4 | yakin (part 1)

762 53 4
                                    

Yakin?

Sebelum apa-apa, aku nak story sikit dengan korang...

Story 1;

Al kisah tersebut lah perjalanan  seorang budak f1 yang blur tahap bawak beg berat gila... menanggung kamus Oxford Advanced Learner...

Satu hari, aku balik dari sekolah ke bilik aku dan tiba-tiba semua roommates pandang aku pelik. Muka diorang memang barai habisan.😠😠😠

Apakah???

Start dari hari tu, semua orang pulau aku.* kalau di sekolah dulu, ada apa-apa tak puas hati dengan seseorang mesti main pulau-pulau *.

Haishh typical budak sekolah tak matang. Bukannya nak siasat dulu.😅

Dan aku tak tahu pun sebab apa. Even orang yang aku anggap kawan baik aku pun sanggup buat perkara yang sama.😢

Bukan tu je, ada jugak certain-certain senior yang pernah rapat dengan aku buat hal yang sama.

Sedih tu memang tak terkata la.

Aku rasa hidup aku miserable sangat-sangat.

FYI, aku ni memang kaki lena dalam kelas.😪

Aku ni ada insomnia agaknya waktu sekolah dulu.😫

So malam-malam tu tak boleh lelap sangat.😲

Dah tu, bila masuk kelas... elok-elok ja slot 5 minit bersama Al-Quran habis, aku dah terlentok atas meja. Tidur tak ingat dunia.

Kadang-kadang sampai waktu rehat. Sampai tak sedar langsung cikgu masuk ke tak.😂😂😂 * mohon jangan dicontohi *.

Okay, berbalik kepada cerita... memang fitrah manusia, bila kita tak ada orang nak mengadu, kita akan berbalik kepada Allah.

Time tu, aku memang letak pergantungan hidup aku kepada Allah.

Tiap-tiap solat dalam sujud terakhir, aku menangis mintak pertolongan dari Allah.

Tak pa kan kalau aku skip ke ending dia terus... dalam exam akhir tahun, aku dapat no 3 dalam batch. And that was unexpected.😱

Siapa boleh sangka yang budak blur yang selalu lena dalam kelas akan dapat result macam tu?

Bila aku dah membesar, baru aku sedar yang Allah bagi ujian tusebab Allah nak hadirkan something yang lebih better dalam hidup aku.🌈

Kat sini nak bagitau yang keyakinan kepada Allah memang penting.

Yakin dan bersangka baik dengan Allah.

Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Allah adalah sebaik-baik perancang.

Okey, jom kita buat macam ni...

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Kita ni kan manusia biasa.

Iman turun naik.

So, apa kata setiap kali kita ragu atau rasa sedih; kita sebut >>>

Lailaha illallah

and dalami maksud dia,

🔸 Tiada Tuhan melainkan Allah

Tanamkan keyakinan kepada Allah dalam diri kita.

Ingat, ujian tu datang dari Allah. Dan penawarnya adalah zikrullah.

Dan Al-Quran adalah sebaik-baik zikrullah.

Kalau korang masih di permulaan untuk melangkah ke jalan kebaikan, it's okay tuk bertatih sedikit demi sedikit asalkan kita istiqamah dan berterusan dengan kebaikan.😊

Sedangkan titisan air yang kecil mampu membentuk lekukan pada seketul batu sekiranya titisan air itu 'istiqamah'. So, jangan putus asa dalam mencuba.

Berubah tak perlu drastik and tak perlu turning point!

Tetapkan niat di hati ❤, aku berhijrah kerana Allah.

May Allah ease everything for us. Ameen.

To be continued...

Maaf kalau cara penulisan saya lain sikit dengan sebelum ni punya.😅

Semanis DakwahWhere stories live. Discover now