Jam yang sudah berdering aku matikan. Aku bangun bagi menunaikan solat subuh dan sekejap lagi aku akan gerak ke sekolah. Perkara semalam membuatkan aku rasa serba salah tiba-tiba mahu melepaskan kemarahan terhadap Eizzlan.
Mungkin, aku terlalu ikutkan emosi sampai dia jadi mangsa. Atau aku nak datang bulan?
Langkah terasa malas mahu ke tandas. Tapi, aku kena kuatkan diri untuk pergi ke sekolah sebab aku dah rasa bosan bila duduk rumah terlalu lama.
Selesai siap segala tugas, aku melangkah keluar dari dalam bilik dan saat itu Eizzlan juga melangkah dari biliknya. Mata kami bertembung seketika namun pantas aku tepis.
Aku hanya abaikan dia disisi. Aku segerakan langkah untuk turun ke tangga namun alangkah terkejut lengan aku diraih lembut olehnya.
"Kau nak apa?" Soal aku yang tidak memandang wajahnya.
"Kau tanya aku kenapa? Kau tu kenapa? Tiba-tiba nak marah dengan aku semalam," kata Eizzlan dengan nada yang keras. Aku pula menghela nafas panjang.
"Dah, lepaskan tangan aku. Aku nak cepat nak pergi sekolah."
Aku mengerling pada jam tangan sudah masuk pukul tujuh pagi. Awal juga aku bangun hari ini.
"Cakap dengan aku dulu, kenapa?" Soalnya sekali lagi. Kali ini, aku malas mahu melayan jadi aku buat keputusan untuk pergi.
Lengan aku ditarik sekali lagi tapi kali ini Eizzlan menolak tubuh ke rapat ke dinding. Tubuhnya turut rapat dengan aku. Aku mendengus kasar dengan tindakannya. Tidak habis-habis mahu cari masalah dengan aku!
"Apa ni Eizzlan!" Aku tolak badannya sehabis kudrat aku. Tapi takda buahkan hasil. Aku tahu lah kudrat perempuan tak sama macam lelaki.
"Aku nak cakap kenapa kau dingin dengan aku?" Soalnya berbaur seram. Mukanya sengaja dirapatkan pada aku. Fikir aku akan suka kau ke sekiranya kau buat macam ni? Oh please lah.
"Entahlah, aku rasa tetiba je nak marah," jawab aku aduh tak acuh saja.
"Ya ke? Kau megandung ke tetiba nak dingin semacam? Setahu aku, aku tak sentuh kau lagi."
"Dah jangan kacau aku. Aku dah lambat pergi sekolah!" Segala kudrat yang ada aku menolak akhirnya aku berjaya.
Peluang yang ada, aku turun dengan laju ke arah tangga. Eizzlan yang dibelakang aku tidak menoleh dan aku meluru laju sehingga ke bawah.
-
Kring!
Waktu rehat sudah bermula, aku melihat Asmida disebelah dengan muka serius seperti aku dapat rasakan dia memarahi aku pasal sebelum ini. Salah aku juga tidak beritahunya pasal insiden kaki aku terseliuh.
Mesti dia risau kenapa aku tidak datang ke sekolah. Bukan apa, aku tak nak susahkan dia dan aku tak nak perkahwinan aku ini akan kantoi.
Susah nanti!
"Asmida.. aku tahu kau marahkan aku. Tapi please maafkan aku weh," pujuk aku dan meraih tangannya lembut. Masih berharap agar gadis itu dapat memaafkan aku.
"Hm baru sekarang nak bagitahu ke yang kaki kau tu terseliuh?" Soalnya seakan sindir.
"Alah.. aku tak nak kau risau. Sorry lah weh," aku membuat mimik muka comel dihadapannya.
"Hm yalah. Kalau kau buat lagi aku takkan teragak-agak tak nak kawan dengan kau lagi," kali ini kata-katanya seakan mengugut aku.
"Alah janganlah macam tu. Hm yalah-yalah. Aku janji," jawab aku acuh tidak acuh. Geram pula aku dengan perangai si Asmida ni. Nasib sayang.
YOU ARE READING
[EDITING] Abang Pengawas Paling Hot! ✓
General Fiction[Comedy Romance] AULIA ARISHA - perwatakan seorang perempuan yang agak kasar dan selalu saja datang lewat ke sekolah. Dia juga merupakan salah seorang anti-pengawas! EIZZLAN SHAH - perwatakan seorang lelaki yang tegas dan merupakan ketua pengawas...