KLIA 2,
Sebaik saja keluar dari ruang pengambilan luggage, dia dah nampak Kidd bersama sepanduk yang tertulis namanya dijulang tinggi.
Pandir betul Kidd ni. Dibuatnya betul-betul datang bawa sepanduk.
WELCOME HOME
MR. FAHAR REZA
Walaupun dia rasa apa yang Kidd buat itu perkara yang memalukan (yalah, dia balik dari Langkawi saja bukannya luar negara) tetapi tetap mengundang rasa lucu padanya.
Dia tahu mana Kidd rembat sepanduk itu. Malah tulisan yang bercetak pada papan itu pun dia dari mana Kidd perolehinya.
Salah guna harta syarikat betul CEO ni. Dalam merungut dengan apa yang Kidd buat itu senyuman di bibirnya jelas terserlah merekah.
Namun, sesaat kemudian senyumannya menjadi kendur. Matanya menangkap susuk tubuh seorang wanita tinggi lampai d sebelah Kidd. Memakai dress labuh berwarna biru, sepadan dengan alas kepala yang dipakai wanita itu.
Suzy!
Bersama-sama dengan nama yang dilaungkan di dalam hati, langkahnya turut mati.
****
MPH Setia City Mall, Shah Alam.
Entah mimpi apa Bid mengajaknya ke sini, padahal berlambak-lambak mall yang berdekatan dengan rumah mereka. Ada Plaza Alam Sentral (PAS), SACC mall, PKNS dan pelbagai lagi tetapi Bid memilih untuk ke sini. Yang perjalanannya mengambil masa hampir satu jam dicampur dengan kenderaan yang banyak. Waktu puncak. Orang baru balik kerja kut.
"Kau nak cari apa ni Bid?" soalnya apabila melihat Bid seperti tidak tahu arah tujuan.
"Cari barang."
"Barang apa?"
"DVD," ujar Bid tersengih-sengih.
"Bid!" Eja tekan suaranya, berbunyi geram.
"Apa?" Bid tunjuk riak tak bersalah.
"Speedy tu kat PAS (Plaza Alam Sentral) pun ada. Kat AEON Bukit Raja pun ada tau. Dan kenapa nak cari DVD tapi kita masuk ke sini?"
"Tahu," jawab Bid bersahaja.
Eja jegilkan mata dan kedua-dua keningnya dijungkit serentak.
"Cik kak. Cerita yang aku nak cari tu tak ada kat tempat yang hang sebut tu. Sebab tu yang aku ajak ke sini. Dan, setiap kali jumpa kedai buku kita wajib masuk walau tak beli."
"DVD apa yang kau nak cari sampai jauh ke sini?" tangan kirinya disangkut ke pinggang.
"Prince of Persia," Bid angkat dua jari. Jari telujuk dan jari hantu tangan kanannya membentuk huruf V.
"Cerita zaman tok kaduk tu. Eh, bukan kau ada tengok ke hari tu masa slot Mega Movie?"
"Sebab tu aku ke sini. Nak cari DVD original. Dastan yang aku download hari tu tak jelas gambarnya."
Bid ni kan, suka sangat tengok cerita yang orang dah tengok berkurun dulu.
"Hang ni Eja. Takkan tak faham housemate hang ni 'suka' sangat dengan keretapi. Lambat. Tak suka ikut trend kalau bab-bab cerita ni. Biar dah basi, kalau cerita dia best aku tetap cari."
"Yalah." Dia mengalah juga dengan Bid. Tahu pula Bid yang dia mengata di dalam hati. Siap explain panjang lebar lagi.
"Ni beli dvd, bilanya nak tengok?"
YOU ARE READING
TRIP (tribute version - Jemari Seni Publishing)
РазноеPada awalnya TRIP ini ditulis semata-mata untuk merakamkan percutian semasa di Langkawi dulu. Kemudian, cerita ringkas ni mendapat perhatian daripada rakan-rakan pembaca. Jadi, saya berhasrat sambung menjadi sebuah novel dan hantar kepada penerbit J...