HI, Aku Sabrina Rose dan menetap di Kuala Lumpur bersama-sama dengan keluarga tercinta. Aku merupakan seorang pelajar senior di Sekolah Menengah Berlin dan merupakan anak tunggal. Sebelum hidupku berukar 360 darjah, aku menjalani kehidupan dengan penuh kesenangan dan kegembiraan bersama mama dengan papa. By the way, nama mama kesayangan Rose ialah Amara Rose. Mama memang penggemar bunga Rose kot sebab tu sampai nama mama dengan nama aku sekali ada Rose. Nama papa pula Zakaria Lee. Lee??, Rose tau, korang mesti tertanya-tanya ayah Rose ni chineese ke?. Bukan chineese ye guys, tetapi Korean. Papa masuk islam selepas kahwin dengan mama. Diorang berjumpa waktu mama pergi melancong ke Korea dengan kawan-kawan mama. Alaa macam orang putih cakap tu "Love at the first sight."
Tetapi, langit tidak selalunya cerah, pelangi tidak selalunya muncul. Papa telah diberhentikan kerja kerana syarikat dimana tempat papa berkerja sudah mula lingkup dan terpaksa membubarkan syarikat mereka. Kini papa tidak lagi memiliki apa-apa pekerjaan tetap dan hanya berada di rumah dan merenungkan nasib. Pada mulanya aku amat beruntung seawal pemberhentian papa kerana papa diberikan sejumlah wang kiranya sebagai gaji papa yang terakhir dan jumlahnya agak lumayan dapatlah juga aku membeli beberapa pakaian, kasut dan beberapa aksesori lain. Papa mula menghantar dan mengambil aku daripada sekolah oleh disebabkan aku bersekolah di sekolah harian jadi, tidak perlulah aku menaiki bas sekolah lagi selepas ini. Tambahan pula, aku kini berada di tingkatan lima dan peperiksaan SPM semakin hampir, banyak kelas tambahan yang dilakukan oleh guru-guru di sekolah dan menyebabkan waktuku pulang dari sekolah ke rumah agak tidak menentu jadi adanya papa di rumah, membolehkan Rose pulang ke rumah dengan lebih mudah pada bila-bila masa.
Rose ingat semuanya akan baik-baik sahaja tetapi rupanya makin teruk. Memandangkan mama Rose seorang suri rumah sepenuh masa, kami berdua memang mengharapkan papa yang akan menyara keluarga dek kerana papa tidak mengizinkan mama untuk berkerja kerana papa tidak gemar untuk mengupah orang gaji dan mahu mama menguruskan hal ehwal rumah. Kini, sudah hampir dua bulan papa hanya terperuk di rumah dan tidak melakukan sebarang perkerjaan. Almaklumlah, dunia sekarang ni memerlukan duit untuk terus hidup. Jadi bila papa sudah tidak bekerja lagi, bebannya sudah kian terasa.
Papa dengan Mama memang tidak tunjuk yang mereka sebenarnya kekurangan duit tetapi aku tahu akan perihal itu kerana aku acap kali mendengar keluhan mereka mengenai tabungan yang semakin kurang. Pernah juga aku terlihat Mama menangis seorangan di dapur tetapi aku pura-pura tidak tahu walhal sebaliknya. Aku sebagai anak, tidak tahu mahu melakukan apa untuk membantu mereka hanya sekadar membantu Mama melakukan kerja-kerja rumah untuk mengurangkan sedikit bebannya. Kadangkala aku ada juga menasihati Papa untuk keluar mencari apa-apa pekerjaan yang halal untuk menyara keluarga kecil kami ini tetapi masalahnya bukan Papa tidak mencuba, cuma belum ada rezeki.
Rose cuba nak lupakan apa yang sedang berlaku dan mahu fokuskan kepada pelajaran memandangkan SPM tidak lama lagi tetapi Rose tak boleh untuk terus buat-buat tidak tahu kerana ini perihal keluarga dan sepatutnya kami saling bantu-membantu walaupun Papa dengan Mama tidak mahu Rose masuk campur. Rose buntu.
Sampai la satu tahap dimana keadaan bertambah teruk. Papa sudah mula asyik pulang lewat ke rumah walhal dia tidak lagi bekerja. Mama mula risau dengan keadaan Papa dengan sikapnya yang sudah mula berubah daripada seorang yang penyabar dan sentiasa mengambil berat serta prihatin menjadi seorang yang agak kurang sabar serta mudah naik angin seperti berada dalam masalah. Papa selalunya tidak bersikap sebegini walau sebesar mana pun masalah yang dihadapi tidak kira melibatkan kerja mahupun keluarga tetapi nampaknya dia mulai berubah.
Rose memejamkan mata dan mengharapkan perubahan. Rose tidak kisah jika Rose mahu hidup di dalam fantasi sekalipun kerana realiti Rose pada waktu dan saat ini amat menakutkan. Rose harap waktu hari jadi Rose nanti semuanya akan baik-baik sahaja. Mungkin.
YOU ARE READING
PENCULIK HATI SAYA!!
Romance"Iya, mungkin aliran perjalanan cinta dan hidupku mungkin agak "Cliche". Orang yang mendengarnya mesti akan kata yang kisah hidupku macam suatu mimpi mahupun cliche seperti drama-drama melayu di kaca televisyen tapi aku hanya mengabaikan sahaja mere...