "Apa kata cari calon suami?"
"Erm... Lari topik sangat pakcik ni".
"Kamu ada dengar ura-ura yang mengatakan kalau rakyat biasa atau sesiapa saja yang secara sengaja atau tidak sengaja ternampak wajah Putera Makhota, dia akan dihukum bunuh". Pakcik gemar berbicara soal isu kerajaan di mana jua dia berada. Jika ada peluang, dia ang bangkitkannya pada sesiapa saja.
"Sepatutnya dari awal lagi, putera tidak boleh menyorok di sebalik topeng tu. Sekarang, nak jatuhnya hukuman pula. Adakah ianya jadi satu kesalahan rakyat apabila putera sendiri yang putuskan untuk bersembunyi? Kalau macam tu, kenapa perlu dia lahir?" Rayna berkata tidak puas hati. Dia agak tidak suka dengan sebarang tindakan pihak kerajaan putuskan kerana kebanyakkan untuk kepentingan para bangsawan dan ahli kerabat saja.
"Wah, itu agak kasar bila keluar dari mulut kamu". Pakcik melepaskan ketawa kecil.
"Hahaha... Maaf. Saya tak sepatutnya cakap macam tu".
Emosi Rayna telah bercampur baur. Sejujurnya, dia agak bengang tatkala melihat keadaan di lorong tak bernama di pekan tempoh hari. Siapa sangka buah mulut rakyat sebenarnya satu kenyataan. Kerajaan pula menutup sebelah mata dan tidak melakukan apa-apa untuk pulihkannya.
*****
Sampai sahaja di pekan ibu kota, Rayna terus menuju ke arah lorong kecil hari tu. Dia tertanya-tanya bagaimana keadaan mereka sekarang. Dengan pengharapan yang menggunung, Rayna berlari-lari anak dengan sebakul buah tangan untuk diberikan kepada mereka.
Langkahnya terhenti saat melihat dua orang berhud putih mencurigakan berada di lorong itu. Dia bercakap-bercakap dengan lelaki tua yang dia rawat hari tu. Kehadiran Rayna masih tidak diperasan.
YOU ARE READING
Rayna [HIATUS]
FantasiRayna, gadis berusia 16 tahun, hidup bersendirian di sebuah perkampungan kecil jauh dari kota. Berbekalkan ilmu perubatan berasaskan herba yang diturunkan oleh neneknya, dia menyara hidupnya dengan memberi rawatan kepada orang kampung. Selepas kampu...