Bab 10

106 7 4
                                    

Tengaharinya pula mereka cuma singgah makan di sekitar hotel. Kemudian, balik bilik bersihkan diri dan solat sambil menunggu Eja chek out hotel. Disebabkan Eja banyak tolongnya sepanjang 2 hari di sini, dia tawarkan diri untuk hantar Eja ke airport nanti.

Pada mulanya Eja menolak, tetapi apabila dia mendesak, diterima juga pelawaannya itu.

Ini pun Eja beria-ia mengajaknya naik cable car. Padahal makwe tu dah nak balik malam ni. Betul-betul Eja gunakan masa yang ada.

Apabila dia bertanya, "tak penat ke? Buat aktiviti non-stop."

"Kalau nak rehat, kat rumah pun boleh. Lagipun bukannya selalu dapat bercuti kan?" balas Eja.

Makwe kaki travel. Itu yang dia dapat simpulkan berdasarkan cerita-cerita yang Eja kongsikan dengannya.

"Sebenarnya saya dalam proses nak terbitkan buku travelog. Nak kata buku tu tak juga. Lebih kurang zine macam tulah," beritahu Eja setelah tahu siapa Reza sebenanrya. Ketika ini mereka berhenti di Petronas, mengisi minyak kereta.

"Menarik. Saya doakan Eja berjaya." Doanya itu ikhas daripada hati.

"Amin." Eja senyum nipis.

"So, bolehlah saya hantar buku ke company awak nanti, untuk dicetak. Mana tau, boleh dapat diskaun?" usik Eja pada lelaki yang menyandang jawatan C.O.O sebuah syarikat percetakan itu.

"Syarikat kita orang kecil. Tapi, boleh je. Eja datang bawa name card ni. Harga boleh kira cincai." Senyum dioles Paat lebar.

Rancangan untuk naik kereta kabel terpaksa dibatalkan akibat cuaca yang kurang baik. Hujan turun lebat ketika perjalanan mereka ke sini. Pula itu angin agak kencang.

"Awak tahu, bahagian belakang ni ada jeti untuk bot-bot persendirian. Nak tengok?" Soalan Eja itu lebih kepada ajakan.

"Saya park kereta dulu."

Selesai parking kereta, dia lajukan langkah menyaingi Eja yang sudah jauh ke depan.

Tiba di perkarangan jeti, dia betul-betul tergamam. Berderet bot-bot persendirian yang rata-ratanya berwarna putih. Pada kebanyakan badan bot tertulis nama masing-masing.

Dia bukannya tak pernah melihat view seperti ini. Cuma yang buat dia terpegun sangat itu adalah disebabkan lokasinya yang tersembunyi.

Siapa menyangka di tempat terperuk begini ada view secantik ini. di hadapan mereka tersergam indah Gunung Mat Cencang. Dia sekadar mengagak berdasarkan papan tanda yang dia nampak sewaktu mereka melalui di sekitar kawasan.

Di kirinya pula terbentang luas laguna.

Daripada bercerita perihal buku Eja, syarikat percetakan Reza berlanjutan sehingga kepada hal ekonomi yang mula mempengaruhi mata wang negara.

Sempat jugalah Paat mengadu kepada Eja. Ringgit yang semakin jatuh mula memberi kesan kepada syarikat-syarikat kecil seperti mereka.

Harga kertas. Harga dakwat.

Perbualan yang semakin rancak itu tiba-tiba terganggu dengan kehadiran gerimis. Mulanya sekadar rintik-rintik halus, kemudian berubah kepada rintik kasar.

Bergegas dia dan Eja berlari mencari tempat perlindungan. Mujur juga mereka berjalan-jalan berhampiran bangunan kedai. Jika tidak, basah pakaian.

Dia tak mengapalah, balik ke hotel boleh mandi dan salin pakaian. Kasihan pada Ejalah. Hendak pulang dengan pakaian yang lencun. Walaupun penerbangan cuma mengambil masa tidak sampai satu jam, tetapi pakain yang basah pasti mendatangkan rasa tak selesa. Pula itu sejuk basah bercampur sejuk penghawa dingin di dalam kapal terbang nanti.

TRIP (tribute version - Jemari Seni Publishing)Where stories live. Discover now